kerang dulu bukan kerang sekarang


Assalammualaikum semua  ..

maq macam nak komplen ni !
eh! dah reti nak komplen orang pulak maqnie ni kan ...hehe

ye lah ,hari ahad lepas kan , bila anak-anak maq semua keluar pergi menuntun wayang ,  maq dengan suami pun pergilah jenjalan ke area kampung maqnie iaitu kampung Senggarang . sempatlah  singgah kerumah orang tua maq kejap ,tapi macam biasa lah kan rumah tu tiada penghuninya  huhuhu . tak sampai 20 minit , suami pun ajak maq balik . entah kenapa maq pun tak tahu  ! hati dia tak selesa katanya pergi kerumah yang tiada tuannya ... ooh...

kemudian maq ajak lah suami makan kerang goreng di Pantai Sungai Lurus . ish memang dah lama rasanya maq tak menjamah makanan disitu ! kerang goreng nya memang sedap! wow ! masa dalam kereta sudah  pun terbayang-bayang kenikmatan nya ..

 *model dari Pasir Gudang *


terdapat 2 buah kedai makan disitu . dan maq pilih kedai yang nombor 2 !

makan apa kak ??

teh O ais limau 2
kerang goreng 2
dah !

tak sampai 10 minit kerang dan teh O ais limau pun datang . amboii ,terkejut ! kerang dah dalam mangkok ABC  ( cuba bayangkan ) ...bila  makan , apa yang maq dapati , isinya hanya 1/3 ,manakala  kulitnya 2/3 !! suami mula bersunggut  , mana isinya yang ??? entah laaa  ....maq memujuk hati yang  terkilan . rasa nya memang sedap ( kuahnya ) tapi kenapa kulit lebih banyak dari isi ? dia fikir gigi maq ni boleh kunyah kulit-kulit kerang tu ke apa???


ish ....inilah melayu raya !! haha sebab tu melayu tak kaya !  bijak sungguh berniaga  ,jual kulit kerang ,bukan isi kerang . *sabo maq* bila dah letih cari isi kerang dalam mangkuk ABC tu , maq pun ajak suami balik ke Batu Pahat ! ( rumahku syurgaku)





masa nak bayar , maq tanya :
berapa dik ? dia cari bil order untuk meja maq....
RM 12 .60 kak ...
hah! beso tu ? ko jual kulit kat akak ,harganya 12.60 ?
( tapi maq cuma cakap dalam hati je ni _wat peace_  hehhe)
suami pandang maq ,
maq diam ...sambil berjalan keluar dari kedai . ...
berapa yang? tanya suami
isi yang boleh dikire tu ,dia charge RM 5.00 bang... jawap maq
hah!! dalam mangkok ABC tu  ?? RM5 ?? suami terkejut
hehehe ... nak murah kita masak sendiri nanti ye bang...maq sengih je masa tu.

Pada mulanya maq nak upload gambar kedai tu ,tapi bila dah hati ini terkilan macam ni ...apa pun tak iklas dalam hati nanti , maka buat keputusan , tak payah lah !cuma... maq terfikir ...bagaimana kalau yang beli tu orang yang teringin nak makan tapi anak dia ramai ??? lagi-lagi orang kampung  ??  takkan nak isap kulit-kulit kerang tu jek ?? alaahaiii kesiannya ....

#maqnie ~ ooh ...harga kerang dah mahal sekarang ...kisahnyaaa



Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi