19.4.14

kisah sibungsu

Assalammualaikum
hai semua ,minggu yg paling mencabar , langsung tak dapat nak membebel diblog kerana masa yang amat terhad . ini disebabkan waktu siang suami maq ada dirumah so tak dapat la nak layan perasan ,lebih bahagia layan suami hehehe  #miangtime

pada hari khamis yg lalu ( 18.4.2014 ) anak maq yg bungsu ( ye confirm ni yg bungsu )  telah pergi rombongan untuk aktiviti sekolah nya . beliau pergi ke Sedeli Damai resort ,Kota Tinggi  bersama 80 orang pelajar yg lain dan beberapa orang guru .

pada hari beliau pergi ,hati maq dah dupdap ,semacam je rasanya sebab inilah pertama kali beliau akan berada jauh dengan maq untuk masa yg agak panjang ( 3 hari 2 malam )  bermain-main diminda ini ....

ok ke dia nanti ?
boleh ke dia buat ?
demam tak nanti ?

hahha berbagai -bagai perasaan bermain diminda maq ! tapi bila fikir kan semula ,alahai  dia dah 12 tahun , dah besar , bukannya pergi sorang ,cikgu dia ada ,apa yg perlu dirisaukan . kalau anak orang lain boleh kenapa dia tidak ? lepastu barulah lega rasa hati ni hehee .

masuk hari ke tiga ( petangnya dia pulang dah ) maq dah mula rasa nak demam seawal pagi lagi . lahai ...apakah ini demam rindu kat si bungsu ku itu ? hanya doa yg mengiringi harap beliau selamat pergi ,selamat disana ,selamat juga bila kembali nanti .

tadi tepat jam 5 petang ,beliau dah ada depan mata maq ,dengan wajah dah sedikit gelap dan nampak agak  keletihan . bila dia selesai uruskan dirinya.... maq tanya dia ....

''kalau cikgu buat lagi kem macam ni ,aida nak join lagi ke ? ''

 dia jawab .... ''taknak !! aida takut monyet ''

hahahaha ye itulah anak bungsu maq, takut dengan kucing  dan  monyet !! kesian kan .


No comments: