15.3.14

biar takdir yg menentukannya

Assalammualaikum dan salam keceriaan buat semua ... lama juga maq tak membebel di blog ni . menguruskan amanah dan tanggungjawab sangat  mencabar sejak akhir - akhir ini .

bila difikirkan baru nak jaga keluarga kita dah serabut , bagaimana gaknya serabutnya kepala otak bila jaga negara kan ? hanya yang pakar je yang boleh buat bersama pembantu-pembantu dan para penasihat.


menguruskan keluarga bukan mudah , mendidik , menjaga mkan minum , kewangan ,  menjadikan anak sebagai manusia dalm kata lain nak jadikn dia macam orang bukan pekara mudah .


ada orang sangup jumpa tok bomoh untuk mengawal anak nya mungkin dia ( mak bapak ) dah tak sanggup nak menasihati atau membebel lagi kat si anak tu.

tapi  sebagai hamba Allah , maq sangat tidak bersetuju dengan cara begitu kerana selain kurafat , ia adalah berdosa dan  ketahuikah anda ...... sekali anda pergi berjumpa dgn bomoh dan meminta pertolongannya maka ,40hari amlan solat anda tidak diterima . sanggupkah anda?

padà maq ... dosa maq dah terlalu banyak , bagai pepasir ditepian pantai dan maq tak sanggup tambah lagi dosa-dosa tu

No comments: