era yang berbeza

Assalammualaikum ..

Bila dah masuk gerbang 45tahun , rasanya banyak dan padat memori maq dengan kenangan .

Paling menarik ketika 1983 umur maq 14, form 2. ketika tu adik maq yang bungsu baru berusia setahun lebih . maq dapat adik bungsu pada usia maq 12 tahun dan adik ni merupakan anak ketiga orang tua maq dan anak lelaki pertama mereka juga .

Ketika tu orang tua maq dua - dua bekerja luar rumah . dan maq pula bersekolah sesi petang .

Dengan atas arahan ibu  , remaja berusia 14tahun itu sudah pun tahu mengurus adik kecilnya , mengurus dirinya , rumah nya dan persekolahannya .

Biasanya seawal pagi maq sudah menyidai baju yang telah pun dicuci oleh ibu .. memberi adik makan dan juga memandikannya sebelum dihantar kerumah pengasuh ( makcik maqnie disebelah rumah )  . kemudian  maq pula membuat persiapan untuk ke sekolΓ h  menengah pada pukul 11.30am setelah semua kerja rumah dan kerja sekolah beres ...  ye sangat padat jadual hariannya kan . kadang-kadang menangis sendiri bila adik pulak meragam ..huhhu..

Semua ini berlangsung sehingga adik sudah masuk sekolah rendah dan maq sudah berkerja ..hajat nak sambung study pun terpaksa dilenyapkan sebab orangtua tak mampu so terpaksa cari kerja yang waktu itu gaji sehari cuma rm4. itulah pengalaman remaja era 80-90an .

Remaja sekarang ?
Semua kena sedia depan mata . tinggal ambil masuk mulot pun kadang-kadang cuci pinggan yang 2-3 biji dalam sinki  pun malas ! Apa lagi nak cebok berak adik .... Termuntah- muntah adalah ..


Dimana silapnya ???? Terlalu manja agaknya .. Hmm


#maqnie ~ tak tengok anak orang lain , tengok anak sendiri sudah la .... Allahhu**

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi