mistik dan misteri


Assalammualaikum

anda percaya pada benda-benda mistik ? ye sebenarnya kita kena percaya sebab semua tu kejadian Allah,mahluk Allah . ada orang tak percaya sebab mereka tak nampak atau tak alaminya.

maq pernah .... ehemm

kata orang benda tak nampak jangan cakap nanti dia mari hehe,tapi kalau tak cakap pun dia mari jugak camane tu?? hahaa . dalam bulan ni entah kenapa maq jadi binggung !

pertama : pada satu pagi ketika lepas mandi dalam jam 6.30am maq tinggal keseorangan dirumah anak-anak sedang bersiap-siap dibawah untuk ke sekolah .tiada sesiapa dibilik atas .selepas siap-siap maq turun ke bawah (rumah maq bilik diatas ) ketika turun tu tangan maq raba dah suiz lampu ,memang confirm tutup dah ! sebab dah gelap pun bilik tu . tetapi bila maq naik kebilik jam 9.am untuk mengambil hanger baju untuk menjemur kain baju yang siap dicuci ,lampu terpasang sudah !! kerja siapa kah ? sedangkan ketika tu maq duduk sorang je dalam rumah ! ce fikir,ce fikir  .

kedua : masa tu dan hampir tengahari ,cuaca panas terik,tenang walaupun luar rumah haba hangat !tiada angin bertiup , sebab jika bertiup bidai didepan rumah maq akan bergerak dan berbunyi-bunyi tuk,tuk tuk hehhe .maq duduk sorang lagi dimeja tulis (bahagian bawah rumah) tiba-tiba pintu bilik atas ditutup kuat gila ! berdentum ! macam dihempas oleh seorang lelaki yang merajuk tak dapat gitu ! '' bedentum ''!!!! hahhaa .errr...errr.... maq tengok keatas bilik ... siapa ? tapi tak dak siapa ...alahaiiii.. jantungku dup dap jadinya .

ketiga : dan baru-baru ni ,waktu tu jam 4 am ,kami semua tengah tidur  tiba-tiba maq sedar suami maq terbangun dan belari ke dapur ! maq tanya kenapa bang??? gas bocor katanya ! eh! ye ke? maq kata ada bunyi ke ? dia jawap takde pulak .. tapi bila diperiksa rupanya kepala gas sudah terbuka (tak tutup ketat dan tertanggal ) semalaman gas keluar dari situ . tapi siapa yg masak malam tadi??? maq tak buka pun kepala gas tu ? apa lagi anak -anak dara maq ,betuah la sangat mereka begitu rajin  tapi....kerja siapakah? waallahualam . ianya masih misteri dan adakah ini kerja mistik ??? kita tunggu dan lihat nanti ye

#alhamdulillah ..anak-anak asuhan maq tiada mengalami apa -apa gangguan setakat ini dirumah maq,kalau tidak bahaya jugak ! tak tahu nak kata apa ,yg paling mudah maq kena baca ayat-ayat al~Quran hari-hari  untuk  buat teman dikala sunyi  ..hehhee




Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi