9.6.14

sesat di Kota Melaka

Assalamualaikum ..

Selepas melayan anak- anak pergi jalan-jalan di jom heboh , Port Dickson pada hati sabtu yg lalu .

Maq ajak suami untuk pergi ke Melaka bandaraya bersejarah . seingat maq last maq pergi Melaka ialah pada family day fatimah fc . waktu tu buat evant kat Bagan Lalang . Lepas balik pantai tu kami singgah Melaka ..lama tu ! Lebih dari 5 tahun . nampak sangat tak kuat merayap kan.

Oleh kerana lama tak pergi , Melaka dah pun berubah , jalannya banyak kereta dan padat ! Pembangunan sangat pesat ! Yang menariknya  nak parking kereta pun tak dapat ! Jem !!!


Masa tu sekitar jam 4.30 petang. Maq guna GPS sampaikan betri habis ! Bila dah pusing-pusing cari parking tak jumpa - jumpa akhirnya  kami ambil keputusan untuk balik ke Batu Pahat sahaja .


TAPI !! Kami tak jumpa jalan keluar !! Jalan punya jalan eh!  Masuk pulak jalan ke pantai Kelebang !! No!!! Hahaha nampak sangat yang kami dah salah arah ketika ditrafik light diawal tadi . kami bukan turun ke Muar tapi kami jalan jauh dari arah itu ..adeh .. Ok u-turn ..haha

Jalan utama tu memang jem teruk! Bila sampai ke trafik light yg awal tu , eh ! Sekali lagi confius , nak lalu jalan tengah ke atau jalan kiri?? Kalau kiri kena masuk lorong yg laluannya  sebelah jambatan !

Tiba-tiba kata ety ( anak maq nombor dua ) " ikut kiri je , tu ada signboard!" ..Maq dan suami bingung.. Akhirnya suami pun ikut la signboard  tu , lalu lah kereta dilaluan sebelah jambatan tu .sebelah Mahkota Prade .

Sedih .....masa tu pukul 6 petang dan jalan sempit tu jem sangat menggila disitu . maq terdiam sebab redha je kalau memang dah itu jadinya ..hehehe  Makan je jajan buat hilangkan stress .

Bila.dah ambil masa dalam 45minit untuk tawaf Mahkota Prade , akhirnya maq sampai juga ke trafiklight yang dah buat kami keliru tu ! Trafik light depan HnM kot kalau tak silap maq .

Sebenarnya tu salah suami maq sebab dia kata lorong kiri tu jalan mati padahal tu lah jalan untuk ke Muar , dan bila dia ambil jalan *hidup*, maka tersesatlah kami ke pantai Kelebang tu ! Hahaha takpe ..pada maq inilah cara Allah nak tunjuk cara untuk maq ingat jalan - jalan di Melaka !

Dan bila dah sampai ke "jalan mati" tu kata suami maq la kan ..aaah lega ...kami dah masuk jalan ke arah Muar . tetapi ....

Bila dah hampir 20 minit perjalanan , satu lagi masaalah..petunjuk hilang..takde pun signboard untuk kami ikut ! Aduh sekali lagi binggung!

Kat situ cuma ada hotel - hotel ,  maq suruh suami tanya beberapa orang dalam hotel tu .adeh nasib pakai plat kereta negeri Sembilan , taklah malu sangat hehehe

Ok bila dah dapat petunjuk , kami pun teruskan perjalanan . lagi bingung bila sampai kat trafik light yang macam ada 8 lorong tu ! Entah apa nama jalan tu agaknya .suami nekad untuk belok ke lorong belah kanannya .yes!! Kami masuk ke jalan Semabok!! Tapi macamana nak pergi ke highway Semabok tu ???

Sekali lagi pening ..hahaha

Maq cakap kat suami ...rileks yang , kita tanya orang lagi ye ...dan suami pun keluar bertanya seorang orang baik hati diwarung tepi jalan tu. Waktu tu dah berkumandang  suara azan magrib ..Allahhuakbar ...

Atas petunjuk oleh pengusaha warung tu , akhirnya ..yess...kami sekeluarga sampai di kawasan medan selera semabok ! Masa tu sekeluarg turun ke tandas awam sebab dah nak terkucil!

Bila semua urusan hajat dah selesai ..akhirnya kami teruskan perjalanan le Batu Pahat..dengan melalui lebuhraya Semabok AMJ ! Dan bila hati dah tenang maq pun terlena , bila sedar rupanya dah masuk jalan Parit Jawa dah ...jambatan cantik pun terlepas ...

Bila sampai dikedai makan , jam menunjukkan pukul 9 lebih masa tu perlawanan bola sedang berlangsung antara Pahang melawan Felda fc ! Aaaah dah tak tengok bola , perut dah minta diisi !! Nasi goreng ayam, teh O ais limau dan cikong sejuk !! Alhamdulillah  rezeki dari Allah ..

Ok jam dah pukul 10 .30 malam .kami sampai lah dihadapan rumahku syurgaku .

Bila nak ke Melaka lagi yang???? Maq tanya suami

Ah !! Malas !!  Berjam-jam dalam kereta ! Abang tak suka jalannya sempit !! Signboard tak boleh pakai la...Bla..bla..suami maq membebel la pulak ..apa pun itulah pengalaman
namanya kan ...menarik walaupun sikit penat .


#maqnie~ jauh perjalanan , luas pengalaman termasuklah pengalaman tersesat jalan! Hehe


No comments: