30.6.14

sedih dan sedar diri

Assalammualaikum ..

Bila buat post guna handset cap ayam sabung ni ..apa yang merugikan maq ialah maq tak dapat nak kongsikan gambar untuk tàtapan pembaca sekelian .sedih je kan . bila maq upload nanti dia cakap :

Gambar anda tidak dapat dimuat naik kerana tak lawa ! Hahaha

Taklah ...dia cakap gambar anda terlalu besar untuk dimuat naik . hurm..

#maqnie ~ ruginya takde " anak ikan " kalau tak boleh minta belikan handset canggih sikit ...aik???

Hehehe *orang tua tak sedar diri le tu*

jum sahur

Assalammualaikum ..

Salam sahur dari maq . Alhamdulillah dapat bangun lagi dengan tubuh badan yang sihat dan dapat lagi diberi izin untuk melakukan ibadah di muka bumi Allah ini .

Sahur adalah antara salah satu yang disarankan oleh Allah pada hambaNya sebelum melakukan ibadah puasa .

Melewatkan sahur itu sunat . dan tiada sahur selepas jam 10 pagi ye sebab itu bukan sahur , itu sarapan !


Harapan maq ramadhan kali ni maq dapat bersahur dengan anak-anak dan suami tanpa tertinggal. Sebab anak maq yang bertiga tu sering buat alasan lapar  kalau tak sahur ...jeng3x sangat merbahaya situasi tu ! Hehehe ..


#maqnie ~ terpaksa setkan dua handset sebagai alarm supaya tak terlepas bangun  sahur . insya allah ...

29.6.14

hati-hati bila berkomen

Assalammualaikum ..

Sejak pakai handfone beranroid ni , laman muka buku maq memang  boleh dikatakan sentiasa aktif .Dalam menjalankan tugasan harian sempat lagi bersosial tu cik Peah oii.. hehehe

Apa yang menarik nya laman muka buku pada maq ialah  merupakan satu cabang punca ilmu pengetahuan yang boleh di dapati .


dapat Mengenali kawan dari luar kawasan sendiri .

Mengenali tempat orang dan mengetahui aktiviti kaum keluarga yang jauh di negeri orang .


senang cakap laman ni punca pengirat  silaturahim sesama insan . alhamdulillah ..

Namun ada yang salah guna bila ianya dijadikan  muka buku sebagai medan untuk " mencari kesilapan orang lain dan memburuk-burukan orang " ..


Sedihkan bila kita baca banyak komen yang kurang  cantik bahasanya .paling digeruni laman muka buku ini telah digunakan oleh ramai kanak-kanak sekolah yang sedang membesar . dimana mereka lebih mudah terikut-ikut .


Maka ..hati-hati lah bila berkomen sebab nanti dikhuatiri anak kita akan  komen kita sama macam kita beri komen di facebook tu . aduhhai ..

bulan puasa , cuci mata

Assalammualaikum..

Marhaban ya Ramadhan...alhamdulillah Allah bagi peluang kita bertemu lagi dengan ramadhan kali ini . bermakna sekali lagi Allah izinkan kita membuat amal ibadah dibulan mulia ini .terima kasih Allah .

Petang tadi disebabkan cuti ahad , maq dan suami berpeluang pergi cuci mata sementara menanti waktu berbuka . cu ci mata dimana ? Mana lagi kalau tak dibazar ramadhan Pesta , Batu Pahat.



Tiap bulan ramadhan , bazar disini memang meriah . ekonomi gawat ke , ekonomi stabil ke , barang murah ke , barang naik ke , bazar sini memang meriah .

Makanan paling best disini pada maq ialah karipap spesialnya popia basah , air tauhu , nasi kerabu , roti john spesial , dan kuih tako .

tapi harini maq tak jumpa benda tu semuanya sebab dah habis . yang dapat cuma air tauhu panas . jadilah dari takde langsung  yg dicari tu kan .nanti mengences pulak huhu ..ish..

Tapi ada banyak yang perlu diambil kira .ahha ...lapar tu lapar la jugak ya tapi nafsu tu hah jaga - jaga tau  sebab  mata ni kalau dicuci dibazar ramadhan memang cerah je penglihatannya .

Takut nanti orang berbuka tapi kita buat kenduri anak beranak .kalau habis takpe , ni nanti tong sampah yang kenyang ..hurmm


#maqnie ~ mohon amalan diterima di bulan puasa ini ..amin..

26.6.14

bagaimana nanti ?

Assalammualaikum ..

Bila melihat anak-anak yang semakin besar . pernah juga maq terfikir sesuatu yang jarang maq fikirkan . iaitu ...

Apa akan jadi pada mereka kalau andai dikatakan lah Allah ambil nyawa maq lebih awal ?

Bila cakap pasal anak-anak maq . memanglah kesemuanya perempuan . kata orang budak perempuan ni selepas syurga nya dibawah tapak kaki ibunya , dan bila mereka  sudah berkahwin , syurga beralih kepada suaminya pula .

Tetapi bagaimana dengan calon  suami mereka nanti ? Mampukah membawa mereka ke syurga ? Membimbing mereka  kejalan yang diredhai ? Menjadikan mereka isteri yang solehah ? Dan akhirnya mengagungkan mereka seperti ibu mithali ?

Sekarang ni pun tiap gerak mereka diharapkan pada maq .

Maq nak itu ..
Maq nak ini ..
Maq yang ini boleh tak ?
Maq yang ini cantik tak?
Maq macamana ni ..
Maq yang tu susah la ..
Maq masak apa ?
Maq nanti tunggu tau ..
Maq nanti cari kan eah ..
Maq ini untuk apa ?
Maq nak guna ni macamana ?
Maq tolong buatkan ini boleh ?

Ye ...tu hanya sedikit je dari ratusan yang kerap disoal ..ditanya kepada maq .

Siapa salah ? Maq kah ? Atau mereka yang tak tahu nak gunakan akal mereka kah ? atau mereka memang dah biasa mengharapkan  bantuan idea atau hasil bantuan dari maq ?

Kadang -kadang lawak jugak bila maq yang hanya berkelulusan SPM gred 2 pada tahun 1987 tu dapat selesaikan masalah pelajaran budak STPM 2014 .

Tapi paling pelik mereka boleh terima idea maq dan ambil sebagai jawapan ! dia kata betul !!!

Padahal maq pakai bantai je hehehe


Malam jumaat ini maq tefikir lagi ...kalaulah maq dah mati  , adakah mereka akan menghulurkan bantuan buat maq dialam baru tu nanti ? sedekahkan al-fatihah ...bacakan surah yasin ..bertahlil ? Waallahhualam ..*takbir*

25.6.14

bebel sebab sentap dan sentuh

Assalammualaikum ..

Ketika terbongkar  kisah anak yang dikurung dibilik sebuah rumah flat diNilai tempohari .pelbagai reaksi dari rakyat tentang kejadian itu .

Ramai salahkan ibunya .
Ada juga yang salahkan kerajaan .
Dan tak kurang juga yang menyalahkan jiran setempat .

Dalam hal seperti ini sebagai seorang ibu , maq punya naluri keibuan yang sangat tersentuh.

Ketika bila pegawai imegresin beristigfar panjang ketika terserempak dengan adik firdaus buat pertama kalinya tu. Waktu tu hati maq bersuara ...Ya Allah ...apa semua ni ? Terima kasih kerana Kau temukan adik itu dengan pegawai- pegawai  ini . kalau lah  tidak diketahui  , apakan jadi pada adik itu . sejujurnya mengalir air mata maq . lagi-lagi bila melihat mata adik tu yang layu dan sayu ketika dia ditemui .


Hati maq tersentuh buat kali kedua bila melihat profile facebook ibu kepada adik tu .sekali lagi maq mengucap panjang bila dapat tahu dia seorang wanita yang cantik , mempunyai pekerjaan yang menarik , dan seorang yang berusaha untuk keluarganya .tapi kenapa boleh jadi macamni ???

Dan ketiga bila maq terbaca satu pengakuan iaitu pengakuan Ayah tiri kepada adik firdaus . katanya ibu firdaus adalah ibu yang penyayang kepada anak-anak dan mereka berdua berkahwin sembunyi-sembunyi dari pengetahuan isteri pertamanya .sebab itu dia tak dapat balik kerumah  ibu firdaus diflat selalu . ahh sentap sungguh hatini .


Pada maq ...bila si ibu sudah berkahwin baru , kahwin pulak cara sorok-sorok , ini adalah antara punca masalahnya.

Bila seseorang itu sudah berkahwin dengan seorang perempuan(ibu tunggal ) , secara automatik dia kena beri nafkah kepada anak-anak kepada isterinya lagi-lagi  anak tiri seperti adik Firdaus seorang anak yatim , OKU .

Masalahnya bila tanggung jawap sudah terbahagia kepada dua rumah (isteri tua /isteri muda ) dan isteri kedua terpaksa bekerja untuk menyara keluarga dikampung maka kelupaan pun terjadilah dengan samaada sengaja ataupun tidak sengaja lepada anak tiri yang kurang upaya itu . lahai ..kesiannya...

Sepatutnya sebagai ketua bagi dua buah kapal , kapten (ayah tiri ) memang wajib mengetahui hal ehwal setiap anak-anaknya termasuk urusan tentang anak tirinya .

Tiada siapa yang bersalah disini :

Si ibu ke ...Si kerajaan ke ...Si jiran tetangga ke ..Tetapi bila seorang ayah melupakan tanggungjawabnya ...maka semua didapati bersalah ..dituduh ..dikecam oleh orang-orang yang rasa dia tak pernah buat salah . padahal semua ini tanggungjawap si suami .

Hurm ....moga Allah lindungi keluarga ini dan semua rakyat Malaysia .





16.6.14

ayah suka apa ?

Assalammualaikum ..

Pada hari bapa yang lepas , anak-anak bingung nak bagi hadiah apa untuk ayahnya . Sebabnya kerana :

Kalau beli baju , ayah dia memang cerewet pasal jenis kain nya.

Nak beli kan beg dompet , ayahnya baru je beli .

Nak belikan jam , ayahnya tak suka pakai jam .

Nak belikan kasut , takut ayahnya tak suka pulak fesyen kasutnya .

masing-masing pening ..tak tahu nak belikan apa hehehe

Bukan mudah nak buat ayah rasa gembira sebenarnyakan. tapi dia ( si ayah ) sanggup bersengkang mata berkerja siang malam untuk keselesaan dan kebahagiaan buat anak-anak dan isteri .


Dan sampai keharini anak-anak maq masih lagi terfikir apa yang nak diberi pada ayahnya..

#Maqnie ~
belanja makan makanan kegemarannya rasanya dah mencukupi .

12.6.14

mesyuarat tingkap

Assalammualaikum ...
Lokasi : tepi rumah maq
Tetamu : cik peah oiii
Tarikh : harini ..


17hari lagi puasa cik peah oiii...

Aah cik anni ...kejap je kan ...Baju raya tahun lepas baru berapa kali je pakai , dah nak buat baju raya baru  ..

Aah ... Berapa helai awak tempah baju raya tahun lepas cik peah oii...

Err...saya tukar baju untuk seminggu je cik anni oii... Tahun ni buat lagi untuk seminggu jugak rasanya .....maklom suami kita kan suka jenjalan pegi beraya ....

Emmmm... Patut la awak tak rasa puas pakai baju raya tahun lepas ekk ......

Aah cik anni oiii ....



#maqnie ~ @#$%&*+ ...bayangkan kalau dia dah raya style macam tu selama 30 tahun ! Uishhh....

11.6.14

kaum yang menguasai

Assalammualaikum ...

maq sedang menuntun Kilauan Emas 4 ! amboii..kemain lagi kawan-kawan maq tu kan masuk final , suara mereka pun memang hebat-hebat ! dan nampaknya kaum adam memang power menyanyi sekarang ni . menang kalah dapat kereta tu ... huhu ..

bila dah tamat musim kilauan emas ni , akan muncul lah musim musabaqah ,almaklum dah nak masuk bulan ramadhan tak lama lagi . harapan maq ,sekali lagi kaum adam akan menyerikan lagi suasana malam rahmat itu ! haraplah sangat-sangat . kalau menyanyi mereka terror ,kenapa tak terror mengaji ?

Kemudian memenuhi masjid untuk terawih .. Ohh memang berbaloi mereka memenangi hadiah di akhirat pulak nanti , bukan je kereta , malahan bidadari lebih cantik dari Erra Fazira pun dapat ...

orang perempuan ni lain , kang baru nak fokus buat amalan ..dah dibagi cuti seminggu ...dah kena dok diam je berzikir hehe  Tapi kena terima je la kan . itu lah perempuan sejati . anugerah Allah tu , sape nak bagi .. Iye dok ?

orang perempuan macam kita  kena bagi sokongan kat orang lelaki ni sebab mereka lah nakhoda rumah tangga kalau mereka karam ,bagaimana anak-anak dan isteri nak selamat nanti ?


#maqnie~  lelaki  dan jantan itu jauh berbeza pada amalannya ...

kerang dulu bukan kerang sekarang


Assalammualaikum semua  ..

maq macam nak komplen ni !
eh! dah reti nak komplen orang pulak maqnie ni kan ...hehe

ye lah ,hari ahad lepas kan , bila anak-anak maq semua keluar pergi menuntun wayang ,  maq dengan suami pun pergilah jenjalan ke area kampung maqnie iaitu kampung Senggarang . sempatlah  singgah kerumah orang tua maq kejap ,tapi macam biasa lah kan rumah tu tiada penghuninya  huhuhu . tak sampai 20 minit , suami pun ajak maq balik . entah kenapa maq pun tak tahu  ! hati dia tak selesa katanya pergi kerumah yang tiada tuannya ... ooh...

kemudian maq ajak lah suami makan kerang goreng di Pantai Sungai Lurus . ish memang dah lama rasanya maq tak menjamah makanan disitu ! kerang goreng nya memang sedap! wow ! masa dalam kereta sudah  pun terbayang-bayang kenikmatan nya ..

 *model dari Pasir Gudang *


terdapat 2 buah kedai makan disitu . dan maq pilih kedai yang nombor 2 !

makan apa kak ??

teh O ais limau 2
kerang goreng 2
dah !

tak sampai 10 minit kerang dan teh O ais limau pun datang . amboii ,terkejut ! kerang dah dalam mangkok ABC  ( cuba bayangkan ) ...bila  makan , apa yang maq dapati , isinya hanya 1/3 ,manakala  kulitnya 2/3 !! suami mula bersunggut  , mana isinya yang ??? entah laaa  ....maq memujuk hati yang  terkilan . rasa nya memang sedap ( kuahnya ) tapi kenapa kulit lebih banyak dari isi ? dia fikir gigi maq ni boleh kunyah kulit-kulit kerang tu ke apa???


ish ....inilah melayu raya !! haha sebab tu melayu tak kaya !  bijak sungguh berniaga  ,jual kulit kerang ,bukan isi kerang . *sabo maq* bila dah letih cari isi kerang dalam mangkuk ABC tu , maq pun ajak suami balik ke Batu Pahat ! ( rumahku syurgaku)


9.6.14

sesat di Kota Melaka

Assalamualaikum ..

Selepas melayan anak- anak pergi jalan-jalan di jom heboh , Port Dickson pada hati sabtu yg lalu .

Maq ajak suami untuk pergi ke Melaka bandaraya bersejarah . seingat maq last maq pergi Melaka ialah pada family day fatimah fc . waktu tu buat evant kat Bagan Lalang . Lepas balik pantai tu kami singgah Melaka ..lama tu ! Lebih dari 5 tahun . nampak sangat tak kuat merayap kan.

Oleh kerana lama tak pergi , Melaka dah pun berubah , jalannya banyak kereta dan padat ! Pembangunan sangat pesat ! Yang menariknya  nak parking kereta pun tak dapat ! Jem !!!


Masa tu sekitar jam 4.30 petang. Maq guna GPS sampaikan betri habis ! Bila dah pusing-pusing cari parking tak jumpa - jumpa akhirnya  kami ambil keputusan untuk balik ke Batu Pahat sahaja .


TAPI !! Kami tak jumpa jalan keluar !! Jalan punya jalan eh!  Masuk pulak jalan ke pantai Kelebang !! No!!! Hahaha nampak sangat yang kami dah salah arah ketika ditrafik light diawal tadi . kami bukan turun ke Muar tapi kami jalan jauh dari arah itu ..adeh .. Ok u-turn ..haha

Jalan utama tu memang jem teruk! Bila sampai ke trafik light yg awal tu , eh ! Sekali lagi confius , nak lalu jalan tengah ke atau jalan kiri?? Kalau kiri kena masuk lorong yg laluannya  sebelah jambatan !

Tiba-tiba kata ety ( anak maq nombor dua ) " ikut kiri je , tu ada signboard!" ..Maq dan suami bingung.. Akhirnya suami pun ikut la signboard  tu , lalu lah kereta dilaluan sebelah jambatan tu .sebelah Mahkota Prade .

Sedih .....masa tu pukul 6 petang dan jalan sempit tu jem sangat menggila disitu . maq terdiam sebab redha je kalau memang dah itu jadinya ..hehehe  Makan je jajan buat hilangkan stress .

Bila.dah ambil masa dalam 45minit untuk tawaf Mahkota Prade , akhirnya maq sampai juga ke trafiklight yang dah buat kami keliru tu ! Trafik light depan HnM kot kalau tak silap maq .

Sebenarnya tu salah suami maq sebab dia kata lorong kiri tu jalan mati padahal tu lah jalan untuk ke Muar , dan bila dia ambil jalan *hidup*, maka tersesatlah kami ke pantai Kelebang tu ! Hahaha takpe ..pada maq inilah cara Allah nak tunjuk cara untuk maq ingat jalan - jalan di Melaka !

Dan bila dah sampai ke "jalan mati" tu kata suami maq la kan ..aaah lega ...kami dah masuk jalan ke arah Muar . tetapi ....

Bila dah hampir 20 minit perjalanan , satu lagi masaalah..petunjuk hilang..takde pun signboard untuk kami ikut ! Aduh sekali lagi binggung!

Kat situ cuma ada hotel - hotel ,  maq suruh suami tanya beberapa orang dalam hotel tu .adeh nasib pakai plat kereta negeri Sembilan , taklah malu sangat hehehe

Ok bila dah dapat petunjuk , kami pun teruskan perjalanan . lagi bingung bila sampai kat trafik light yang macam ada 8 lorong tu ! Entah apa nama jalan tu agaknya .suami nekad untuk belok ke lorong belah kanannya .yes!! Kami masuk ke jalan Semabok!! Tapi macamana nak pergi ke highway Semabok tu ???

Sekali lagi pening ..hahaha

Maq cakap kat suami ...rileks yang , kita tanya orang lagi ye ...dan suami pun keluar bertanya seorang orang baik hati diwarung tepi jalan tu. Waktu tu dah berkumandang  suara azan magrib ..Allahhuakbar ...

Atas petunjuk oleh pengusaha warung tu , akhirnya ..yess...kami sekeluarga sampai di kawasan medan selera semabok ! Masa tu sekeluarg turun ke tandas awam sebab dah nak terkucil!

Bila semua urusan hajat dah selesai ..akhirnya kami teruskan perjalanan le Batu Pahat..dengan melalui lebuhraya Semabok AMJ ! Dan bila hati dah tenang maq pun terlena , bila sedar rupanya dah masuk jalan Parit Jawa dah ...jambatan cantik pun terlepas ...

Bila sampai dikedai makan , jam menunjukkan pukul 9 lebih masa tu perlawanan bola sedang berlangsung antara Pahang melawan Felda fc ! Aaaah dah tak tengok bola , perut dah minta diisi !! Nasi goreng ayam, teh O ais limau dan cikong sejuk !! Alhamdulillah  rezeki dari Allah ..

Ok jam dah pukul 10 .30 malam .kami sampai lah dihadapan rumahku syurgaku .

Bila nak ke Melaka lagi yang???? Maq tanya suami

Ah !! Malas !!  Berjam-jam dalam kereta ! Abang tak suka jalannya sempit !! Signboard tak boleh pakai la...Bla..bla..suami maq membebel la pulak ..apa pun itulah pengalaman
namanya kan ...menarik walaupun sikit penat .


#maqnie~ jauh perjalanan , luas pengalaman termasuklah pengalaman tersesat jalan! Hehe


ibu bapa yang baik


Assalammualaikum

semalam online facebook tetiba maq terbaca satu status seorang kawan facebook yang mana rasa maq ,dah dua kali rasanya dia update status yang sama .

tajukknya bagaimana nak jadi ibubapa yang baik .

dia binggung katanya sebab dia belum berkahwin , sedangkan maklumat tu untuk  dihantar sebagai assigment nya pada 21 haribulan nanti sedang sekarang ni dah 9 haribulan .  dah tak lama lagi .

bila soalan diajukan distatus  banyak jawpan yang di peroleh .antaranya

jawapan seorang ustazah :

Ikut ajaran Alquran n Sunnah agr kita ibubapa berada dilndasan yg betol...sebb kita adalah idola pda mereka....insyaallh apa yg kita buat itu la ikutan mereka...moga ank2 kita jdi ank yg soleh n solehah ....


jawapan seorang blogger bujang ( perempuan )

ibubapa yg baik ialah : tak suka memakse anak2 , selalu mendoakan ank2nya , suka menasihati anak2nya jika mereka buat silap ,tak mengabaikan tnggungjwp pada ank2 nya , marah tp xmenengking malahan menggunakan psiko utk mendekati anak2 mereka . berusaha memberi kesenangan kpd anak2 mereka wlpn mereka bkn bergaji besar , anak2 yg punya ibu bpa mcm ni akan berase bangga dgn orgtuanya sbb dia rase drinya tak terabai. . . sekian heee


jawapan maq pulak

ibubapa yang baik akan menjaga anak-anak mereka dgn kasih syg ,bukan dimanjakan . sebab anak yg manja akan tidak menghormati ibubapanya  .

ibubapa  yg baik selalu ambil tahu kemana anak mereka  ,apa dibuatnya tetapi tidak mendesak mereka .

ibubapa yg baik akan menerima apa  saja kelemahan atau keistimewaan anak mereka tanpa membanding-bandingkan dengan anak-anak yang lain .


ibubapa yang baik bukan mahukan apa-apa balasan dari anak-anak mereka ,pada mereka cukuplah dengan menghormati mereka sebagai ibubapa.

ibubapa yang baik tak kesah jika pelajaran anaknya tak tinggi sebab pada dia ,mungkin sudah  itu tahap kemampuan anaknya tetapi dia akan meninggikan tahap adab sopan dan tahap budi bahasa anak-anak kerana anak -anak yang berbudi bahasa dan bersopan santun itu bakal  dihormati oleh tiap orang . lagi pun budi bahasa tidak dijual beli  kan .... ini pendapat maq je.


#maqnie ~ bukan mudah nak menjadi ibubapa yang baik dizaman moden ini kerana anak zaman sekarang ni mudah terpengaruh dengan dunia sosial di dunia alam maya mereka .dan ibu bapa kena tahan dengan suasana era baru ni

6.6.14

bahana 360

Assalammualaikum .

bila orang tua macam maq nie ni menggunakan laman sosial ,banyak risiko yang datang . antara bijak menguruskannya itu terletak pada diri masing-masing . adilkah jika maq kata  ' penggunaan kamera 360 sangat mengundang bencana' ??


hahaha nak jadikan satu cerita :

satu hari tu maq ni berselfie la ketika maq dan suami pergi  bersiar-siar  bawa anak-anak . maq memang tak reti berselfie tapi oleh kerana bosan dalam kereta ,maka jarini dok sibuk menekan handset ,kemudian dengan kamera 360 maka dapat lah beberapa keping gambar maq yang telah di edit . ianya seperti muda 10 tahun ...ehemmm ...bila wajah dah bertukar ,dengan sengaja nya gunakan la ia sebagai gambar untuk profile facebook tu ! ohh ...macam retis pulak ! ramai dok menyukainya ( like) . tapi pada keesokkan harinya  ......

beberapa permintaan rakan telah pun berkunjung di facebook maqnie tu ! mereka menggunakan gambar siapa pun maq tak tahu .kononnya dari luar negara . yang pasti akaun fb tu kepunyaan orang yang hampir sama niatnya hahaha ..mana taknya bila baca message diaorang .....contohnya dibawah ,message ni adalah antara message yang di hantar ke inbox maq . awalnya maq dah delete dah semua untuk mengelakkan encik suami syak wasangka .maklomlah kan siapa tak sayang bini cik peah oiii . . .tapi nampaknya MEREKA masih tidak berputus asa . bila maq balas yang mengatakan maq seorang suri rumah beranak 3 , maka ini lah message yg diberi ..... jum baca....

Maq Nie
Hi Martin. I am 44 years old ..housewife and have 3 daughters  . thanks for your info and thanks for your message . sorry late to reply.
3 June at 10:23



Martin Peter
How are you doing today?i think you have already take your lunch?It is my pleasure to receive your message here,I'm Martin Peter,I'm 179cm in height and 80 in weight.A citizen of United Kingdom while living in Liverpool here,I'm also single never been married,I'm 46 years old,I work and live here.I am also a self employed contractor that specialize in building roads,Hotels,Shopping Mall,Shops,Houses,bridges,Apartment,I am an honest man,kind and generous especially to kids...am happy that you replied me back here.

 I want to introduce you about my Family very well.I'm the only Child in my family,i lost my parents since three years ago,I want to have someone in my life,feel happy and also be friend,i will like to develop good relationship with you as i know that we are now family oriented now and i believe that distance dose not matter in relationship, what matters is love,caring,understanding and keeping in touch.I believe Distance is not a problem in friendship as long as the Communications is always there,I do like admiring the seascape which make me feel like leaving for a distant journey,learning something new i have never known before.I like dancing and spending romantic evenings with candlelight listening to quiet melodies.I take interest in fitness,swimming and often make runs along the sea side.I like cooking but tasting something another person has cooked feels fine.I am really happy that am writing this message for you.. i will be waiting for your reply,Hope to hear from you,i will like you to add me here as your friend on Facebook here.
 Your sincerely,
 Martin Peter.
Tuesday at 14:45 · Sent from Web
 

dan ini message dari seorang lagi :


Mauricio Tabe
Please what are you talking about my dear..
Please where you from..
1 hour ago · Sent from Web


Mauricio Tabe
Maybe you are busy..
1 hour ago · Sent from Chat



dan sehingga kehari ini Martin , Mauricio dan kuncu-kuncunya  masih lagi menghantar message kepada maq. yang paling lawak tu,bila mereka tanya awak  berkawin? atau ibu tunggal ?

apa ? dia ingat kalau ibu tunggal pun ada ke kena mengedik-gedik kat orang yang tidak dikenali macam mereka tu ??  sorry la ..ini perempuan melayu  , kami bukan nak mengatal dengan ayat-ayat korang tu !! ( marah ni) hehehe

dan sekarang ni maq memang tak layan  dah message-message terkini sebab pada maq ni semua sesuatu yang dirancang oleh seseorang untuk sesuatu niat tertentu !!  sorry guys TAK SEMUA MELAYU MUDAH LUPA !!! biarlah kesemua  JEJAKA TERLAJAK LARIS yang  berniat tersembunyi tu disitu saja! bertanya soalan-soalan yang meragukan maq.lantaklah diaorang !!

mungkin anda tanya kenapa maq tak block je akaun fb tu ??  ye maq takkan buat macam tu sebab nanti mereka akan buat akaun baru dan pm maq semula  ... takde  faedahnya ....biar kan je la. pokok pangkal hati maq ni kena kuat dengan message-message mereka .entah sapa-sapa lah tu...grrrrr....


#maqnie ~ melayu ada harga diri , suami itu nombor satu ,kawan-kawan memang perlu tapi hati-hati bila memilih kawan sebab tak semua kawan itu kawan ,mungkin ada lawan !

5.6.14

orang zaman moden

Assalammualaikum ..

minggu ni masuk la kita ke minggu pertama dalam bulan jun pada tahun 2014 ini . masih banyak yang perlu diperbaiki dalam mengejar masa yang berlari pantas . selain berusaha untuk maju kan diri , kita kena mengikuti  peredaran zaman yang makin lama semakin berubah.

apa yang menarik sekarang di Malaysia ini  , semakin maju negara ,rakyat semakin mundur . bukan mundur pada taraf hidup tetapi pada pegangan hidupnya ,ianya sama seperti kehidupan manusia di zaman batu dulu . kenapa maq cakap macam tu ?

lihat je dikaca tv , remaja berkelahi ! seakan-akan sama seperti orang dulu-dulu menyabung ayam  atau seperti pertarungan antara pahlawan di mana siapa menang dialah akan diambil raja sebagai panglima !

kita baca di akhbar , orang buang bayi ! ianya lebih buruk dari membuang sampah ! sedang sampah pun orang kutip untuk di kitar semula ! bayi dilempar kesana sini ,kepala pecah ,badan hancur ,patah riuk tubuh yang masih merah itu diinaya ! mana perasaannya ? mana belas kasihannya? mana akalnya ? haiwan yang tak berakal pun tau jaga anak !! nauzubillah .

di laman sosial ,ramai orang heboh pasal remaja merosakkan remaja yang lain ! nak salahkan lelaki pun tak boleh jugak kalau dah sah-sah si gadis  yang gedik nak ikut teman lelakinya kehulu -kehilir . dan bila dah dikerjakan ,salah kan lelaki pulak  ! lelaki jahat ! lelaki itu ! lelaki ini ! padahal siapa suruh berlonggok dirumah kosong  tanpa ikatan yang sah. nak salahkan siapa ??  salah ketua kampung ? penggali kubur ? atau salah orang masjid ?? mana mak bapak mereka ? ahh terlalu manja budak-budak ni . entah-entah cuit pun tak dibagi , tu yang berani bertindak sesuka hati !

selisih ...mintak dijauhkan dari anak-anak dan ahli keluarga kita .

di sekeliling rumah maq nie je  ,tak pandang lain . jiran tak langsung menghormati harta jiran . jangan nak bertegur sapa , pandang pun dah tak mau ! jeling tu tahu pulak ! kalau bisu boleh dimaafkan lagi tapi dia bukan OKU pun . kenapa susah sangat nak senyum ? yang pelik tu dengan bangla peramah pulak ! alahai ... paling teruk ,parking kereta macam dia duduk kat jalan tu sorang ! tak pernah nak fikir masalah jiran lain yang nak keluar masuk waktu kecemasan . seronok sangatkah menyusahkan orang  ? adeh , ada otak letak di tapak kaki ,fikir tak nak  , malahan dipijak nya lagi !! insaflah jiran-jiranku .

ok ... membebel bukan tabiat maq tapi bila dah mula ,memang payah nak berhenti hahaha .

sebagai insan yang sudah kealam senja ni ,pengalaman telah mengajar maq erti   MARUAH DIRI ,HORMAT HAK ORANG ,HORMAT  HAK SENDIRI . dan HAK UNTUK  BERSYUKUR !

serious maq cakap :

orang sekarang makin mundur mindanya ,bertindak tak mengikut akal tapi ikut perasaan . tak reti jaga budi bahasa . tak tahu menilai erti terima kasih  dan tak reti bersyukur pada apa yang dimiliki . kenapa maq cakap macam ni ? sebab maq nak buat peringatan ini pada diri maq sendiri agar tidak lupa pada asal usul maq dulu-dulu .


#Maqnie - nasib ada blog ,tak payah la nak tunjuk terror kat orang -orang kat keliling tu yang maq nie ini terror membebel , dia orang bukan ada blog pun  ( eh ! macam riak jek ) hehhe