11.5.14

Malaysiaku

Assalammualaikum .

zaman sekarang Malaysia didugaa dengan pelbagai masalah termasuklah gejala social yg semakin  menjadi-jadi . tiap minggu mahu pun setiap hari boleh dikatakan ada saja kes bunuh ! gadis hilang ! rompakan ! buang bayi ! dadah ! kalau tak ditipulahkan ,  kita boleh tengok di tv 3 dalam rancangan 999. amboi semuanya adalah rakyat negara kita  yg buat maq rasa seram !

pendatang asing nya pulak paling top kes gro! kerja tanpa permit atau pun kes menipu oleh pak tam !

yang pelik ! dalam kes gadis hilang atau buang bayi tu ,kebanyakkanya adalah pengguna laman social tegar , anak bangsa kita yg kenal sehari dua dah berjumpa ! kalau jumpa je takpe,ni macam-macam yg dia orang jumpakan !adeh...sakit perut bila nak cerita ! paling  sayu lihat gambar bayi comel yang dah kaku dikerumuni serangga #Allahhuakhbar

kalau anda nak tahu ,semua ni sebenarnya buat maq rasa berat hati nak lepaskan anak-anak gadis maq keluar rumah dan balik lewat malam. lagi-lagi berjumpa pembeli bisnes online mereka yg baru je dikenali ! entah siapa-siapa je mereka tu .  biasanya maq akan suruh mereka pergi berdua atau lebih demi keselamatan.

Anak-anak ni nanti jika di tegur  katanya maq halang mereka belajar cari rezeki. tapi kalau boleh pembeli tu biarlah ambil barang yg mereka order tu siang hari ataupun datang kerumah maq sendiri sebab maq akan rasa lebih selamat buat gitu .

apakata anda tentang Malaysia ??pada Maq kan kita umpama  berada didalam negara rojak dan masalah rakyat pun turut macam rojak ! alahaii  #pendapt maq je ni tau .

No comments: