orang zaman moden

Assalammualaikum ..

minggu ni masuk la kita ke minggu pertama dalam bulan jun pada tahun 2014 ini . masih banyak yang perlu diperbaiki dalam mengejar masa yang berlari pantas . selain berusaha untuk maju kan diri , kita kena mengikuti  peredaran zaman yang makin lama semakin berubah.

apa yang menarik sekarang di Malaysia ini  , semakin maju negara ,rakyat semakin mundur . bukan mundur pada taraf hidup tetapi pada pegangan hidupnya ,ianya sama seperti kehidupan manusia di zaman batu dulu . kenapa maq cakap macam tu ?

lihat je dikaca tv , remaja berkelahi ! seakan-akan sama seperti orang dulu-dulu menyabung ayam  atau seperti pertarungan antara pahlawan di mana siapa menang dialah akan diambil raja sebagai panglima !

kita baca di akhbar , orang buang bayi ! ianya lebih buruk dari membuang sampah ! sedang sampah pun orang kutip untuk di kitar semula ! bayi dilempar kesana sini ,kepala pecah ,badan hancur ,patah riuk tubuh yang masih merah itu diinaya ! mana perasaannya ? mana belas kasihannya? mana akalnya ? haiwan yang tak berakal pun tau jaga anak !! nauzubillah .

di laman sosial ,ramai orang heboh pasal remaja merosakkan remaja yang lain ! nak salahkan lelaki pun tak boleh jugak kalau dah sah-sah si gadis  yang gedik nak ikut teman lelakinya kehulu -kehilir . dan bila dah dikerjakan ,salah kan lelaki pulak  ! lelaki jahat ! lelaki itu ! lelaki ini ! padahal siapa suruh berlonggok dirumah kosong  tanpa ikatan yang sah. nak salahkan siapa ??  salah ketua kampung ? penggali kubur ? atau salah orang masjid ?? mana mak bapak mereka ? ahh terlalu manja budak-budak ni . entah-entah cuit pun tak dibagi , tu yang berani bertindak sesuka hati !

selisih ...mintak dijauhkan dari anak-anak dan ahli keluarga kita .

di sekeliling rumah maq nie je  ,tak pandang lain . jiran tak langsung menghormati harta jiran . jangan nak bertegur sapa , pandang pun dah tak mau ! jeling tu tahu pulak ! kalau bisu boleh dimaafkan lagi tapi dia bukan OKU pun . kenapa susah sangat nak senyum ? yang pelik tu dengan bangla peramah pulak ! alahai ... paling teruk ,parking kereta macam dia duduk kat jalan tu sorang ! tak pernah nak fikir masalah jiran lain yang nak keluar masuk waktu kecemasan . seronok sangatkah menyusahkan orang  ? adeh , ada otak letak di tapak kaki ,fikir tak nak  , malahan dipijak nya lagi !! insaflah jiran-jiranku .

ok ... membebel bukan tabiat maq tapi bila dah mula ,memang payah nak berhenti hahaha .

sebagai insan yang sudah kealam senja ni ,pengalaman telah mengajar maq erti   MARUAH DIRI ,HORMAT HAK ORANG ,HORMAT  HAK SENDIRI . dan HAK UNTUK  BERSYUKUR !

serious maq cakap :

orang sekarang makin mundur mindanya ,bertindak tak mengikut akal tapi ikut perasaan . tak reti jaga budi bahasa . tak tahu menilai erti terima kasih  dan tak reti bersyukur pada apa yang dimiliki . kenapa maq cakap macam ni ? sebab maq nak buat peringatan ini pada diri maq sendiri agar tidak lupa pada asal usul maq dulu-dulu .


#Maqnie - nasib ada blog ,tak payah la nak tunjuk terror kat orang -orang kat keliling tu yang maq nie ini terror membebel , dia orang bukan ada blog pun  ( eh ! macam riak jek ) hehhe

Comments