12.5.14

blogger

Assalammualaikum..

Sementara menunggu anak-anak pulang dari sekolah sempat lagi tu membebel hehe nilah untungnya dapat blogging guna handset , walaupun hanya handset cap ayam tapi dah dapat membebel pun dah rasa puas !

Inilah namanya * jiwa blogger * hanya blogger je yang paham . kalau orang bukan blogger dia akan cakap

 #ala benda macam tu pun nak cerita kat orang, macam orang kesah le pulak ekk...

Tapi pada maq dari kita asik nak sembang buat ketupat dari pintu ke pintu , ada baiknya luahkan apa yang terpendam dalam hati ni sendirian. Duduk dalam rumah , sambil buat kerja , sambil blogging , dapat kenal kawan blogger yang lain-lain , dapat ilmu dari mereka Dan dapat kenal dunia mereka yang mungkin berbeza dari kita .

Lagi bestnya sambil blogging tu ada insan yang selamat dari diganggu oleh kita iaitu 'jiran kita' .


Jiran tak perlu bukakan pintu.
Jiran tak tambah dosa dia
Jiran selamat dari fitnah
Jiran tak perlu bancuh air
Jiran selesa tak kena ganggu

Senang cakap kita duduk dalam rumah diam-diam tanpa  menggangu jiran tetangga kita !

Jiran kita perlu dihormati , mereka pun perlu privacy hehhee

No comments: