hari ibu katanya

Assalammualaikum

katanya harini hari ibu ! maq pun tak pernah sambut hari ibu masa belum jadi ibu , apa lagi bila dah kawin ni ,sebab pada maq ,hari ibu tu adalah hari-hari bukan je 11 mei setahun sekali ni ! hehhee tapi bila tiba zaman anak-anak sendiri , budak-budak lah katakan ada je nak ikut pada peredaran zaman,semua dia nak follow western ! lahai ...what to say  ... hehhe

malam tadi anak maq yg sulung hadiahkan  yang dibawah ni ...






manakala yang masih belajar tu ( nombor dua ) belikan ini  ...


terima kasih maq ucapkan kat mereka yang ingat kan maq . dan sanggup berhabisan untuk maq .Allah jua yg membalas nya .amin...

tetapi yang sebenarnya bukan ini yg maq harapkan , apa yg maq mahu dari mereka  jadilah anak maq yang sentiasa solehah dimana juga berada . jaga maruah diri dan keluarga . berusaha untuk masa depan masing-masing dan maq nak anak-anak maq berjaya ! ye berjaya didunia dan diakhirat juga .


tapi bila orang dah kasi ,janganlah tolak rezki ye kan .alhamdulillah ..... maq bersyukur ,raya nanti maq tak perlu lagi pergi shopping cari handbag  . seriously  maq memang tak sambut hari ibu . sebab ...emmm .... hari-hari ialah hari ibu .

pengorbanan dari mengandung kan ,melahirkan membesarkan sangat tak ternilai oleh tiap anak-anak  . mohon Allah selamat kan kedua orang tua kita dari siksaan api neraka  ....

Al~ fatihah untuk kedua ibu bapa kita tiap hari ,maka Allah akan membalasnya  ...insya ALLAH

yg paling nampak sweet bila pada sekeping kertas dalam kotak hadiah untuk maq tu ada ditulis  . . .
selamat hari Emak . . SHE ...
awesome
sporting
morden
bersemangat patriotik
stylo
kreatif
bertanggung jawab
tidak pentingkan diri sendiri
yakin
mesra
setia
inovasi
pandai masak
pandai jahit
suara merdu
comel
sweety
penyabar
mempunyai kekuatan

amboi !! bijak mereka puji maq diaoran gkan ,macam-macam rasa masa baca ni sebak ada,gembira ada, lawak pun ada,yg paling tak menahan tu masa dia cakap 'suara merdu' pecah le tembelang yang maq suka karoke hehehe alahai . . .  ada lagi rangkap puisi ( lirik lagu rasanya )

from your 'anje 'baby'

kau begitu sempurna
dimataku kau begitu indah
janganlah kau tinggalkan aku
aku tak mampu hadapi semuanya
hanya bersama mu ku akan bisa

kau adalah darahku
kau adalah jantung ku
kau adalah hidupku
yang melengkapi hidupku sempurna......

#menitis air mata seorang ibu saat ini . . . .......

Comments