usaha maq untuk jenerasi baru

Assalammualaikum readers..

bila seharian dengan kanak-kanak terasa diri ni muda 10 tahun dari usia sebenar hehe . #perasan la tu.  menyelami naluri mereka sangat menarik hati .dengan berbagai telatah mereka  maqnie kadang-kala sangat terhibur . walhal mereka juga yang buat maq menangis ( kadang-kadang la kan ) .

jika mendidik anak-anak kecil ni jangan di didik pada benda yang terlalu berat.cukuplah sekadar mengambil keadaan alam sekeliling sebagai pelajaran .

dirumah maq , kanak-kanak yang sudah pun masuk kesekolah tadika memang hebat sekarang ni .ada yang sudah pandai menulis ,membaca sepatah dua ,membaca al-fatihah,doa-doa dan ada yang sudah  dihantar ke kelas tambahan untuk menambahkan lagi pelajaran ! amboi...hebat sungguh kan ibu bapa zaman ni ,berlumba-lumba memberi ilmu kepada anak-anak mereka , alhamdulillah ...

sebagai pengasuh maq hanya mempratikkan ajaran yang sangat mudah tapi kalau di teruskan insyaAllah ianya akan menjadikan anak-anak itu insan yang hebat juga satu hari nanti . kebiasaanya maq akan menyuruh mereka ....

baca doa sebelum makan
baca doa sebelum tidur
baca al-fatihah
menghafal doa penerang hati
menghurmati seruan azan ( jgn berbual ketika bilal sedang azan )
menghurmati orang yang solat (jaga suara jangan terlalu kuat ketika org sedang solat )
menjaga tertib ( waktu mandi perempuan mandi dengan perempuan dan sebaliknya )
jangan bersembang Δ·etika makan

ada banyak lagi yg dididik disini ( di rumah maq ) . pada maq tak salah mendidik mereka tu kearah lebih menitik berat kaΓ± kepada  adab sopan kerana tiada gunanya pelajaran yang tinĝgi kalau adab nya  , budi bahasanya ditahap yang rendah .

moga usaha maq ini bakal mencetuskan jenerasi yang beradab  dimasa hadapan insyaAllah......

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi