kenangan takkan berulang

Assalammualaikum semua

bila terbaca status kawan blogger yang sedang menanti kelahiran anak keduanya  ( Encik Ben Ashaari ) tiba -tiba maq teringat kenangan maq sewaktu diward bersalin  dulu-dulu . kecut perut bila dikenangkan semula . tapi maq boleh berbangga sebab semua kenangan tu takkan berulang lagi  . dan maq pun dah 45 tahun , pencen sudah , mesin dah kurang aktif la #eh !! mungkin kah tiada pengalaman menyusul ? haha insya ALLAH tak  .adoiyai ~

pengalaman paling hebat buat  maq :

untuk anak pertama ~ masuk ward hari isnin 22-8-1994 pada waktu pagi jam 7.ooam ~masuk lab jam 10.00am bila jalan dah buka sebesar 6 cm ~perjuangan selama beberapa jam dan selepas pengsan sebanyak 2 kali akhirnya lepas azan asar lahir la baby seberat 4 kg ...alhamdulillah ...mendapat jahitan sebanyak 15 !! perh ngeri

pengalaman anak kedua ~ sebab dah keluar tanda pada 17-11-1995 pada jam 10am .masa tu suami tiada kenderaan ,anak maq yg sulung pun tiada yg jaga ,sebab ibu  maqnie belum tiba ,so maq pun keluar tunggu  teksi sendirian  untuk ke hospital Batu Pahat di Taman Soga manakala suami menunggu ibu maqnie tiba untuk menjaga anak sulung maq yg ketika itu berusia 15 bulan , apa yg penting kad merah dan ic ada ditangan. ketika tu tak rasa sayu mau pun sedih sebab kena daftar bersalin sendirian ,apa yg penting maq tidak terbesalin dijalan raya ! sehinggakan nurse tanya maqnie ,mana suami puan ? maq cakap nanti kejap lagi dia datang . sedangkan jarak rumah ke hospital mengambil masa 30 minit tu belum ambil masa tunggu teksi lagi tu  . yg lawak naik teksi tapi duit 10rm takde pulak duit nak dibalikkan sebab driver teksi takde duit kecil katanya,akhirnya terbang wang singapore bernilai 2dollars (pemberian ibu saudara dulu-dulu) nasib masih laku ! hehhee

dan kelahiran rupanya tiba pada subuh 18-11-1994 waktu azan subuh sedang berkumandang di corong speaker masjid . maq bertarung nyawa hampir 2-3 jam sahaja sebab jarak kelahiran anak sulung dgn anak kedua tak jauh ,itu yg memudahkan proses . (katanya jalan masih luas ..eh ! hehe )  dan baby seberat 3.8kg ! alhamdulillah ~

pengalaman untuk anak ketiga ~ bila baby dah kurang bergerak dalam kiraan 10 pergerakkan dalam  sehari ,maq kena duduk diward ,paling sedih kerana waktu tu hati hanya teringat anak-anak (no 1 -no 2 ) yg ketika tu sedang bersekolah ( darjah 1 dan darjah 2 )  nasib ada makcik yg sanggup menunggu anak-anak maq waktu itu  dan suami masih berkerja sebab belum ada jalan terbuka untuk tanda proses kelahiran . setelah masuk hari ke dua ( 48jam ) dan baby masih kurang bergerak ,maka doktor mengambil keputusan untuk memasukkan ' ubat paksa' katanya  .sejenis ubat macam  pil panadol yg dimasukkan ke'situ' hee . namun memang belum time dia nak keluar 24 jam takde pun tanda ( resa) nak bersalin .kata nurse ,baby make up kat dalam hehe .

masuk hari ke tiga , pukol 9.am masuk lagi separuh 'ubat paksa' bukan sebiji ok,separuh ,akhirnya  1 jam mula resa datang ,dan akhirnya selepas zohor maq pun menimang baby ketiga  seberat 3.6kg dan kata nurse bila jarak kelahiran agak jauh ,memang proses ketiga ini sama seperti bersalin anak sulung ! ye ,maq akui agak sulit dan dugaannya lebih sikit  .  dan jarak yg digalakkan ialah 2-3tahun bukannya 7 tahun macam maqnie tu . alhamdulillah ini semua pengalaman ,bukan direka atau dibuat-buat .

menangis depan nurse ~ merengek sebab kesakitan ~ pengsan~~ mengucap ,berzikir ,selawat tak henti-henti ~ kena open-air depan doktor dan nurse ~kena jahit ~kena gunting ~ kena selok kat laluan ~ kena berkorban sehingga lupa nyawa sendiri dalam pertarungan ,ye semua tu pengalaman ,bukan lakunan . dan tak semua perempuan ada pengalaman seperti itu ,jika ada pun mungkin berbeza-beza .


sebab tu ,bila anak tak dengar nasihat maq ,maq akan menangis ,bila anak marah dan meninggikan suara kat maq,maq akan sedih  , bila anak cakap yg maq tak sayang dia ,maq akan sayu . bila anak belajar tak sungguh-sungguh maq kecewa ,bila maq sedih maq akan bercakap dalam hati ...'' jika kamu ada anak nanti , kamu tahulah bagaimana pahit manis untuk membesarkan anak kamu itu '' . namun sebagai ibu mereka ,maq doakan yg terbaik untuk mereka dalam apa jua bidang yg diceburi ,sama ada untuk dunia mahu pun untuk akhirat ...aminn

Comments