14.4.14

hapuskan resahnya

Assalammualaikum ..

harini isnin , bila siap makan tengahari ,anak -anak asuhan akan tidur lena sebab mungkin semalam mereka terlalu aktif ketika bersama keluarga dan harini bila bersama maq ,mereka keletihan . dan sekarang waktu maq mereka pulak membebel dalam hati ....suasana  tenang dan sunyi sekali.

semalam dari jam 7am maq sudah keluar rumah kerana ada  aktiviti bersama mak mertua  akan dilakukan.
apakah itu ? semalam suami maq ( MMC ) berjanji untuk membawa emak beliau ke Hospital Sultan Ismail ,Johor Baharu .

orang tua lagi-lagi seorang ibu , bila dapat tahu bahawa anak nya sakit je hati dah mula tak senang . tanya lah semua ibu pun pastinya akan mengalami perasaan yg serupa . tak kiralah anak tu masih kecil atau pun sudah berrumah tangga . dalam kes kalini adik ipar maq (perempuan) telah mengalami jangkitan kuman didalam ususnya dan terpaksa ditahan untuk pemeriksaan lanjut di hospital tersebut .

setelah hampir seminggu dia ditahan makanya mak mertua sangat risau ,kenapa? mengapa ? sakit apa?  itulah  yg sering disoalkan kepada maq  . sedangkan maq pun tak dapat apa-apa berita mengenainya penyakit adik ipar ketika itu .

akhirnya bila melihat keadaan mak mertua yg terlalu risau ,kami pun bersepakat  ( kami tu maqnie dan suami ) untuk membawa beliau ke JB pada hari ahad (semalam) sebab hanya ahad je hari maq dan suami free .

kenapa pergi awal sangat ke JB ? sebenarnya ibubapa maqnie ada mempunyai kedai makan di kawasan Kempas berhampiran bandaraya Johor Baharu dan untuk mengambil peluang dan masa yg sehari tu , suami  berhajat hendak menziarahi kedua orang tua mertuanya disana . ( mak dan abah maqnie lah tu hehhe ) so tepat jam 11 am kami pun tiba di kedai makan mereka . kejutan gitu hehhe !

setelah siap makan tengahari . kami pun pergi ke hospital bersama adik lelaki maq yg sudah  pro tentang jalan area JB ! dan  kami tiba di ward pada jam 1.30 pm setelah berhempas pulas melawan kesesakkan jalanraya  . mujurlah waktu melawat berakhir jam 2 pm . dapat lah meluangkan masa bersama adik ipar tu selama setengah jam .

bila di beritahu bahawa adik ipar bakal keluar pada hari esok ( harini lah hari isnin ) tersenyum lebar mak mertua ku hehhe . hanya Allah je yg tahu  isihatinya . maqnie pun turut tersenyum .Alhamdulillah .

dan setelah waktu melawat habis masanya maq dan pelawat lain pun terpaksa meninggalkan adik ipar .dengan harapan moga beliau cepat sembuh dan kembali hidup sihat dan ceria  seperti selalu .

ketika pulang kerumah mak mertua , dapat pula berita bahawa anak lelaki beliau yg telah melakukan operate di hospital Muar sudah pun dibenarkan pulang kerumah ...double syukur kehadrat Illahi ...alhamdulillah ya Allah.

apa yg paling jelas , wajah mak mertua maqnie sangat gembira mendengar khabar itu . senyuman penuh bermakna diraut wajahnya ketika maqnie bersalam dengannya  ketika ingin pulang ke Bukit Perdana ( rumahku syurgaku ) petang tu jugak.

maq tiba dirumah  jam 6.30pm ...alhamdulillah ~  yg penting sekarang ibu mertuaku sudah berhati lega  .  syukur pada Mu ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami sekeluarga semalam  . semuanya  berjalan dengan lancar .Alhamdulillah . maaf takde gambar untuk diabadikan  kalini ,maqnie tak sempat laa... hehhe



No comments: