hati-hati bila berkomen

Assalammualaikum ..

Sejak pakai handfone beranroid ni , laman muka buku maq memang  boleh dikatakan sentiasa aktif .Dalam menjalankan tugasan harian sempat lagi bersosial tu cik Peah oii.. hehehe

Apa yang menarik nya laman muka buku pada maq ialah  merupakan satu cabang punca ilmu pengetahuan yang boleh di dapati .


dapat Mengenali kawan dari luar kawasan sendiri .

Mengenali tempat orang dan mengetahui aktiviti kaum keluarga yang jauh di negeri orang .


senang cakap laman ni punca pengirat  silaturahim sesama insan . alhamdulillah ..

Namun ada yang salah guna bila ianya dijadikan  muka buku sebagai medan untuk " mencari kesilapan orang lain dan memburuk-burukan orang " ..


Sedihkan bila kita baca banyak komen yang kurang  cantik bahasanya .paling digeruni laman muka buku ini telah digunakan oleh ramai kanak-kanak sekolah yang sedang membesar . dimana mereka lebih mudah terikut-ikut .


Maka ..hati-hati lah bila berkomen sebab nanti dikhuatiri anak kita akan  komen kita sama macam kita beri komen di facebook tu . aduhhai ..

Comments