13.5.14

rezeki

Assalammualaikum semua ..

Lokasi : bawah buai Qaisarah !

Sambil membuai boleh pulak membebel diblog ..  ini je cara untuk mengelak dari maq tertidur sebelum baby Qaisarah tidur . naye anak orang nanti kan .

zaman sekarangni jarang sangat terdapat surirumah yang hanya fokus 100% pada keluarga dan kerjarumah semata-mata . kebanyakkan ada yang berniaga online , jual tudung , jual kuih , telekung , perabut , barang kemas , kosmetik .. Ada yang mengasuh , ada yang berniaga kuih dan macam -
macam lagilah yang boleh mendatangkan hasil .

Maq tak boleh nak bisnes online sebab maq tak tahu nak drive . lesen basikal pun dah lama tamat tempuh , tak sempat nak renew  .. Apa lagi lesen kereta ..tidak memiliki langsung ! Nanti macamana nak pergi bank in duit  atau hantar order tu ? sedih je sebab tak de lesen kereta . orang lain dan boleh bawak kapal terbang dah pun. Hurmm


dan disebabkan itulah maq hanya boleh buka taska kecil dirumah ni . Dalam masa yang sama dapat duit poket sendiri .alhamdulillah ...sebenarnya duduk dalam rumah ni lelama bosan cik peah oii..


oleh itu pada yang ada kerjaya diluar rumah tu tahanlah sikit perasaan jika dah mula bosan dengan kerja. Kerana zaman sekarang bukan mudah nak cari perkerjaan baru kalau dah berhenti. Kalau anak dara tu mungkin laris lagi tapi kalau mak orang ni . .... Payah sikit rasanya nama naik ! Hehheee.

Tapi harus diingat ! ReZki itu pemberian Allah makanya  jangan pernah untuk mengeluh . terima rezeki yang diperolehi seadanya dan jangan pernah lupa untuk bersyukur.

Apa yang penting untuk memantap
Kan ekonomi rumah tangga kita tak bolehlah mengharap gaji suami semata-mata . berusahalah ! Sambil mendidik zuriat kita , dapat juga rezeki yang masyukk... Hehehe malas takkan dapat  buat kita selesa !



No comments: