bagaimana nanti ?

Assalammualaikum ..

Bila melihat anak-anak yang semakin besar . pernah juga maq terfikir sesuatu yang jarang maq fikirkan . iaitu ...

Apa akan jadi pada mereka kalau andai dikatakan lah Allah ambil nyawa maq lebih awal ?

Bila cakap pasal anak-anak maq . memanglah kesemuanya perempuan . kata orang budak perempuan ni selepas syurga nya dibawah tapak kaki ibunya , dan bila mereka  sudah berkahwin , syurga beralih kepada suaminya pula .

Tetapi bagaimana dengan calon  suami mereka nanti ? Mampukah membawa mereka ke syurga ? Membimbing mereka  kejalan yang diredhai ? Menjadikan mereka isteri yang solehah ? Dan akhirnya mengagungkan mereka seperti ibu mithali ?

Sekarang ni pun tiap gerak mereka diharapkan pada maq .

Maq nak itu ..
Maq nak ini ..
Maq yang ini boleh tak ?
Maq yang ini cantik tak?
Maq macamana ni ..
Maq yang tu susah la ..
Maq masak apa ?
Maq nanti tunggu tau ..
Maq nanti cari kan eah ..
Maq ini untuk apa ?
Maq nak guna ni macamana ?
Maq tolong buatkan ini boleh ?

Ye ...tu hanya sedikit je dari ratusan yang kerap disoal ..ditanya kepada maq .

Siapa salah ? Maq kah ? Atau mereka yang tak tahu nak gunakan akal mereka kah ? atau mereka memang dah biasa mengharapkan  bantuan idea atau hasil bantuan dari maq ?

Kadang -kadang lawak jugak bila maq yang hanya berkelulusan SPM gred 2 pada tahun 1987 tu dapat selesaikan masalah pelajaran budak STPM 2014 .

Tapi paling pelik mereka boleh terima idea maq dan ambil sebagai jawapan ! dia kata betul !!!

Padahal maq pakai bantai je hehehe


Malam jumaat ini maq tefikir lagi ...kalaulah maq dah mati  , adakah mereka akan menghulurkan bantuan buat maq dialam baru tu nanti ? sedekahkan al-fatihah ...bacakan surah yasin ..bertahlil ? Waallahhualam ..*takbir*

Comments