14.5.14

sentap

Assalammualaikum pembaca !

Kalau disebut tentang perasaan , manusia sering lupa ! Bahawa sesungguhnya perasaan manusia ini berbeza-beza . kenapa maq cakap macam tu ? sebabnya  zaman sekarang ni tiap apa yg orang lain luahkan  kata-katanya , pastinya ada saja hati yang terasa  atau straight to the point its call ( perasan ) !

inilah keburukan  laman sosial  , baru nak meluahkan dah dianggap bukan-bukan oleh segelintir pembaca ayat si peluah ! eh ! ada ke perkataan  peluah dalam kamus dewan ? hehe maq memandai je kan  . tapi itulah kenyataan . selain kritikkan ,si peluah juga akan mendapat satu istilah yang dipanggil diburuk-burukkan (kalau ni memang ada dalam kamus dewan eah ) sedangkan tujuan utama si peluah hanya untuk meluahkan apa yang ada dalam mindanya ketika  itu  dan bukan ditujukan kepada sesiapa pun !

  ahha ...itulah yang maq nak cakap ,manusia ni walau zahirnya nampak  sama namun perasaannya ,naluri ,jiwa ,minda mereka sangat-sangat berbeza . oleh itu janganlah sesekali kita fikir yang kita ni selalunya betul sedangkan ada orang lain yang lebih betul dari kita , dan kadang-kadang kita pun memang tak betul haha

disini maq pun sedang belajar untuk hati-hati ketika  mengeluarkan ayat bila buat post atau status ,mana tau kot ada orang yang tersentap, nahas maq oii ... ishh ! huhhuu

bila difikirkan balik ,sebenarnya salah kita jugak ,siapa suruh perasan , ye tak ?

tapikan kadang-kadang tu memang seriously ,ayat diaorang tu macam kena jek dengan diri kita ,macam nak buat kita sentap.... jek , macam nak kena ...jek  ..... heheheh maq tak eah maq  tak...tak... haha

#maqnie ~ post ini tidak ada kaitan dengan yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia-harap maklum !




No comments: