12.4.14

kesan

Assalamualaikum readers ,

salam hujung minggu untuk semua . harini sabtu maq pepagi lagi dah kena tinggal sorang-sorang . harini anak-anak yg bersekolah kena bersekolah ganti , untuk apa gantinya tu ,maq pun lupa ,tapi katanya ganti ahad .ala yg penting sekolah kan,ganti ke apa ke tak kesah . ilmu tu yg penting !

sebulanni  badan maq memang rasa tak selesa ! entah kenapa . kalau disebabkan 'kekembangan' yang macam doktor cakapkan tu .alahai ~ kena bajet-bajet la pengambilan makanan maq lepas ni .

haritu doktor cakap ,roti bundle tu pun tak elok sebab dia punya zat ( khabohidrat ) sama je lebih kurang dengan nasi . sedangkan dirumah maq , roti bundle memang menu utama ! haish....

tapi bila usia dah meningkat muda ( perasan ) lagi-lagi berkerja hanya dirumah . risiko untuk kembang memang mudah ! tetapi risiko untuk kecut sangat payah hehhe  betulkan ?

bayangkan sebelum kawin dulu berat maq cuma 52kg ( masa tunang ) bila dah kawin ( 21 tahun usia perkawinan )  berat maq dah mencicah ke  82kg !!! mendadak ! kenaikan yg ketara apabila maq mengambil pil perancang keluarga selama 4 tahun !  macam belon dia naik kejap jek ! tapi nak buat macamana lagi kan ,dah itu je cara nya untuk merancang  yg sesuai untuk maq .

sekarang lemak dah tepu ,payahnya nak buang  . ada takde maq kena amalkan cara makan yang lebih seimbang  menambahkan lagi aktiviti ,lain-lain maq tak dapat adjust  rasanya  .

No comments: