8.4.14

benda bersebab

Assalammualaikum . hai readers .

harini nampaknya pepagi tadi maq dah  buat entri yang penuh emosi kan  ( entri penuh emosi ). dulu maq cuma tengok masalah orang ,sekarang bila benda dah kena batang hidung sendiri tu yang terEmo tu sebabnya benda yg berkaitan dengan urusan perasaan ni memang susah untuk dimengertikan.lebih-lebih antara manusia yg kurang nak memahami .

sebagai orang yg lebih tua ,maq bukan sengaja nak cari pasal tapi kalau dah melampau . memang kena tegur .kalau tidak nanti dia takkan pernah tahu apa silapnya dia. yang dia tahu cuma  silap orang lain . dan dimana-mana pun dia takkan hidup selesa sebab bukan orang lain boleh mengubah perangainya tetapi diri dia sendiri .

pengalaman maq menjadi pengasuh hampir ketahun yg ke dua puluh  ( 20 ) tapi baru tahun inilah maq di duga dengan insan yg tak paham masalah orang lain . nak buat macam mana kan dah ini lah takdirnya  . bagaimana pun maq berterima kasih pada majikan maq yg masih bertahan lebih dari sepuluh tahun berkerjasama dengan maq . jika maq tak betul dalam kerja pasti majikan-majikan tu dah lama dah cabut lari dari maqnie . alhamdulillah sebab Allah kekalkan manusia yg begini untuk maq .

ada yg bertanya , kenapa maq tak mahu bersua muka  je? janganlah nak tunjuk ego . bukan maq ego tetapi perkara remeh ni bukan maq yg mulakan so kenapa maq mesti nak bersua dengannya ? maq kena buat rayuan ke ? dia siapa ?  dia hanya percaya dengan budak mentah yg emosinya lebih kuat dari orang tua macam maq ni .

ye inilah pertama kali maq di burukkan oleh majikan sendiri . hampir 30 orang baby maq jaga sejak 20 tahun ini ,ini lah yg pertama ! moga ada hikmahnya disebalik apa yg belaku .syukur padaMU ya Allah .

untuk melatah or marah-marah tu bukan maqnie . maq lebih suka tengok orang yg berkenaan ' melatah ' sendiri dengan perasaan bebagai-bagainya. dari situ baru maq dapat lihat siapa diri dia yg sebenarnya . baru maq tahu mana silapnya  dia dan silapnya maq . ye maq bukan tak marah anak maq yg memulakan angkara tu ,tapi benda sudah tersiar kan so apa boleh buat lagi ....pasrah je lah ~

memang manusia bukan sempurna tapi sebagai orang 'dewasa' , beradablah bila berbicara kerana kita orang melayu , orang  Islam yg dididik dengan sopan dan santun .  jangan pulak kita nak melayan kerenah budak bawah umur yg hanya tahu melepaskan amarah mereka dimana-mana tu . sepatutnya kalau dia bijak  ambil jalan  untuk mengadu kat maq sebagai mengesahkan apa yg dikatakan oleh anak maq tu ( kalau dia bijaklah kan ) .ini satu huruf pun dia tak ada sms kat maq,apa tah lagi untuk calling mahu pun datang kerumah !

apa pun nanti  maq nak lihat sampai bila pengganti maq mampu bertahan . kalau maq silap maq minta maaf , tapi memang bukan maq yg mulakan . harap maklum ~

*tak tumbuh ,tak melata , maq tak suka mengata tapi ini dah terpaksa .........

No comments: