Posts

Showing posts from March, 2014

pertama kali

Image
mungkin bila bangunan ini yg maq tunjuk takde orang perasan dimanakah lokasinya . ini merupakan tempat  paling  popular bagi pemandu-pemandu tegar atau baru  di seluruh daerah Batu Pahat ,Johor . ini bukan litar lumba ,tapi mat rempit ,mat drif ,abang lori , akak yg hantar anak kesekolah , pak cik bas setiap sampai masanya mereka akan berkunjung kesini ! dimanakah ? untuk apakah ? jum kita ronda kejap lah ! hehe .....

ok terjawab sudah !! inilah pejabat JPJ daerah Batu Pahat ! first time maq pergi ketika temankan anak  maq yg sulung memperbaharui  lesen motor beliau baru-baru ni .tapi maq tak dapat jengah kedalam pejabat ,sebab sudah penuh dengan warganegara yg hendak membuat urusan masing-masing . lokasi yg cantik , tempat yg menarik ! stratigik ! namun ruang menunggu  dikaki lima tu sangat terhad !. ~ apa-apa pun JPJ Batu Pahat memang terbaik !! hehehe mohon jangan saman maq eah ...

1 MALAYSIA ,
RAKYAT DIDAHULUKAN ,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .......

membebel kejap

Assalammualaikum  .

lama sungguh maq tak membebel diblog rasanya kan . mungkin disebabkan tugas dan aktiviti yang makin bertambah  . lagi-lagi musim anak-anak asuhan ditimpa demam dan selsema ,memanglah tak sempat nak membebel diblog . cukuplah membebel dirumah je hehe

banyak sungguh kan peristiwa berlaku dinegara kita sejak kebelakangan ini . namun nak buat macam mana kalau itu  adalah takdir yg telah pun ditetapkan oleh Pencipta kita . sebagai hamba kita cuma mampu berserah , bersabar dan terus berdoa  agar apa yg kita inginkan menjadi kenyataan dan yg tidak kita inginkan mintalah dijauhkan   . .

pada maq ,berat mata memandang , berat lagi bahu yg memikul  ,macam  hati maq buat masa sekarang ini yang belum lagi pulih disebabkan salah sangka  seseorang hamba Allah terhadap maq dan tugas maq . namun maq redha sebab pada maq kalau yg itu yg ditakdirkan ,maka yg itu lah yg maq akan berdepan . .  marah atau melatah itu bukan maq , berdiam lebih baik  . pada maq tiap perkataan yg dikelua…

musibah lagi

assalammualaikum semua ...

malaysia dikejutkan lagi ďengan kematian 6 orang remaja kerana ' over dos of drug ' sewaktu mereka menyaksikan satu konsert di Bukit Jalil semalam .

dalam 6 orang tu ... mangsa terdiri dari seorang berbangsa india , seorang berbangsa cina manakala selebihnya melayu . dan ada 3 orang lagi yg sedang dirawat dihospital dan dalam keadaan kritikal .

inikah negara maju ?
inikah jenerasi baru Malaysia ?
bagaimana konsert begitu extreme boleh diadakan diMalaysia?
salah siapa ????


katanya bukan baru kali konsert sebegiu diadakan , ianya sudah pun berlangsung pada tahun lepas dan kematian sebegitu terjadi juga pada tahun lepas tu .


Dadah itu membunuh dan semua orang tahu akan itu ....

usaha maq untuk jenerasi baru

Assalammualaikum readers..

bila seharian dengan kanak-kanak terasa diri ni muda 10 tahun dari usia sebenar hehe . #perasan la tu.  menyelami naluri mereka sangat menarik hati .dengan berbagai telatah mereka  maqnie kadang-kala sangat terhibur . walhal mereka juga yang buat maq menangis ( kadang-kadang la kan ) .

jika mendidik anak-anak kecil ni jangan di didik pada benda yang terlalu berat.cukuplah sekadar mengambil keadaan alam sekeliling sebagai pelajaran .

dirumah maq , kanak-kanak yang sudah pun masuk kesekolah tadika memang hebat sekarang ni .ada yang sudah pandai menulis ,membaca sepatah dua ,membaca al-fatihah,doa-doa dan ada yang sudah  dihantar ke kelas tambahan untuk menambahkan lagi pelajaran ! amboi...hebat sungguh kan ibu bapa zaman ni ,berlumba-lumba memberi ilmu kepada anak-anak mereka , alhamdulillah ...

sebagai pengasuh maq hanya mempratikkan ajaran yang sangat mudah tapi kalau di teruskan insyaAllah ianya akan menjadikan anak-anak itu insan yang hebat juga satu hari …

biar takdir yg menentukannya

Assalammualaikum dan salam keceriaan buat semua ... lama juga maq tak membebel di blog ni . menguruskan amanah dan tanggungjawab sangat  mencabar sejak akhir - akhir ini .

bila difikirkan baru nak jaga keluarga kita dah serabut , bagaimana gaknya serabutnya kepala otak bila jaga negara kan ? hanya yang pakar je yang boleh buat bersama pembantu-pembantu dan para penasihat.


menguruskan keluarga bukan mudah , mendidik , menjaga mkan minum , kewangan ,  menjadikan anak sebagai manusia dalm kata lain nak jadikn dia macam orang bukan pekara mudah .


ada orang sangup jumpa tok bomoh untuk mengawal anak nya mungkin dia ( mak bapak ) dah tak sanggup nak menasihati atau membebel lagi kat si anak tu.

tapi  sebagai hamba Allah , maq sangat tidak bersetuju dengan cara begitu kerana selain kurafat , ia adalah berdosa dan  ketahuikah anda ...... sekali anda pergi berjumpa dgn bomoh dan meminta pertolongannya maka ,40hari amlan solat anda tidak diterima . sanggupkah anda?

padà maq ... dosa maq dah ter…

saya itu kerjaya saya

saya setia disini bersama mereka dan kalian
saya akur bahawa hanya saya milik kalian
dari pagi saya berjaga
demi menjaga semua keperluan kalian
saya sediakan apa yg kalian mahukan
disaat kalian masih tidur lena
saya sudah berjaga di dapur
menghadap api yg hangat
berendam jari diair paip yg dingin
kadang-kadang badan saya letih
kerana menjalankan tugasan seharian
namun disebabkan rasa sayang pada kalian
saya tabahkan juga kudrat saya ini
untuk melakukan rutin awal pagi saya
semuanya untuk kalian ...
pernah jari saya terhiris ketika memotong sayur
namun saya kena teruskan juga memasak
sambil menahan pedih luka itu ...
pernah tangan saya perit
dan saya mengelitik kesakitan
kerana terkena percikkan minyak panas
ketika menggoreng ikan
namun saya masih lagi meneruskan menggoreng
kerana saya tahu
kalian memang suka makan ikan goreng
terutamanya ikan keli ( makanan kegemaran kalian )
pernah saya demam panas
sehingga seluruh badan saya mengeletar 
namun saya terpaksa melakukan tugasan didapur…

remaja itu cermin diri kita

Assalammualaikum readers ...

kali ni maq nak membebel kejap . nak membebel pasal perangai remaja zaman sekarang ni . maq tak pandang jauh la,  maq pandang remaja yg tengah naik depan mata maq ni je dulu  . kalau  masa kecilnya mereka ni sangatlah mengikut kata ,namun bila sudah remaja ,umur dah masuk 12,19,20 tahun , maq pun mula agak curiga dengan tahap kesopanan mereka pada orang lain.

kalau remaja zaman maq ,jika orang tua bersembang , remaja disuruh duduk jejauh , tak mau masuk campur . kalau nak makan ,orang muda ( remaja ) kena makan kemudian ,dahulukan orang tua , dan jika nak makan bersama ,pelawa orang tua untuk makan baru orang muda ambil makanan yg terhidang . jika  bersalaman ,orang muda kena cium tangan orang tua ,bukan letak tangan orang tua tu kat dahi lah ,kat pipi lah ,kat bibir lah ...aduh

remaja zaman dulu kalau dimarah ,akan tunduk terdiam  ( tanda rendah diri dan mengaku salah ) sambil mendengar leteran yg tak berhenti-henti tu ,tapi remaja zaman sekarang ,kalau t…