kali kedua ,moga berjaya !

Assalammualaikum , hai ! selamat malam ...

esok maq ada program ke Johor Bharu lagi ! memang perkara yang tiada dalam perancangan hujung minggu kali ini kerana dah 2 minggusebelum ini maq dan suami sudah puas meronda rasanya. tetapi esok maq pula akan menghantar anak kedua maq ( ety izzati ) untuk ke temu duga latihan jururawat , panggilan kedua dari SPA. alhamdulillah .

jika anda masih ingat ketika beberapa bulan yang lepas ,beliau ada menduduki temuduga serupa tetapi bila dikatakan wajahnya agak nampak garang ,akhirnya dia GAGAL dalam temuduga pertama itu . *takde rezki agaknya .

kali ini ,biar maq temankan dia pergi sebab hari minggu memang maq free . kalau temuduga yang lepas tu dia pergi dengan ayahnya sahaja dan kali ni dia memang nak maq temankan huhu maq pembakar semangat katanya ! ok , i follow huhhu

pada mulanya suami maq tak tahu arah jalan ketempat temuduga tu ,tetapi dengan pertolongan Allah , adik lelaki maq yg sorang tu bermurah hati untuk menemankan maq dan keluarga ke Jalan Air Molek ,JB . Alhamdulillah sekali lagi dipermudahkan urusan maq dan keluarga .

*ya Allah ,Kau berilah kejayaan utk anakndaku NUR FAEZAH IZZATI  dalam temuduganya kali ini . dan selamatkan lah kami dalam perjalanan pergi dan balik nanti ...aaminn......

Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Susu sejat ganti santan kelapa

Petua elak pukau dulu dan kini