kaum yang menguasai

Assalammualaikum ...

maq sedang menuntun Kilauan Emas 4 ! amboii..kemain lagi kawan-kawan maq tu kan masuk final , suara mereka pun memang hebat-hebat ! dan nampaknya kaum adam memang power menyanyi sekarang ni . menang kalah dapat kereta tu ... huhu ..

bila dah tamat musim kilauan emas ni , akan muncul lah musim musabaqah ,almaklum dah nak masuk bulan ramadhan tak lama lagi . harapan maq ,sekali lagi kaum adam akan menyerikan lagi suasana malam rahmat itu ! haraplah sangat-sangat . kalau menyanyi mereka terror ,kenapa tak terror mengaji ?

Kemudian memenuhi masjid untuk terawih .. Ohh memang berbaloi mereka memenangi hadiah di akhirat pulak nanti , bukan je kereta , malahan bidadari lebih cantik dari Erra Fazira pun dapat ...

orang perempuan ni lain , kang baru nak fokus buat amalan ..dah dibagi cuti seminggu ...dah kena dok diam je berzikir hehe  Tapi kena terima je la kan . itu lah perempuan sejati . anugerah Allah tu , sape nak bagi .. Iye dok ?

orang perempuan macam kita  kena bagi sokongan kat orang lelaki ni sebab mereka lah nakhoda rumah tangga kalau mereka karam ,bagaimana anak-anak dan isteri nak selamat nanti ?


#maqnie~  lelaki  dan jantan itu jauh berbeza pada amalannya ...

Comments

Popular posts from this blog

Kad kena telan mesin Atm

Susu sejat ganti santan kelapa

Bapa tiri dan anak perempuan tiri