bebel sebab sentap dan sentuh

Assalammualaikum ..

Ketika terbongkar  kisah anak yang dikurung dibilik sebuah rumah flat diNilai tempohari .pelbagai reaksi dari rakyat tentang kejadian itu .

Ramai salahkan ibunya .
Ada juga yang salahkan kerajaan .
Dan tak kurang juga yang menyalahkan jiran setempat .

Dalam hal seperti ini sebagai seorang ibu , maq punya naluri keibuan yang sangat tersentuh.

Ketika bila pegawai imegresin beristigfar panjang ketika terserempak dengan adik firdaus buat pertama kalinya tu. Waktu tu hati maq bersuara ...Ya Allah ...apa semua ni ? Terima kasih kerana Kau temukan adik itu dengan pegawai- pegawai  ini . kalau lah  tidak diketahui  , apakan jadi pada adik itu . sejujurnya mengalir air mata maq . lagi-lagi bila melihat mata adik tu yang layu dan sayu ketika dia ditemui .


Hati maq tersentuh buat kali kedua bila melihat profile facebook ibu kepada adik tu .sekali lagi maq mengucap panjang bila dapat tahu dia seorang wanita yang cantik , mempunyai pekerjaan yang menarik , dan seorang yang berusaha untuk keluarganya .tapi kenapa boleh jadi macamni ???

Dan ketiga bila maq terbaca satu pengakuan iaitu pengakuan Ayah tiri kepada adik firdaus . katanya ibu firdaus adalah ibu yang penyayang kepada anak-anak dan mereka berdua berkahwin sembunyi-sembunyi dari pengetahuan isteri pertamanya .sebab itu dia tak dapat balik kerumah  ibu firdaus diflat selalu . ahh sentap sungguh hatini .


Pada maq ...bila si ibu sudah berkahwin baru , kahwin pulak cara sorok-sorok , ini adalah antara punca masalahnya.

Bila seseorang itu sudah berkahwin dengan seorang perempuan(ibu tunggal ) , secara automatik dia kena beri nafkah kepada anak-anak kepada isterinya lagi-lagi  anak tiri seperti adik Firdaus seorang anak yatim , OKU .

Masalahnya bila tanggung jawap sudah terbahagia kepada dua rumah (isteri tua /isteri muda ) dan isteri kedua terpaksa bekerja untuk menyara keluarga dikampung maka kelupaan pun terjadilah dengan samaada sengaja ataupun tidak sengaja lepada anak tiri yang kurang upaya itu . lahai ..kesiannya...

Sepatutnya sebagai ketua bagi dua buah kapal , kapten (ayah tiri ) memang wajib mengetahui hal ehwal setiap anak-anaknya termasuk urusan tentang anak tirinya .

Tiada siapa yang bersalah disini :

Si ibu ke ...Si kerajaan ke ...Si jiran tetangga ke ..Tetapi bila seorang ayah melupakan tanggungjawabnya ...maka semua didapati bersalah ..dituduh ..dikecam oleh orang-orang yang rasa dia tak pernah buat salah . padahal semua ini tanggungjawap si suami .

Hurm ....moga Allah lindungi keluarga ini dan semua rakyat Malaysia .





Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi