terlalu terbeban rasanya

Assalammualaikum semua .

lama sudah tak membebel disini hehe ,busy sokmo gitu . haish .. kadang-kadang buruk juga perangai kan asik busy dengan kehidupan didunia ni , harap maq takkan lupa dan lalai  tentang kewajipan kehidupan maq diakhirat  juga lahai ... nauzubillahhiminzaliq ~

harini entah kenapa jari begitu ringan nak membebel diblog . padahal bukan ada cerita hot nak disampaikan atau nak dikongsikan  . sedang anak-anak asuhan begitu lena dialam mimpi mereka waktu ini ,maq memang diduga dengan situasi mengantuk juga, tetapi disebabkan  masih ada kewajipan yg belum dilangsaikan iaitu menunggu kepulangan anak bungsu maqnie dari sekolah ,makanya maq terpaksa menahan rasa mengantuk yg meluap-luap ini .

bila sebut tentang anak bungsu maq tu  ..... maq sungguh kasihan melihat dia yg begitu tertekan dengan kerja sekolah ( kerja rumah ) memang kerja rumah itu perlu ,tetapi cuba anda semua bayangkan  kerja rumah dah la setiap subjek ada ,kemudian ditambah dengan keratan kerja rumah dari surat khabar didik yg didapat dari akhbar berita harian . lepastu disuruh buat latihan dizoom A ( terdapat di internet ) kemudian dengan latihan kelas tambahan ( guru yg sama jugak ) . 

jika satu subjek cikgu bagi hanya 1 latihan ok lagi . contohnya latihan karangan untuk subjek BM,itu sudah memadai lah sebab nanti subjek  matematik pun ada latihan jugak , INI TIDAK !! untuk subjek BM je ada 3 karangan, kemudian karangan bergambar ,lepastu nilai murni la apa lah maq pun tak dapat nak faham . itu untuk BM, BI pulak ada juga , matematik di buku latihan , di buku yg di photostate  oleh cikgu lagi ,then dikeratan surat khabar lagi ! bagai mana dengan kerja rumah untuk subjek lain-lain seperti sains , agama islam , kajian tempatan , dan lain-lain lah . lahai memang serabut sungguh kelapa otak mereka !

sehinggakan kalau anak maq tu cuti hujung minggu ,dia tak boleh buat aktivti lain  ,asik dengan homework memanjang ,dah tu waktu untuk dia belajar dengan mood tenang pun tak ada dah ! pernah satu ketia dia terpaksa buat homework didalam kereta sewaktu maq terpaksa bawa dia pulang ke kampung kerana urusan keluarga . begitu kejamnya !!

dan waktu dia menuntun tv atau bermain-main diluar bersama teman-teman memang takde ! ye maq paham dia pelajar yg akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini ,tapi jika minda murid didera begitu maq rasa memang terdera !

anda semua bayangkan murid 12 tahun je pun bukan dia tu siswi . tetapi dia kena keluar rumah seawal 6.45 am , pulang kerumah jam 2.30pm kemudian ke kelas al-Quran jam 2.45pm ,kemudian ke sekolah agama jam 3.00pm hingga jam 6.30pm  , belum pun mandi dia dah mula buka buku latihan semata -mata nak settlekan kerja sekolahnya yg bertimbun-timbun tu  ! tu belum cikgu sekolah agama beri latihan lagi tu !! mak aiii ...mana waktu rehat nya untuk sehari dia ? yup ! hanya waktu tidur iaitu jam 11;pm -5.30am * agak-agak siswa siswi ada ke rutin sepadat ini ?? baru je sekolah rendah ok ,not too much la cikgu  .

ye maq tahu cikgu-cikgu nak anak maq jadi bijak pandai ,rajin ,bertanggungjawab ,tetapi jangan la sampai begini ,maq ada 2 orang lagi anak-anak yg bersekolah sebelum ni , mereka biasa-biasa je buat kerja sekolah ,tidak la sebegini hebat tekana diberi ! dan keduanya pun sudah habis pun belajar sehingga peringkat STPM dan sedang menunggu panggilan  IPT .. insya ALLAH , dan alhamdulillah mereka dapat belajar dengan tenang -tenang sahaja  .

dan apa yg maq tengok keputusan anak bungsu maqnie ni  tak lah sehebat mana pun pada peperiksaan yg baru-baru ini , sebabnya ??? sebab dia belajar dalam tekanan ! dia kadang-kadang abaikan waktu dia dengan Penciptanya hanya sebab terlalu nak siapkan kerja sekolah  ,kalau maq tak membebel ,dia akan leka dengan buku latihannya yg melambak-lambak tu !

ponteng sekolah  agama tu jangan cakap lah ,memang kerap  sangat sebab tak dapat nak kejar masa , kadang-kadang bila terlalu letih ,kelas Al-Quran pun dia ponteng !! itu yg maq sangat-sangat kesali dan sangat menyedihkan naluri seorang ibu bernama maqnie ini ...

maq selalu mengharap agar pihak sekolah  dapat mempertimbang kan permasalahan ini . budak baru nak up ,kita tak boleh terlalu membebankan  kerana mereka akan buat kerja-kerja itu dengan rasa  TERPAKSA !!  ......sangat tidak sihat kan ?

sekadar hiasan


Comments