cuak ,curiga

Assalammualaikum readers

Dapur , makanan , peralatan dapur memang permainan maq dan semua  suri rumah dan termasuk chef .

Setelah 20 tahun maq kerja didapur , baru tahun ni maq kehilangan senjata di dapur . tapi apakah ?

Ianya ialah Batu Lesung !

Malam tadi kononnya pergi lah cari batu lesung penganti di bandar Batu Pahat . tapi bila dah sampai rumah maq tengok macam lain jek ... Macam tak sedap hati nak guna jek .. Hehhee cuba tengok gambar ni ,





kalau diperhatikan . . biasa-biasa aja ,tapi sebenarnya maq dah rendam berkali-kali ,dah berus dengan berus periuk dan sabun ...tapi dia tetap warna putih macam tu . adoi, cuak pulak maq nak gunanya . ada sesiapa kah yg ada pengalaman dengan batu lesung macam ni ? boleh la kongsi maklumat dengan maq . ngerilah nak guna macam maq masak nanti bercampur  kapur pulak .

(sekarang ni ),waktu maq buat entri pasal lesung ni ,lesungnya masih berendam lagi didapur tu ....  bela ikan je lah dalamnya kalau tak nak guna hahaha dan kalau anda perasan ,dia punya 'anak lesung' mak oii.... macam meriam buluh sehinggakan anak bungsu maq suruh maq buat ia sebagai peralatan senaman untuk lengan maq ! buat gym kat dapur katanya  ...hurmm

nampak tak lesung yang warna gelap pada gambar diatas , tu berusia 20 tahun tapi 'anak dia' dah hilang sebab termasuk dalam sampah  ...emmm.... kesian dah menjanda  . . .hahaha

Comments