bola

Asaalammualaikum .

Tadi Maq dan suami tengok bola di astro arena perlawanan antara team JDT vs PAHANG ! Ni game masa kedua . nampaknya game makin HOT bila JDT dah dapat gol kedua …

Bila pemain dah mula buat aksi macam-macam , mutu pengadilan pun entah apa-apa , mood maq nak teruskan menuntun terus jatuh menjunam, capai handset terus online hurmm..

Tapi sekali sekala mata ni jeling juga skrin tv tu . nak tau kenapa maq takda mood teruskan menuntun ?


Hehe malu nak cerita ...

Kalau anda nak tahu , bila tengok pemain kena buli , jatuh , kena sepak , kena pijak , luka , tergolek ... Maq rasa badan maq yang sakit . maq kesian.maq risau pemain tonggang langgang ! Eeghhh sakitnya badan mereka ! Maq membebel sebab pengadil buat tak nampak je . kemudian maq tak senang duduk . jadinya dari maq terusan tak selesa , baik jangan tengok , dengar jek. Hati maq tenang , badan maq selesa hehhe..

Dan bila difikir- fikirkan mungkin sebab tu Allah tak beri maq anak lelaki agaknya , kalau tak meraung budak tu tak dapat pegang bola seumur hidupnya kan .  sebab apa ? Sebab maq tak nak dia sakit , nanti maq yang sakit sama hmm.

Terima kasih Allah untuk tiap pemberianMu .


#maqnie ~ takut bola dari zaman kanak-kanak sampai ke tua .. Shhh jangan cerita kat orang tau!


Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi