soalan untuk maq

Assalammualaikum

Moga semua berada dalam lindungan Illahi dan diberkati disisi keluarga tercinta.

Hari minggu ni suami maq kena bertugas , nasib baik anak sulong tak kerja dapat la buat teman kan maq kat rumah ni , kalau tak pasti sunyi dan bosan .

Sebenarnya bukan takde benda nak dibuat tapi kalau dah hari-hari buat benda yang sama jemu kan . hehhe

Kalau tak caya tanya cik Peah bosan tak hari - hari dok masak ,membasuh , memasang ! Aip .... Masang ape tu ? Pasang badan la untuk suami tercinta , bukan untuk siapa pun hehhee

Semalam pergi jemputan Rumah jiran , jumpa kawan-kawan kumpulan Al-Raudhah ... Dan antara soalan yang diajukan ... Bila nak menantu ni maq ? Ish ... Bingung nak jawab sebab anak maq yang tua baru habis STPM  (20 tahun )



Maq gelak je sebab tak tahu nak jawap apa hehhee

Comments