27.5.14

indahnya hidup

Assalammualaikum ..

Hujan diluar sana . tanpa perlu  dipukau anak-anak asuhan maq  sudah pun tidur dengan lenanya.  So inilah masa yang sesuai bagi maq blogging ... Yahooo...

Cuti semesta ke dua sudah pun bermula . anak maq  ,anak asuhan sudah mula berkumpul semula dirumah ini seawal pagi .

Jika Pada hari persekolahan mereka hanya bertemu selepas pulang dari sekolah ..nahhh.. Minggu ni mereka enjoy!! santak main dari mula sampai rumah maq hinggalah waktu makan tengahari . lepas makan sambung lagi bermain sehingga tiba waktu tidur pada pukul 2.00 petang  . dan akan lena sehingga pukul 5.00 petang . dan selepas mandi mereka akan sambung bermain ...hurmm ...

apa yg nyata disini .... Seronoknya jadi kanak-kanak kan  , hanya kena makan .tidur , main ... Takde pun nak fikir soal GST , Takde masalah cinta , takde masalah kalau bil letrik  naik , harga barang naik ... Tekanan darah pun takkan naik !

Tengok mereka tidur berdengkur ...maq yang cemburu sebab tak boleh nak join tidur ... Ishhh.. Macam tu pun ada hehehe



#maqnie ~ tak perasan waktu jadi budak kecik  dulu-dulu .. apa yang maq buat .yang masih ingat maq suka berenang dalam anak sungai ..ko ade ???? Huhhu





No comments: