saya itu kerjaya saya

saya setia disini bersama mereka dan kalian
saya akur bahawa hanya saya milik kalian
dari pagi saya berjaga
demi menjaga semua keperluan kalian
saya sediakan apa yg kalian mahukan
disaat kalian masih tidur lena
saya sudah berjaga di dapur
menghadap api yg hangat
berendam jari diair paip yg dingin
kadang-kadang badan saya letih
kerana menjalankan tugasan seharian
namun disebabkan rasa sayang pada kalian
saya tabahkan juga kudrat saya ini
untuk melakukan rutin awal pagi saya
semuanya untuk kalian ...
pernah jari saya terhiris ketika memotong sayur
namun saya kena teruskan juga memasak
sambil menahan pedih luka itu ...
pernah tangan saya perit
dan saya mengelitik kesakitan
kerana terkena percikkan minyak panas
ketika menggoreng ikan
namun saya masih lagi meneruskan menggoreng
kerana saya tahu
kalian memang suka makan ikan goreng
terutamanya ikan keli ( makanan kegemaran kalian )
pernah saya demam panas
sehingga seluruh badan saya mengeletar 
namun saya terpaksa melakukan tugasan didapur saya
kerana kalian perlukan makanan
apabila pulang kerumah nanti
pernah saya menangis kebosanan
kerana bertahun-tahun duduk dirumah
berkurung tanpa mengenal dunia luar
namun disebabkan tanggungjawap terhadap kalian
makanya saya abaikan rindu saya
untuk berkerja diluar rumah
saya memilih untuk  kerja dirumah
dengan harapan kalian sentiasa ada disisi
sama ada diwaktu siang mahupun malam
saya berkerja tanpa cuti tahunan
saya berkerja tanpa cuti sakit
saya berkerja tanpa mengharapkan bonus tahunan
saya berkerja tanpa kiraan lebihan masa ( overtime )
bersama tangisan kanak-kanak saya berkerja
bersama najis kanak-kanak saya berkerja
bersama rengekkan anak yg sakit saya berkerja ...
saya berkerja sambil mencuci baju
saya berkerja sambil memasak
saya berkerja sambil mengemas rumah
saya berkerja sambil mencuci pinggan dan botol susu
saya berkerja sambil menjaga  kalian
kerana saya tak sanggup abaikan kalian
darah daging saya sendiri
pernah saya berkerja dalam keadaan demam yg teruk
kerana saya takde surat cuti sakit
untuk diberi pada majikan-majikan saya
pernah saya berkerja dengan sakit akibat terseliuh
namun saya masih  buka pintu menanti tugasan 
pernah saya hilang selera makan seharian suntuk
bila ada kanak-kanak yg mengalami cirit dan muntah
pernah saya menahan mengantuk yg teruk
bila ada kanak-kanak yg tak mahu tidur
setelah  seharian dijaga
pernah saya menangis
bila ada kanak-kanak yg susah untuk dijaga
tapi saya terfikir airmata bukan penyelesaian
apa yg perlu rezki yg halal untuk keluarga
saya kena pikul itu semuanya sendirian
bila kalian tiada dirumah
kerana itulah amanah untuk saya
kerana itu kerjaya saya dirumah saya
kerana itu punca rezki saya
untuk membantu suami saya menyara keluarga
ada majikan yg sangat baik hati
ada majikan yg buat saya makan hati
ada majikan yg sentiasa pandai mengambil hati
namun ! saya masih redha sebab itu kerjaya saya
pernah hati saya terhiris
bila ada insan yg mengatakan
kenapalah pilih kerjaya teruk sebegini
rumah tak sunyi , riuh dengan suara kanak-kanak
jaga budak meletihkan
takde public holiday
takde KWSP
takde MC
tapi saya cuma senyum
dan berkata dalam hati
inilah cara saya untuk membantu suami
inilah cara saya mengawal anak sendiri
setiap sen adalah titik peluh saya
saya puas dengan hasilnya
saya puas sebab saya tak perlu meminta pada suami
saya puas sebab saya boleh memberi sedikit saguhati
untuk orang tua saya setiap hari gaji
walaupun bukan banyak mana yg diberi
ye ,saya puas dengan hasil kerja saya
walaupun kadang kala saya di pandang hina  ..........

harapan saya kepada :



suami *saya tak harapkan pujian tapi saya mahukan anda hargai pengorbanan saya ni ,usah disangsi apa -apa tentangnya . semua ini untuk anda  sebab anda syurga saya ....


anak-anak * saya mahu kalian lebih lagi berusaha untuk masa depan  kerana kejayaan kalian sekarang akan menjamin kejayaan hidup kalian dimasa hadapan. biarlah saya yg menanggung kesusahan ini seorang ,mahunya  saya , dimasa akan datang kalian bukan la berkerjaya seperti saya....


majikan-majikan *terimakasih kerana mempercayai saya kerana anak anda umpama anak saya sendiri


masyarakat * usah dipertikaikan kerjaya seperti saya kerana ianya bukan satu kerja yg mudah sebenarnya



luahan hati seorang pengasuh ....




Comments