25.7.14

pastikan ianya selesai sebelum raya

Assalammualaikum

bila sibuk buat persiapan hari raya  .biar banyak mana pun perkara yang perlu anda ingat ,biar banyak benda yang anda kena beli . ada satu yang anda perlu ingat ..." pembayaran zakat firtah "

..sudahkah anda melakukannya ? kalau sudah bagus lah ,kalau belum ...silalah selesaikan kerana itu lebih wajib dari membeli 1 set lagi kerusi jati ! hehehe ...selamat beramal ~

Johor ...rm 8.00 sahaja 

selamat hari raya

Assalammualaikum

esok sabtu ! lusa ahad ! tulat ...? tulat katanya raya dah .... horeyyy !!

ahha tulah kanak-kanak , asik menghitung tibanya shawal ! mereka tak tahu bagaimana mak bapak dia sibuk nak membuat persiapan untuk raya  . kena kerja tunggang langgang . bertungkus lumus cari duit pagi dan petang . mengira setiap sen yang masuk dan mencongak tiap sen yang akan dikeluarkan .  dan katanya itulah tanggung jawab ! ye memang itulah tanggung jawab orang tuanya  untuk anak-anaknya .

yang sebenarnya antara anak-anak dan mak bapak ,mak bapak lah yang paling excited nak sambut raya  . serious maq cakap . kalau ada sesuatu yang dimahu ,mesti dia akan cakap nanti raya nak buat ni . ini untuk raya , kalau raya boleh pakai , raya baru best pakai ni ...eh ! macam-macam lah yang special tu semuanya untuk raya ! kalau boleh semua nak baru ! kalau boleh semua nak ganti ! kalau boleh semua nak lebih cantik dari orang lain ! kalau boleh la kan .. tapi tak pernah  nak boleh pun hehehe

ok ....untuk sambut raya ..kalau tak boleh ,tak perlulah bersusah payah nak adakannya ye. semua tu  tak penting mana pun . cukuplah secara sederhana . kunjung mengunjung yang berhampiran .kalau rezki panjang boleh la berkunjungan yang jauh sikit  .

ya...pesan maq ,untuk raya ,tak perlu lah berhabis-habisan ya,semampu yang anda mampu sudah lah  . dapatkan kemuliaan dihari raya bukan dapatkan beban pulak nanti .



selamat hari raya dari maqnie dan keluarga ,
jika ada salah dan silap ,
maaf zahir dan batin
mohon budi bicara yang keterlaluan itu minta diampunkan 
salam hari raya aidil fitri buat semua pembaca budiman  ...


24.7.14

mini jubah !

assalammualaikum

dah masuk ke tahun yang ke 21 dah maq berumah tangga , namun baru tahun ni suami bijak membuat pilihan baju raya beliau sendiri . entah mimpi apa matanya begitu tertarik dengan fesyen jubah ! tapi bukan jubah yang labuh tu ,ini mini jubah ! sudah banyak kedai yang kami masuk ,tapi tak menepati citarasa beliau . tapi pada satu malam ketika kami ke bazar di BPwalk ,mata beliau tertarik dengan sehelai baju ni . ianya minwarna kei jubah yang berwarna keperangan diperbuat dari kain pelikat cap gajah ( kata penjual ) kalau dia tipu dia dosa kan? hehe

kata penjual tu lagi ,baju suami maq pilih tu adalah limited edition ! hanya selai je dalam Johor or maybe at  Malaysia ! really ??? ok fine ...maq beli dengan harga rm85 ! lulus !!

mini jubah ? macamana tu ? tenguk gambar dibawah ...itulah mini jubah ye ,tapi bukan itu yang suami maq beli tau   ...ini contoh je laaa
sekadar hiasan ....

terharu dan thank you

Assalammualaikum

pagini bila baca kisah jenazah mangsa MH 17 yg di bawa untuk proses  pengecaman .tiba-tiba hati maq jadi sayu ,sebak  . sebab sudah beberapa hari jenazah itu disimpan dengan berbagai dugaan demi dugaan yang menimpa mereka . lagi-lagi jenazah beragama islam .( al~fatihah)  apa pun terima kasih kepada kerajaan negara Belanda yg telah menguruskan proses ini  .semoga semuanya berjalan lancar seperti mana yang kita semua sebagai rakyat Malaysia inginkan . amin  .. .


KENDERAAN yang membawa keranda mangsa nahas MH17 diiringi anggota keselamatan di lebuh raya A27 berdekatan Nieuwegein yang dalam perjalanan untuk proses pengecaman identiti mayat oleh pakar forensik di Hilversum, hari ini. - Foto Reuters

23.7.14

romantik

Assalammualaikum .
bila kita kenangkan selepas berkahwin perlukah romantik bagai ?  biasanya para isteri terlalu lah sangat mahu episod romantik itu berjalan seperti dulu-dulu . dia selalu bayangkan saat indah masa bercinta cintan . berasmara dana dan dia sangatlah berkehendak saat itu kekal . tapi bukan semua dapat mengalami detik-detik itu kan . mungkin seperti gambar dibawah ni ....


haaa ! masalahnya masa bercinta pun dia tak romantik !!
macamane ????


gambar  ni maq kongsi dari adik sepupu maq ! dan ayat tu dia yang kata .ye kalau masa bercinta pun tak romantik macam mana nak dikenang-kenangkan ?? hehehe sabar je laaaa....

cara Maq rawat migrin

Assalammualaikum

kalau sebelum ni maq kongsi  tips bagaimana nak kurangkan sakit pinggang . harini maq nak kongsikan bagaimana nak merawat kepala yang migrin . bukan dengan jumpa doktor ye ,tetapi dengan cara maq selalu amalkan . apa maq buat ?

ambil tapak tangan orang yang sakit tu . kemudian terbalikkannya  supaya  tapaknya berada diposisi bawah. diantara celah jari ibu dan jari telunjuk tu kan ada isi yang gebu sikit tu kan ( ditengah-tengan )  haa . . macam gambar bawah ni .


urut la perlahan-lahan . ketika tu pasti sakit nya macam nak pecah rumah kalau dia memang pakar menjerit . kalau urut tu tak mahulah kuat sangat ye , sakit wooo .... urut lah dalam 10-15 minit  . dan kalau tak kurang buat lah 2-3x dalam sehari  sampai lah sudut tu tak sakit dan kepala pun tak pening lagi .  .cuba ye !

kata orang lah kan ,kalau kita kurang minum air masak ,kita memang mudah kena migrin . hurm...maq tak tahu sebab maq bukan doktor kepala hehehe .

maqnie~ selalu amalkan ini bila anak-anak dan suami pening kepala . terutama bila mereka selalu sibuk dengan kerjaya masing-masing .

21.7.14

pesanan ikhlas

pada pagi 22 ramadhan yang indah ini  , tetiba maq teringin nak buat pesanan buat kekasih maq yang ada sekarang ni ... siapa lagi kalau bukan MMC ( suami yang setia disisi maq  )...


**bang .....

pesanan ini hanya buat suamiku  . . . .



maq tangani masalah

Assalammualaikum

Bagaimana nak didik anak-anak yang nakal ? nakal disini bermaksud manja yang melampau . sukar ditegur ,sukar di kawal ,sukar di pantau .

maq selalu dapat kanak-kanak  yang sebegini untuk dijaga . pernah maq jaga seorang budak yang berusia 3 tahun lebih yang katanya sangat nakal hingga sering di cubit oleh pengasuhnya dulu . puncanya dia  selalu buli anak pengasuh lamanya sehingga kan pengasuh tu tak tahan dengan perangai kanak-kanak tu . bila mama dia menyerahkannya kepada maq , maq jawap ...ok ,maq cuba uruskannya ..insyaallah ..

budak nakal ini sebenarnya dia manja terlalu melampau .dia nak  minta perhatian dari kita . pada  awal '' perkenalan '' kami ,maq biarkan dia dengan perasaannya..  bila maq perhatikan ....

dia ni suka membuka  almari simpanan maq,
dia suka selongkar  buku-buku sekolah anak maq ,
dia tak mahu tidur siang  , dia suka menyakat kawan-kawan ,
dia suka bergaduh , pukul kawan-kawan  dan tak dengar arahan maq.

yang pelik bila maq mengadu kat mama dia . . apa jawab mama dia ?
''biarkan jelah kak kalau dia tak mahu tidur  . ...."

eh ...budak sekecil dia tu tak perlu tidur siang ? no way ! maq tak nak nanti tumbesaran  dia terganggu sebab dia tak ada rehat langsung . pada maq budak  yang aktif dan kurang rehat seperti ni  akan mudah mendapat selsema dan demam kalau dia terus-terusan aktif . maq tak mahu nanti semua kawan-kawan dia turut sama dijangkiti kalau dia tak sihat  . ok ...apa yang maq buat ...?

rotan ?? ish...itu bukan jalan penyelesaian ,sakit di tubuh kanak-kanak seusia dia hanya disebabkan rotan tak lama , kanak-kanak cepat lupa sakit dia . nanti bila sakit tu dah hilang dia akan buat nakal lagi ( buang masa )

pendekatannya  :  .
kalau dia tak mahu  tidur pada waktu yang ditetapkan  maq akan biarkan dia .tapi bukan tanda dia tak tidur tu dia boleh merayap satu rumah sesuka hatinya tapi dia juga kena bareng sama-sama kawan-kawannya cuma dia tak boleh buat bising , tak boleh ganggu kawan yang sedang  tidur ,tak boleh kemana-mana . hanya ditilamnya sahaja ! pada awalnya mungkin sukar , tapi lepas sebulan dia akan akur dan biasa dengan cara tu dan akhirnya bila tiba waktu untuk dia '' hanya  bareng-bareng '' je ,akhirnya dia akan tertidur jugak  ..ok...settle dan sekarang dia lah budak tukang bentang kan tilam kawan-kawannya bila tiba waktu tidur . mudahkan ?

rotan ?? maq tak beli pun lagi ....

tabiat dia suka membongkar almari tu maq handle dengan cakap ... kata maq :  barang orang kita tak boleh buat suka -suka hati kita  , kalau kita punya barang orang kacau , kita marah tak ? kalau rosak nanti macam mana?  nanti '' kakak '' nangis barang dia rosak ,kesian kan  . mula-mula dia buat dont know je , tapi kalau dah hari-hari ... batu pun lekok cik peah oiii ... hurmmm

perangai yang suka kacau orang ,kadang -kadang sampai menangis mangsa tu dikerjakan . maq senang je ..maq akan asingkan dia dari kawan-kawannya  . maq letak je dia diruang yang takde orang ,misalnya diruang makan ( di dapur ) dia duduk disitu sendirian . pastinya dia cemburu bila dengar jerit ketawa kawan-kawannya bermain di luar dengan riang dan gembira sedang dia duduk sorang-sorang di pinggiran sepi hehehe...lama kelamaan tentu dia akan menyesal . dan amaran maq kat dia : kalau nak main ,jangan pukul kawan , nanti maq letak awak sorang-sorang disini ..ingat ! pastinya dia akan menganggukkan kepala ...maksud ye maq ...saya ingat pesan maq....

rotan ? masih belum beli lagi....

lagi satu jika kanak-kanak bercakap yang seperti jenaka menggunakan bahasa yang kurang elok  ! aahhaa ..jangan pernah untuk ketawa di hadapannya ...biarpun kata-kata dia tu lucu mana sekali pun , nak ketawa pendam dalam hati dulu tetapi tegur dia se├žepat mungkin ...cakaplah ..ishh tak baik cakap macam tu .. Allah benci tu ..kalau Allah benci nanti Dia tak sayang .....

dan pastinya kalau anak-anak asuhan maq ,mereka akan cakap bila Allah tak sayang nanti mati masuk neraka kan maq??? ...

yesssss betul  ...dan  ayat paling hebat maq tanyakan pada  mereka disini sekarang  bila buat salah ..  nak masuk syurga ke neraka ?? pandai pulak tu jawapannya SYURGA la maq. .... kalau nak masuk syurga jangan buat jahat  tau !?? alhamdulillah kanak-kanak yang nakal tu dah tahu apa itu syurga dan  nereka  . sedangkan dia tak pernah tengok pun .

sekarang dah 2 tahun maq mengasuh dia dan dia sudah pun bersekolah tadika  .takde pun nak kena dicubit . takde pun kena  rotan ,takde pun kesan lebam dilengan nya ,dia sihat alhamdulillah malahan dia sudah pandai lipat kain baju ( tolong anak dara maq )

...ok..maq dah cuba kan dengan izin Allah ? ... terima kasih Allah sebab bantu maq dalam mencari rezeki dan mendidik anak asuhan ini ...

dan ROTAN ? maq masih tak pun beli laaa ..hehehe

20.7.14

nak manja sampai umur bila ?

Assalammualaikum

Sebagai anak pernah tak kita terfikir bagaimana dulu-dulu ibu dan bapa  kita berusaha membesarkan kita ? dari kita dilahirkan oleh ibu , kemudian diazankan /diikhomah kan oleh ayah ,kemudian di belai ,dididik oleh ibu dan  ayah . sampailah kita kesekolah dan mengenal orang luar .kemudian kita bercinta ,kita kenal kekasih lepastu kita kerja kita kenal kawan-kawan dan masyarakat .dan akhirnya kita berkahwin makanya kita dikenali oleh keluarga pasangan kita  .

ingatkah waktu  tu ...siapakah yang menjadi penyokong kita ? hurm.. tak lain tak bukan itulah mereka " kedua ibubapa kita ''  ...

cuba ingat masa kita remaja perangai nakal kita  berleluasa ,siapakah yang tahan dengan perangai kita tu ...ye hanya ibu dan bapa kita

masa kita mula-mula  bekerja , ada kala kita kebuntuan wang untuk sara hidup siapa yang kita jadikan tempat mengadu ??..yess...merekalah ...kedua ibubapa kita .

lagi teruk kalau kita jenis remaja yang malas nak cari kerja .cuma tahu melepak dengan kawan-kawan ,siapa yang tanggung diri kita waktu tu ??? ye,orang tua tulah .. kita tak bekerja tapi mereka sungguh sabar dengan perangai kita walaupun kadang-kadang mereka membebel sebab kita hanya tau habiskan duit mereka tapi tu hanya kata-kata dibibir bukan dihati .

kita bercinta ! kehulu kehilir dengan anak orang , tanpa mengenal dosa dan pahala . tanpa rasa segan dan silu dengan masyarakat . siapa yang tanggung malu dan dosa ? masih lagi mereka berdua tapi mereka masih lagi sabar dan terus bersabar .

kemudian kita nak berkahwin pulak ,siapa yang uruskan nya ?? ibu dan bapa kita jugak kan ...

TAPI MALANGNYA anak-anak zaman sekarangni bila dari dimanjakan dari lahir hingga dewasa , mereka lupa bahawa bila mereka sudah dewasa , sudah berkeluarga  ,mereka bukan lagi bebanan buat ibu dan bapa tetapi merekalah penyelamat kedua orang tua tu .

sampai masa nya ibubapa perlu di belai bagaimana mereka membelai kita ketika kecil dulu

sampai masa nya ibubapa di bagi ketenangan bagaimana mereka membiarkan kita begitu ' enjoy '  dizaman remaja kita dahulu .

sampai masanya  ibubapa kena dibantu nafkah mereka , jaga amal ibadah mereka agar terpelihara  untuk Pencipta . bukan mendera mental dan fizikal mereka .

dan sampailah masa ibubapa kita kena berhenti memikir pasal masalah kita lagi !

tapi berapa ramaikah lagi anak-anak yang bila mana dia sudah berkahwin ,mereka akan mejaga kebaikan ibubapa mereka lagi  ?? hurmm boleh dikira dengan jari la .

malah ,ramai anak-anak zaman sekarang  yang akan melupakan tanggungjawab mereka kepada kedua ibubapa apabila mereka sudah berumah tangga . dan mereka akan mencari semula orang tua tu bila mereka  dalam kesusahan . sedih ...

wahai anak-anak ... cukuplah  mendera zahir dan batin mereka kerana antara doa yang termakbul disisi Allah ialah doa orang tua . ( ibubapa )  maka ...hati-hatilah .


#maqnie ~ belum dapat berbakti kepada orang tua dengan sebaik-baiknya namun sentiasa berdoa agar keduanya mendapat perlindungan dari Allah swt . diberi kesejahteraan kehidupan didunia dan diakhirat nanti . ..insyaallah ...tiada yang paling indah dalam hidup ini kecuali melihat kedua orang tua maq tersenyum sihat ...swear ~ hee

Batu Pahat


Perhatikan ...


BATU PAHAT...
Itulah nama daerah tempat maq tinggal . sudah perhatikan gambar tu ? kalau anda orang Batu Pahat mungkin anda tahu mana lokasi nya .tapi jika anda orang luar dari Batu Pahat ... anda mungkin tidak percaya bahawa tulisan digambar itu terletak ditengah-tengah simpang yang sangat sibuk lalu lintasnya terutama disebelah siang .

sekarang ni deko sebegini sudah pun 'pemes' disimpang-simpang utama di banda BP ! ye, ada satu lagi arca lampu menarik seperti ini di simpang rantai yang mana tulisannya BANDAR PENGGARAM .

haishhhh ... di BP lampu -lampulah yang telah mewarnai malam-malam sepi kami ... Ceh...(jiwang pulak) kalau tak malu nak cakap tipu **ala-ala I-City pun ye jugak ** hehehe tapi malu lah...tak nak lah menipu !

anda nampak tak imej bangunan dibelakang huruf-huruf BATU PAHAT diatas  tu ?? naaah... tulah pejabat besar TNB Batu Pahat .....


apa pun tahniah kepada majlis pembandaran Batu Pahat kerana kreatif ! eh ! orang BP  memang kreatif-kreatif kot ...

cara sebenar untuk menghilangkan hitam dibawah mata



sejak anak-anak maq dah meningkat remaja ni kan .nampaknya macam-macam benda diaorang sudah  ajar . maq jadi murid , diaorang jadi guru ! aahhaa .. belajar apakah ? hurm... sememangnya maq tidak minat menggunakan make up atau senang cakap melaram . maq  menggunakan  alat solek bila keluar rumah sahaja .itu pun hanyalah seperti pelembap , bedak kompek dan sedikit lipstik nipis ... aaa tulah maqnie yang sebenarnya . tak reti nak menyala-nyalakan bibir atau mata dan pipi .. ( ku sedar diriku sudah tua ) hahaha

err....tapi baru-baru ni maq ada beli foundation yang katanya dia akan menyerap mengikut darah kita  . eh ! beli je tapi tak tau gunakannya ..buat apa beli kan  ? ok ..tadi anak maq ada kongsikan cara untuk menggunakan foundation tu  ...tengok gambar bawah ni ...

haaaa... ingat tu cik peah ....awak jangan main tenyeh je kulit muka awak tu ,kang tak pasal-pasal bertompok-tompok pulak  jadinya . haishh...macam nak buat lukisan pun ye jugak ni  hehehe  bytheway thanks so much to my dear Nur Farahin izati yang telah berkongsi tips ni ,nanti la kalau maq rajin ,maq touch up la ye ...

petua hilangkan tersedu bayi




maq ada tips pelik lagi ni ! nak tau tak  ? apa yang anda buat kalau bayi anda tersedu  ! tahu tersedu ?? ala..nak bunyikan tak boleh pulak la . tapi selalu orang tua-tua kita kata tu tanda budak nak besar . emmm ye ke ...abis kalau maq yang tersedu ?? agaknya nak besar mana lagi kan hehehe

ok la mesti semua tahu apa yang dipanggil tersedu tu . so..apa yang selalu maq buat pada bayi yang tersedu ? senang je ...

* ambil sehelai kertas yang bersih   . emmm contohnya kertas  surat khabar ke..kertas buku latihan  ke ... apa-apa kertas la ,tapi jangan bil letrik  pulak ,kang marah orang TNB bila dia tengok bil koyak ! ok...koyakkan sikit je ..adalah macam besar kuku jari telunjuk anda tu la gayanya . kemudian baca selawat sekali ,lepastu jilat (macam orang nak tampal stem kat surat ) maq tak boleh tunjuk tapi anda mesti tahu gambarkan . kemudian ...tampalkan kat dahi bayi anda yang tersedu tu ( sama macam tanda didahi orang india tu la gayanya  )  naaah...kelihatan macam ultraman kan ? tapi..cuba anda tunggu beberapa minit .....ada hasilnya tak ? 

cubalah !! tapi pesanan  maq air liur tu agak-agaklah ,tak mahulah basah sangat takut lain je jadinya . kalau hilanglah sedu dia  . anda boleh komen kat blog or kat fb maq nie tau. dan kalau tak hilang pun anda berilah tau jugak  ye mana lah tau kot maq boleh jampi hehehe *


#maqnie ~maq memang kuat perasan .... hee *

spekulasi






haishhh .....manusia ni memang  sukar di mengertikan oleh sesiapa pun ,walaupun oleh manusia itu sendiri . kenapa maq cakap macam tu ? 

sebabnya  ....maq tak pandang orang lain , maq pandang diri maq sendiri . contohnya minggu lepas yang  baru je berlalu ,maq ada cerita pasal harga kueh di Azhar food tu harga nya yang wow !nak tau baca dalam entri '' maq nangis ''. dan pastinya  walaupun bukan semalaya buka blog maq ini ,namun paling tidak 50-60 orang tahu dah cerita tu .

tapi bila maq pergi lagi tadi ( 20.7.2014 ) nampaknya sudah ada balang kueh ( biskut-biskut ) yang berharga  rm 11 ~ rm 14  sebalang !! wow ganda dua ni !! dan  biskut-biskutnya masih baru dan menarik !! 

naaah !!! kan dah maq buat silap !! 

hurmmm  nak cakap tak tau-tau tanya dulu ekk? ke..lepas maq '' complain '' harga nya menurun ?  yang jelas memang banyak biskut-biskut berharga bawah rm 15 !! maq pun tak lepaskan lah peluang belilah  beberapa balang  ...sebab tujuan maq kesitu hanya untuk beli kerepek-kerepek je ...

haa .... kan dah ....aayokk


rm 11.00 kan ??

apa yang maq dapat disini ,usahlah kita terus je menghukum satu-satu situasi dengan andaian kita je ,sama macam kita buat spekulasi untuk sesuatu keadaan tu ...aduh..malu la maq camni ...nak jumpa tokeh dia maq takde masa  akhirnya maq pun menabung lah kesitu dengan beli sebanyak hampir rm 300 hanya untuk kerepek-kerepek hehehe ( untuk 2kali pergi tau )

lepasni maq insaf dah ,tak mau dah buat spekulasi tentang semua hal  ! takut silap lagi  ....astagfirullah halazimmm ...spekulasi ni serupa gak menfitnah gayanya ..eee seramnya maq....



#maqnie ~ cik peah tu dah beli kueh ke belum gaknya  ...mana lah tau kot-kot dia pecaya cakap maqnie haritu ....hurmmm

19.7.14

sudah jatuh ditimpa tangga



Assalammualaikum
simpati sangat-sangat dengan  nasib keluarga mangsa MH17 ..itu yang mampu maq ucapkan .sudah jatuh ditimpa tangga . hurm...moga mereka lebih tabah mengharunginya . mohon padaMU ya Allah ... bantulah keluarga mangsa ini .permudahkan semua urusan ....aminn



Barangan Mangsa Nahas MH17 Dicuri Penduduk Tempatan !!
Barangan peribadi milik mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dilaporkan telah dicuri oleh sebilangan penduduk tempatan yang telah menceroboh kawasan nahas tersebut yang terletak di Donestk, timur Ukraine.
Menurut USA Today, pihak berkuasa tidak dapat memberikan jumlah sebenar barangan yang dicuri, tetapi menyifatkan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut boleh menganggu kelancaran proses penyiasatan nahas yang mengorbankan 298 nyawa pada Khamis lalu.
Pencuri mengambil kesempatan mencuri barang peribadi mangsa daripada beg-beg yang telah dikumpulkan oleh pihak penyiasat sejak semalam.
Menurut seorang ahli politik Ukraine, pelbagai barangan berharga yang dicuri adalah seperti wang tunai, barang kemas dan kad kredit mangsa.
“Permintaan saya kepada waris mangsa untuk membekukan kad kredit mereka, supaya mereka tidak akan kehilangan aset kepada pengganas,” kata Anton Gerashchenko, penasihat kepada kerajaan Kiev kepada Agensi, Sabtu.
kdt: mynewshub



I'tiraf dan zikir taubat

Assalammualaikum
Maq kalau nak tidurkan anak -anak asuhan , antara alunan yang akan didodoikan ialah alunan  i'tiraf dan zikir taubat . pastinya tak sampai 10 minit sudah ada anak -anak yang mula  menguap ...  anda pun boleh juga amalkannya .


Wahai Tuhan ku tak layak kesyurgaMU
namun tak pula aku sanggup kenerakaMU
ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar
dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
dengan rahmatMU ampunkan daku oh Tuhanku
wahai Tuhan selamatkan kami ini
dari segala kejahatan dan kecelakaan
kami takut , kami harap kepadaMU
suburkan lah , cinta kami kepada MU
kami lah hamba yang mengharap belas dariMU



berniaga bawak anak ?

Assalammualaikum

anda suka makan di luar ? yelah kan  dok asik makan masakan  yang dimasak sendiri je.  sekali sekala memang kena beralih selera ( makan di luar ) tapi tak boleh selalu sebab makanan yang dimasak oleh orang lain tidak sesuai untuk kesejahteraan suami kita .

haa ingat tu ye .. jangan malas-malas untuk masak buat suami , nanti selera dia bertukar pulak 

Bagi maq jika makan diluar ,maq tak memilih pun kedai  yang macam mana . yang penting ianya bersih , sedap  dan selesa .

tahukah anda kedai yang paling maq tak suka masuk untuk makan ialah kedai makan yang mana peniaganya   ( tokeh kedai ) tu berniaga bawa anak-anak kecil . ishhh ... kalau yang reti duduk diam tak apa lah  . yang menangis lah . yang bergaduh la . yang bermain ditempat masak lah .

 *Allahhu .... tak selesa langsung mata maq  nak memandang . selera yang sebelum ni membuak-buak untuk makan boleh tertutup dibuatnya .

dalam hidup maq adalah beberapa kali maq terkena dan paling terkini ialah  pada malam tadi dikedai makan roti canai tu ....alaaaa... yang puan isteri tu duduk je lah kat rumah jaga anak-anak , dia duduk kat kedai pun bukan ada  kerja apa pun  nak buat nya asik menjerit-jerit je depan pelanggan ...hurm...


#maqnie ~ serik nak pergi makan kat situ lagi lepas ni .... !! 

apa kata pihak BP mall

Assalammualaikum

tempohari maq kan ada buat entri pasal keadaan bangunan BP mall yang mencurigakan . entry yang bertajuk BPmall bahaya  ... ingat kan  ? kalau tak ingat masuk la link tu ye . selepas beberapa hari ,satu kenyataan dikeluarkan dari pihak BP mall itu sendiri .ianya tertera dalam gambar dibawah ini .

kalau diperhatikan  ayat disitu , anda rasa logik tak  ianya selamat di kunjungi ? tepuk dada ,tanya beg duit ,layak ke tak ekk ...hehehe


main mintak-mintak pulak

Assalammualaikum

malam tadi maq temankan suami pergi cari baju raya di BPwalk Batu Pahat . tahun ni kemeriahannya tak sehebat tahun-tahun yang lepas . di Summit Prade pun orang tak ramai . apakah maq shopping terlalu awal atau maq dah terlambat ?   waallahhualam .

lepas jumpa apa yang dicari maq ajak suami pergi mengeteh dan makan roti canai pulak . maklomlah kan lama dah tak mengeteh sebab bulan puasa .

mulanya kami ke bus stand jalan Omar tapi bila kedai tutup kami ke kedai yang berhampiran  di kawasan situ juga .belum pun kereta berhenti elok , tiba-tiba kereta kami di sergah oleh seorang manusia lelaki  yang kurus tinggi ,berusia dalam 30an ,  membawa beg sandang  , dia kurus , jari-jemari dia penuh dengan cincin  . dia menjengah kami dicermin tingkap  . ada sesuatu yang dia katakan . tanpa membuka tingkap ,maq  nampak dia menunjukkan simbul jari 1...kemudian 2 ...

maq : dia nak pe tu bang ?

suami  tak jawap soalan maq  tapi  dia pandang kearah lelaki tu sambil tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala . maq binggung .

maq : bang ,dia nak apa ?

suami menunjukkan isyarat tangan  yang setahu maq tu tandanya tak ada atau tak boleh .

maq : jomlah makan tempat lain bang ...takut pulak la ...

suami maq terus bergerak meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga .

maq : siapa tu bang ?

suami : orang tu selalu minta duit kat orang . siang dia tido , bila malam dia kerja minta duit .sorang dia mintak 1 - 2 ringgit  . . kalau 10 orang dia jumpa . .15 orang atau 20 orang satu malam ?? awak  bayangkan lah ... kaya dia ..

maq : hurm ...badan sihat walafiat macam tu kerja nya cuma minta duit orang ? senang nya dia hidup kan bang ? saya kan ,kalau dia tu orang tua , atau mungkin dia OKU , nak juga saya beri tadi tapi saya tengok dia lebih gagah perkasa dari abang , tu yang saya ajak abang tinggalkan je dia  kat situ ....haa

suami : hmmmm *jeling tajam kat maq ....

hehehe opsss sorry ......




18.7.14

sayu

Assalammualaikum..

Hari ini suasana suram membanjiri laman  social  terutamanya di Malaysia . tragedi meragut 295 nyawa membuat insan hari ini semua sedar  bahawa untuk hidup kita memang perlu berusaha walau bagaimana pun untuk mati kita kena sentiasa bersedia sebab kita  tak tau bila kah tiba masanya .

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa . sebagai warganegara kami turut sama merasa pedih yang kalian alami saat ini .

Sewaktu maq menonton video ditempat  kejadian ,  melihat gambar-gambar kaum keluarga yang merintih dalam tangisan ..ye ..naluri keibuan maq tercabar ketika itu . sedih ..sebak ..sayu .. Pilu ..

Air mata mereka tak dapat menggantikan nyawa ahli keluarga yang terkorban .  namun mengalirnya air mata itu adalah satu keluhan perasaan yang mengatakan - aku redha dalam pilu atas kepemergianmu -

 hurmmm ..."sebak"


Apa yang maq harapkan kawan-kawan siber jika mahu memberi komen atau menaip status mengenai mangsa MH17 sila fikirkan perasaan ahli keluarga mereka . mereka pun ada perasaan .semoga segala urusan untuk mangsa nahas MH17 berjalan lancar ...aminn..


#maqnie~ Maq tak tahu kenapa sekarang ni maq begitu terasa sangat apabila melihat ibu - ibu tua menangis hiba ...




Malaysia 2014


Assalammualaikum

Malaysia diuji sekali lagi . berita kapal terbang jatuh kini sudah tersiar di semua sudut media di seluruh dunia dan tanah air . takziah pada keluarga mangsa  . takziah untuk Malaysia .


dengan pengalaman  dari kehilangan MH 370 lalu , rata -rata rakyat diharapkan  janganlah melatah kali ini .pengalaman telah mengajar kita. dan harap sangatlah kali ini ,rakyat dapat menerima musibah ini dengan tenang dan sabar kerana Allah lebih mengetahui pada  tiap kejadian .

tak mau dah spekulasi yang apa-apa .
tak mau dah salahkan orang itu ,orang ini .
tak mau dah mencari kesilapan sesiapa .
tak mau dah membenci takdir dengan menyalahkannya .
tak mau dah gaduh-gaduh  .

orang Malaysia ada akal yang masih waras
orang Malaysia pandai berdoa yang selaras
orang Malaysia selalu bersatu pada pada  dugaan yang mendatang
orang Malaysia  penyabar dan tenang
orang Malaysia kuat semangat
orang Malaysia BOLEH dan HEBAT  !

Dan sebab orang Malaysia hebatlah makanya kita di duga oleh Allah setiap masa .sesungguhnya Allah hanya menduga pada tiap hambanya yang DIA sayang .

Malaysia.....sabar lah , bertenanglah  dan berfikiran waraslah   .
jaga hati , jaga jari, jaga minda ,jaga diri ,dan jangan lupa jaga lah Malaysia .

#maqnie ~ tak rugi kalau kita bersatu sebagaimana kita bersatu membenci pengkhianat di Gaza ,begitulah hendaknya kita bersatu mendoakan yang terbaik buat Malaysia .


17.7.14

sakit pinggang ?

Assalammualaikum ..

kalau semalam  ( khamis ) maq update post pasal tersedak pada bayi , kali ni maq nak share satu lagi tips pelik yang maq selalu amalkan  . iaitu  anda mungkin pernah mengalami sakit pinggang ? yelah mungkin disebabkan  terlalu lama berdiri ,atau mungkin terlalu banyak berjalan  .





apa yang maq selalu amalkan apabila salah sorang ahli keluarga maq alami sakit pinggang . perkara yang pertama maq target ialah urut betis dia . urut dari bawah ke atas . urut perlahan-lahan .lagi elok menggunakan minyak kelapa  biar licin dan kalau pesakit itu lelaki pastinya bulu kaki dia tidak rasa perit  ( jika takde minyak bulu kaki akan melekat ditapak  tangan ) semua minyak urut boleh digunakan kecuali minyak petrol , minyak pelincir atau pun minyak rambut!

pelikkan yang sakitnya pinggang tapi yang diurut pulak betisnya hehehe ..

kalau betul lah cara urutan dengan level kesakitannya , pasti orang yang sakit pinggang tu akan meraung kesakitan . nak tahu sakitnya macamana ?  ahha ...cuba la suruh siapa-siapa urut betis anda ! pasti hebat jeritannya hehehe .

#maqnie ~ selamat mencuba !

bayi tersedak ,tips pelik ??

Assalammualaikum

harini maq nak kongsikan satu lagi tips ...nampak pelik tapi bila maq buat  memang menjadi !


anda ada bayi ? apa anda buat bila bayi anda tersedak ? ada orang cakap tiup muka dia . ish...terpisat-pisat budak tu nanti sebab kita hembus nafas kita kat muka dia . kesian . kalau ikut cara rawatan  pakar , bayi akan ditelungkupkan kemudian ditepuk belakangnya ..


so apa kah yang maq selalu buat bila ada bayi yang tersedak ?

maq akan tarik ibu jari kaki dia perlahan-lahan seakan-akan seperti mengurut tapi cara  ini macam kasar sikit la sebab ianya 'ditarik' ...dan ...alhamdulillah bayi tu akan berhenti tersedak .

maq bukan saintis jadi  maq tak tau apa punca tarik ibu jari kaki dia boleh berhentikan tersedak bayi . tapi kerja ini selalu berhasil ...tak tahu la  tarik gaya mana , tapi jangan tercabut ibu jari kaki  budak kecik  tu sudah la .

kalau anda nak tau lagi tersedak boleh bawa maut kepada bayi yang masih kecil.  air termasuk ke lubang hidung dan  paru-parunya . paru-paru yang dimasuki air kerana tersedak boleh menyebabkan jangkitan kuman. ini sangat lah merbahaya ! hati- hati la ye ketika memberi susu kepada bayi anda . anda mampu mengubahnya...( ceh... hehe  )

#maqnie~ membebel atas pengalaman maq .








maha suci Allah

Assalammualaikum

Mengkagumi alam semulajadi itu memang hobi maq . lagi-lagi keindahan di tepian pantai ..subhanaAllah ..Maha Suci Allah yang menciptakan keindahan ini dengan kuasaNya .semata-mata untuk ditatap oleh hamba-hambaNya yang lemah ini . lagi menarik bila suasana itu diadunkan dengan kejadian-kejadian lain secara langsung mahu pun tidak langsung .

subhanaAllah ... maq kagum dengan pemandangan ini ..lihat je pantainya ,ombaknya yang beralun , kapal layar ditengah lautan .. tone warna alam semula jadi diselarasakn dengan warna handset maq ,sumpah indah sekali dimata maq . lihat langitnya..ada kepulan asap yang dihasilkan oleh laluan ..entah kapal terbang kah atau pun roket kah maq pun tak tahu ..dengan imej manusia 2 orang didalam air ..ianya dapat mengindahkan lagi laut yang ketika itu sunyi ....ketika ni pukul 6.45 am di pantai Telok Kemang  ,Port Dickson

Damai ... masyaAllah ... lambakkan pasir dipantai yang halus gebu seakan ukiran semula jadi yang beralun ...deretan anak muda ditepian pantai  seakan mengisi sepinya pantai ketika tu ... cahaya mentari yang memang ingin sekali bersinar sudah kelihatan dan ianya menghasilkan satu panorama indah di pantai ini ....alhamdulillah ..terima kasih Allah...syukur sangat-sangat kerana maq masih mampu melihat kesemua keindahan alam maya ini ... terima kasih Allah


16.7.14

kawan yang bahaya

Assalammualaikum ..

maq nak tanya ,anda pernah difitnah ? maq ada ....pertama kali  maq kena sejak maq jadi isteri orang ni. dah lebih 20 tahun maq mendirikan  rumah tangga ,inilah pertama kalinya .

perkongsian ini bukan nak buka aib diri sendiri tapi maq nak anda hati-hati dengan kawan yang makan kawan ni .didepan  kita dia sangat baik tetapi dibelakang kita , waallahhualam...

kisahnya bermula bila maq terlalu aktif dengan satu perkumpulan  ditaman maq ,ala bukan nya kumpulan apa pun ,ianya berunsur jariah juga . lainlah maq join kumpulan penari tiang ke , barulah layak untuk difitnah ...*nauzubillah ...

setelah lebih kurang 8 tahun maq aktif ,akhirnya pada tahun lepas (2013 ) maq dilantik menjadi  naib pengerusi kumpulan   . ..ini amanah !!! tapi maq kena gak terima sebab persetujuan sangat ramai .

maq cakap : ok ...saya cuba ye ....

dan dalam masa tu semua aktivit berjalan lancar .setiap minggu kami ada melakukan aktiviti tersebut .

hinggalah pada satu hari .... maq di katakan  telah keluar rumah ketika suami maq tiada ! sedangkan waktu tu maq hanya menghadiri undangan kawan maq bersama ahli kumpulan yang lain ! dan berita ini disampaikan kepada suami maq ! siapa  tak marahkan bila dapat tahu isteri dia keluar malam ...sedangkan masa tu dia tiada dirumah ..katanya seorang perempuan telah memberitahu suami yang maq bukan ke majlis itu tetapi ketempat lain ! astagfirullahhalazimmmmm...

kepercayaan suami maq yang bertahun-tahun maq jaga ,akhirnya hancur disebabkan fitnah itu !! sehinggkan maq tak reti nak menangis ..dada maq sakit ...hati maq kecewa sambil tertanya -tanya kerja siapakah ini  ...serius ,ketika itu seluruh badan maq lesu ..tak berdaya . kerana benda yang maq tidak lakukan tetapi dituduh melakukannya ..peh...azab juga angkara fitnah nikan ?

anak-anak blur ...ahli jawatan kuasa kumpulan pun bingung dengan tuduhan itu .. kata mereka , mereka kenal maq sangat-sangat !! mereka tau siapa maq ..maq bukan seperti yg orang lain tu sangkakan ...dan  mereka kata mereka nak bersemuka dengan suami maq untuk mengatakan hal yang sebenar ...tetapi maq halang ...kata maq ....

biar saya je yang dia marah ..biar saya je yang kena fitnah ..jangan awak semua...saya tak mahu kerana saya nanti  ...awak membenci dan dimarahi oleh orang lain terutama suami saya ..sebab saya kenal siapa suami saya ... dia tak perlukan penjelasan siapa-siapa sekarang ni... apa yang penting sekarang ,saya ikut kan je kata dia ..iaitu tidak boleh keluar rumah ketika dia tiada dirumah walaupun untuk membuat amal jariah ....saya harap awak semua boleh paham keadaan saya sekarang ni  ....

itulah rayu maq pada ahli jawatan kuasa yang bermesyuarat ketika itu . alhamdulillah mereka akur ...

kini  lebih  kurang setengah tahun maq mendiamkan diri dari kumpulan hanya untuk menjaga  hati suami .  dalam masa yang sama maq sangat rindukan kawan-kawan yang ada dalam kumpulan tersebut ..maq rindu nak baca doa yasin dan diaminkan oleh  kawan-kawan maq . maq rindu nak aminkan doa tahlil yang dibaca oleh ustazah . maq rindu nak baca yasin berramai-ramai dari rumah kerumah macam dulu ...ye ..maq rindu sangat-sangat ...tapi demi seorang lelaki yang paling maq sayang .dan maq tak nak jiwanya tertekan kalau maq abaikan arahannya . maka ..maq terpaksa duduk diam-diam didalam rumah ini  . dan jika ada aktiviti  luar rumah ,hanya bersama suami  ..

pernah satu  hari maq tanya kat suami kenapa dia tak bagi maq campur kumpulan tu lagi  . dan inilah jawapannya ....

abang bukan halang awak membuat amal jariah macam tu . abang memang suka . tapi jika sekarang ni awak sudah dituduh sedemikian rupa hanya sebab yang  kecil macam tu ,ada baiknya awak duduk rumah . awak tak difitnah oleh kawan awak sendiri . awak tidak dikata dibelakang . awak akan bebas dari mata-mata kawan awak yang tak senang dengan awak . apa yang abang buat ni semua sebab abang tak mau antara kita dan kawan -kawan awak tu hanya menambah-nambah  lagi dosa yang sedia ada . jadi...duduk je rumah..kalau abang tak kerja nanti abang bawak awak keluar ,kalau abang kerja... awak duduk la rumah jaga anak-anak kita ...boleh ?

siapa tak sayang suami  cik peah oii ....dengan semangat yang lemah dan pilu...maq kata : ye .... boleh  ... dalam hati Tuhan je yang tahu sedihnya hati maq ..

kemudian maq tanya  dia : bukan kah ini tandanya saya tak bercampur dengan masyarakat nanti ??

kata suami  .... awak nak bercampur dengan masyarakat yang suka buat fitnah macam tu? setiap minit sentiasa mencari silap orang lain ? memang ada yang baik dikalangan mereka  tetapi tidak semua ...sila lah paham niat abang ni ...buat masa ni ,awak duduk je dirumah ni ...

maq diam tanda setuju dan menurut arahan ' syurga ' maq tu ...

lepas peristiwa tu ,100% aktiviti maq  hanya didalam rumah yang bersaiz  50kaki X 16kaki X 2 tingkat ...bayangkanlah tekanan yang maq rasa sekarang ni .. dan sekarang tentunya  gembiralah hati insan yang sudah buat hidup maq sampai jadi  macamni ...

dia dah pisahkan maq dari kebaikan
dia pisahkan dari ustazah dan jamaah
dia dah buat hati suami maq tak menentu
dia juga dah buat maq semakin kurang percaya pada kawan-kawan sendiri .

ye...terima kasih lah untuk dia kerana fitnah dia telah berjaya  ....

maq maafkan dia  ?? .... buat masa ni  ...belum lagi terfikir kearah itu ...maq pun ada harga diri  !

Allahhuakbar....


mesyuarat tingkap lagi

Assalammualaikum ..

maq nak share ,tapi nampak macam gossip pulak . dah la bulan -bulan puasa ni .. tapi jari ni amboi.. kemain lagi dia menarinya , rancak bebenonya...

lokasi : belakang rumah maqnie
tarikh : beberapa hari lalu
tetamu :cik peah oii

cik peah oii : cik anni oii .. dah buat kueh ke belom ?

maq : err... tak buat la cik peah oii.. anak-anak saya ramai ni ,kang ada pulak yang temasuk dalam oven pulak nanti ,haish....

cik peah oii : aah kan ,payah gak kalau budak-budak ni belari-lari , main kedapur time kita masak-masak,nanti tak memasal kena saman dengan mak bapak diaorang sebab anak dia melecur ..

maq : ye cik peah oii ... sejak dah ramai anak asuhan ni ,kami memang dah tak buat kueh raya ,kebanyakkan nya dibeli termasuk jugak disponser ...

cik peah oii : amboi !!  gelemer gak cik anni oii kita ni yek? siap ada sponser gitu

maq : ehh... yang sponser tu mak saya ,adik beradik saya dan majikan-majikan saya cik peah oii ... bukannya dari sugar daddy ( eee ...perasan  .... yearccck ) *loye tekak*

cik peah oii : oooh...mak budak-budak ni ada yang memberi la ye ...untung la awak ....

maq : tak semua cik peah oii..tapi tiap tahun macam tu lah ..segala penat lelah kita menjaga anak mereka dibalas dengan benda begini lah ..ada yang bagi baju ,bagi tudung ,bagi kuih-kuih dan ada yang wat derkk jek *shhhh diam..diam.... sebenarnya saya tak mengharap pun ,tapi bila orang dah bagi ,rezki tu kan namanya ...kenapa saya nak tolak... bersyukur lagi adalah ...

cik peah oii : eh cik anni oii...paling lama berapa tahun awak jaga budak-budak ni ?

maq :  sampai mereka masuk ke sekolah rendah lah cik peah oii ..kenapa awak tanya  ?

cik peah oii : dah begitu lama jaga ..pernah ke mak bapak diaorang hantar beras kerumah awak ? yelah anak dia hari-hari makan tengahari dirumah awak kan cik anni ...takkan 5 kg beras pun dia takde bagi ??

maq : astagfirullah alazimmmm ( dalam hati ) cik peah oii ... saya tak mintak tu semua,saya berkerja sudah dibayar gaji tiap bulan .walaupun ada yang bayar kurang dari pada harga yang saya tetapkan..saya masih boleh terima lagi.. tak kisah la ..pada saya cukuplah sekadar yang ada sekarang ni. mak bapak diaorang  ambil cepat pun saya dah berasa lega ..sebab saya kesian budak-budak tu tention lelama kat rumah saya...

cik peah oii : awak tak mintak ke ?

maq : ishhh... semua  tu tak perlu la...  apalah awak ni cik peah oii...

cik peah oii : heeee...saya tanye jek ... jangan la marah cik anni oii.. sesaja nak tau ni huhu

maq : ohhh.... dalam hati ( grrr....)

#maqnie ~ usahlah berkira sangat bila berbuat baik sesama kita kerana nanti dikhuatiri rezki kita pun berkira-kira  juga nak masuk kerumah kita..hati-hati...

cara nak tahu bayi kembung perut ?

Assalammualaikum ...

kali ni maq ada lagi petua jaga bayi . haa nak tau tak benda ni dah lama maq amalkan sehinggakan anak-anak maq pun dah tau cara nak pratikkannya .

kalau kita ada bayi  yang baru lahir hingga lah beberapa bulan selepas tu . pastinya umbun-umbun dia lembut lagi kan . tahu kah anda apa kah tujuannya Allah buat macam tu sedangkan seluruh kepalanya boleh keras ? tapi kenapa umbun-umbun tidak ? ni ada lah antara faedahnya lah kan....

ok... bila bayi berusia seperti diatas ,pastinya kalau dia kembung ,sepatah haram dia tak tahu nak mengadukan , yang dia tahu ,nangis...nangis dan nangis je kan ??? ...*macam ahmad albab pun ye kadang-kadang .

ahhaaa ....

so.. apa yang selalu maq buat ,bila bayi asik menangis gelisah , maq akan raba umbun-umbun dia yang lembut lagi tu ..kalau lekuk disitu , tu tandanya dia kembung perut ..mungkin ada yang tau kot tips  ni ..tapi tak mustahil ada yang tak tahu lagi kan....ini petua orang tua-tua ,maq cuma sambung-sambungkan . dan ,bila dah tau dia kembung ...tak reti-reti ke nak sapu minyak anti kembung kat perut dia ?

hah?? minyak anti kembung ?? mana ada maq????

haaa..tu la orang muda zaman ni ,ubah sikit je nama minyak dah keliru ...minyak anti kembong  tu minyak telon ke..yuyie cap limau ke ...segala jenis minyak yang anda ada dalam simpanan la tu... tapi yang penting ianya sesuai dengan perut bayi anda , kang tak pasal-pasal ruam pulak dia atau pijar kepanasan . hati-hati !
kemudian sapu kat tapak kaki  dan dibetis nya juga . 

lagi satu  : tidur meniarap pun boleh mengelakkan bayi anda dari kembung jugak tau ...tapi bila dia dah dewasa jangan biarkan pulak gaya tidur begini ,ianya tidak digalakan .katanya itu tidur gaya .........ehemmmm....*jangan buat lah ye ..

aloloo...seksi nyeeee....



dan lagi satu ,maq tengok kan sekarang ni ibu-ibu muda suka tuang minyak direct kat perut bayi dia , no !! tuang kat tapak  tangan anda dulu  ,gosok-gosok kedua tapak tangan anda tu  kemudian baru sapu diperutnya ..understand ?  eeee... tak sayang anak betol ! biaseeee diaaaa....


anak-anak maq nie yang bertiga tu pun dah tau nak pratikkan pada bayi yang pernah maq jaga ,bila bayi menangis je mereka automatik raba umbun-umbun budak tu dan tak lama lepas tu berbau lah minyak yuyie...hehehe

tapi ...bila dah berusia  lebih setahun , dah macam cik putih  atau wak doyok tu...umbun-umbun dah keras dah...so buang karen je kita rasa umbun-umbunnya .  lagi baik sapu je masa lepas mandi atau selepas dia buang air besar .( bagi perut  rasa lega )

#maqnie ~ maq kongsikan je ,kalau anda nak ikut la,kalau tak nak pun ok je kot hehe

selfie...selfree...

Assalammualaikum ...

sementara tunggu cik Putih  ( bukan nama sebenar ) sampai kerumah , maq sempat lagi nak membebel diblog ini hehe.. semalam kan ..masa anak-anak asuhan lain tidur ,maq dengan cik putih tak tidur pun ,kami sempat lagi berselfie . tapi kali ni kami bukan selfie muka kami yang comei-comei ni  ( perasan kan maq ) ..tapi kami selfie jari jemari kami ,telapak tangan ,kaki ,kuku ...

haaa ... cik peah oiii....awak ade ????  hehehee



yang pelik tu ....
,cik putih leka dok menadah je apa yg maq buat
kat dia hehehe


sebenarnya ...inilah cara belaian kasih sayang pada kanak-kanak seperti cik putih , mereka akan merasa selamat disamping kita pada waktu itu . dan dengan cara urutan dan belaian begini rasa kasih sayang dapat juga di tunjukkn kepada mereka . kalau anda nak tahu cik putih ni kalau maq marah dia ...sambil nangis dia akan pelok badan maq .... haaa..begitu lah dia nilaikan marah maq pada dia ...kalau dah kena pelok ..mestilah maq tak jadi marahkan .. ish bijak..bijak ....alaaa maq marah-marah sayang je tu ...shhhhh..... *nanti mama dia tahu pulak kang ....  kihkihkih

siapa boikot siapa ni

Allahhu...

Assalammualaikum...

betul ke tidak ni  ? katanya kertas pembungkus kentang goreng McD ada bertulisan ALLAH ( alif lam lam ha ) ?? apakah ini hanya kesilapan tak sengaja atau memang sengaja  ?

maq memang bukan penggemar produk ini tapi bila isu ini di jadikan bahan ,maq pun sentap gak  ... hurm tak salah kalau lepas ni  ada kata-kata :

wang anda ini dibenarkan membeli semua jenis makanan segera didunia ini kecuali  McD


..aa..aiyokkk... anda semua orang bijak kan ,mana yang buat masalah tu ,sila lah abaikan je ,kita  selamat dari pekara-pekara yang mendatang kan fitnah jugakkan ??

kalau kita tak mampu berperang menggunakan senjata ... ada cara lain kita boleh bantu muslim di Gaza kan ?

kan3x
memang kreatif ....

Allahhuakbar .....

berbudi bahasa itu wajib

Assalammualaikum ..

awal pagi maq dah online harini .lepas minum susu Nutri goat miracel 8 ketika bersahur tadi , nampaknya dari pukul 4 am sampai ke saat ni  ( 8.30 am ) mata maq takde tanda-tanda mengantuk pun . sambil mesin tlong cuci baju ,boleh lagi mengeluarkan idea maq  disini . alhamdulillah ...

harini ,pagi ni ,maq teringat kata-kata suami maq ( My Mr Castello ) *bukan nama sebenar *

kata beliau  : yang , awak tau tak kenapa orang kita tak ramai yang kaya raya  . kebanyakkan bangsa lain yang over kaya ..

maq cakap : mana la saya tau , mungkin kita terikat dengan hukum hakam agama kot ?halal haram ...rasuah ,riba' ....

kata suami  : taklah  ...agama lah yang membawa kita untuk menjadi kaya raya ,kalau kita betul-betul diatas landasannya  .

maq renung  wajah dia sambil tanya : dah tu ..sebab apa ?

kata suami : orang kita  ni  kalau baru kaya sikit mereka mudah  lupa diri  ,belagak ,kadang-kadang mak bapak pun mereka lupa ,mereka pinggirkan ,pada mereka duit belanja mereka bagi tu dah cukup pengganti kasih sayang mereka kat orang tua  .  kemudiannya bila dah  kaya ,ada pulak yg iri hati ,dengki sana ,dengki sini , hantar sihir , hantar hantu ,alaa ..banyak dah abang tengok ,ada je kisahnya kalau orang kita baru nak maju  .lagi-lagi anak orang kaya ,selalunya tak reti hormat orang lain ..awak perasan tak  ?? walaupun tak semuala...

maq : itu memang la selalu kita tengok kan .. tapi kenapa kita juga tak kaya  ekk ?

suami mengeluh :  hurmm....apa yang kita ada sekarang ni ,bersyukur lah ,...kita ada anak ...ada rumah ,ada kenderaan ,ada pekerjaan yang halal ,ada keluarga yang sayang kat kita walaupun kita hidup macam ni , apa nak lagi  ? yang penting sekarang kita dan keluarga tak pernah terpesong dari landasanNya .  kita tak susahkan orang lain  ,kita tak ganggu rumahtangga orang lain  ,kita tak kacau harta mak bapak kita ..bersyukur la yang ...

maq : bang ... abang tau tak ...sebab  tu anni sayangggg ....abang *kenyit mata ...hehe


tapi gambar dibawah ni bukanlah  kisah anak orang kaya ek ??

 tak ....dibawah ni adalah kisah anak pakcik yang keretanya diketuk dengan lock stering kereta oleh seorang gadis 'hot -temper' baru-baru ni .yang mana seluruh malaya sudah pasti mengenali beliau . apa pun anak pakcik (mangsa keadaan ) tu ada hak untuk bersuara ( walaupun ayah dia cuma berdiam diri kerana  truma )

#maqnie ...mohon anak-anak kita yg tak kaya raya ni dijaga dengan adab sopan ,lagi -lagi terhadap orang tua (walaupun beza pada pegangan agamanya ) berbudi bahasa itu wajib !



ye...dia pun ada hak untuk marah .....




15.7.14

code product

Assalammualaikum

tadi ronda-ronda blog orang .. tetiba terjumpa satu post yg menarik minat maq . post apakah ?  ianya mengenai satu cara untuk memboikot produk  israel .. Bagaimana caranya ?

Senang je ..tengok pada nombor code pada barang itu ..




code product from Malaysia
code product  from israel

semua gambar maq ambil dari blog asal ...link blog asal ...terima kasih tuan blog , selamat memboikot ..ini bukan paksaan tapi atas rasa tanggungjawap sendiri la ye ...

maq takut jumpa doktor ??

Assalammualaikum ..

anda pernah pergi  dapatkan rawatan gigi ?  mengikut pengalaman  , maq akan mengalami kerosakkan gigi ( kesemuanya gigi geraham ) selepas melahirkan anak . ini bermakna ketika mengandungkan mereka maq kekurangan kalsium . apa taknya baby pun perlukan kalsium untuk proses pembesaran kan . lagi-lagi anak-anak maq dilahirkan dengan berat yang memang semangat .

anak pertama 4 kg
anak kedua 3.8kg
anak ketika 3.6kg

haaa ini menunjukkan 3 batang gigi geraham maq sudah hilang ..

didalam perut betapa mereka memerlukan kalsium yang memang banyak  ketika itu . Klinik ada bekalkan vitamin termasuk kalsium  tapi sebabkan bau nya yang sangat kuat ,maq abaikan je pengambilannya ..nahh ..inilah kesannya ..gigi  maq jadi mangsa ! oh tidak ...

geraham yang ketiga dicabut seminggu sebelum bulan puasa haritu . dia tak sakit ,tetapi dia pecah separuh dan amat tidak selesa ketika proses mengunyah berlangsung . dan keputusan maq ,ia perlu di cabut !!

yang lawak , firstime cik peah oii ,maq pergi kelinik  pergigian kerajaan . katanya best perkhidmatan disitu sekarang . ok laaa maq  pun test la  .

seawal 7.30am maq dah masuk mendaftar .ianya berada di tingkat atas Poliklinik Batu Pahat  , jalan Kluang . bila sampai atas , waw rata-rata  kaum Cina yang datang untuk mendapatkan rawatan .  ehem..

nombor giliran maq adalah 3 ! ketika pesakit pertama mendapat rawatan ,maq mula gelisah .

maq tenguk wajah suami ...maq cakap ...' bang ..macam nak buang air besar ,macam nak buang air kecil pun ade ni  ... tapi suami maq cuma pandang maq sambil senyum ...maq tau dalam hati dia cakap ...'emm ...takut la tu ' ... hehehe

tiba giliran maq ..*nombor 3 bilik ....... ! ahh sudah .... Nak buka pintu bilik rawatan pun maq dah tak reti masa tu ..eh ! payah gak kalau tengah kalut ni haha..tiba dalam bilik ,doktor dah tunggu ...

kata doktor ...'' mana yang problem kak ? akak nak buat apa kak ?''

ahh ..bila dengar suara doktor perempuan yang lemah lembut gitu , maq pun terus bersemangat !

 '' saya nak cabut geraham yg pecah tu doktor ..belah kiri yg belakang sekali  ''.

doktor tanya ''...sakit ke? ''

maq cakap ''...tak sakit pun tapi bila makan , saya tak selesa sebab asik tersangkut di dinding pipi ''.

''ok ..saya bius dulu ye '' ...doktor cuba beri ketenangan  nampaknya ( macam  dia tau2 je yg maq tengah nebes ) hehehe

mak aii ...suntikkan bius 5 sudut ...gusi yg sihat tu dicucuk 5 kali !! tahan maq tahan...( bisikan hati )

''ok...siap..akak duduk luar dulu bagi ubat bius jalan ,nanti saya panggil akak lagi ye ...'' lahai baiknya doktor ni ..nasib mulut dah nak mula  kebas ,senyum ke   tak maq masa tu ekk ...maq pun tak perasan ...

bila menunggu diluar  ,suami macam tak pandang je ,mungkin dia tak nak dengar maq nak terkucil  lagi kot ...hurmm ..entah la. setelah menunggu lebih kurang 20 minit ..nombor maq pun di panggil ..*nombor 3 bilik........!

ahh ....dup dap..dup dap ...(maq pun berjalan masuk )

'' baring dulu ye kak '' ....lahai ...doktor oh doktor  macam mengantuk pulak ni haha

bila doktor dah mula nak buat kerja , maq pun disuruh tenangkan diri ''..rileks ye kak ...kepala lembutkan ''...lahai ..memang tak reti bahasa doktor  ni ,tapi maq paham maksud dia ...

bagai mencabut paku didinding ! zapp ! takda rasa sakit pun akhirnya kata doktor .''...ok...sudah ... akak gigit kapas ni,kemudian  bila tiba dikaunter depan ,buat bayaran ..rm 2  ye kak ...''

rm 2 ?
rawatan sebegini sempurna ?
doktor yang lemah lembut ,kerja yang memuaskan ,hanya perlu dibayar rm 2 sahaja ?? ooh ..patutlah 'bangsa' tu ramai sangat berkunjung ke klinik ini ... ( bisik maq dalam hati )

kenapa maq bingung dengan kos rm 2 tu ??

sebabnya maq pernah kan cabut 2 batang geraham sebelom ni ..sebatang tu kosnya rm55 ..tu beberapa tahun yang lalu ( lebih 10 tahun lepas ) sekarang ni entah berapa lah kosnya kan  ..

tapi pada maq perkhidmatan disini memang waw !! awesome ! maq bagi 4 bintang ! lagi 1 bintang tu kena simpan dulu  ( bintang kejora kot )


yelah ,kalau sebelum ni kita asik mendengar keluhan rakyat yg katanya rawatan klinik gigi kerajaan teruk ,tapi pekara tu tidak pun terjadi pada maq .malahan maq lebih selesa . alhamdulillah !

' yang , minggu depan abang nak cabut gigi jugak lah geraham yg pecah tu '....tiba-tiba suami maq bersuara ...

'eh ! minggu depan kan puasa bang ....'

'ha ah laaa.......' mengeluh kekasih maq saat tu heheheh

#maqnie ~ nak pesan kat cik Peah oii ..jangan abaikan penjagaan gigi ye ,lagi-lagi kita yang dah hampir petang usianya ni ...banyak yang senyum kena tutup mulut tu nanti kikikih



kekejaman semakin menjadi - jadi

Assalammualaikum ..

bila sebut pasal perang maq masih teringat kisah perang Iraq dan Iran tercetus masa tu maq dalam darjah 6 ! lama kan ianya berlaku ..dan sekarang bila maq dah dalam darjah enam jahnam lagi teruk ! Israel menghancurkan Gaza . hurm ... sampai bila ye ?

apakah memang ini yang dinamakan tanda-tanda kiamat kecil  ? dan tanda kiamat itu sejak maq berusia 12 tahun tu ke ?  Ye , selain dari tanda kiamat ianya juga melambangkan bagaimana manusia yang tiada akal dan fikiran menggunakan kuasa mereka demi memenuhi hawa nafsu sendiri !

Kezaliman  israel semakin berleluasa . Penderitaan  rakyat Palestin semakin menjadi-jadi  . hancurnya bumi islam dek kekejaman si laknat durjana itu . dan kini ada cara terbaru mereka untuk menghancurkan penduduk Gaza ...nauzubillah himin zaliq ....




dan bila menuntun video sigadis kecil dibawah  ini  ,menitis air mata maq kerana pada maq dia terlalu kecil untuk berjuang . Namun disebabkan sejak dari lahir dia sudah bergelut dengan pergolakkan makanya dia bergitu bersemangat melaungkan isihatinya  ..itulah anak-anak mangsa perang . kalau anak -anak Malaysia ? nak pergi kencing pun minta orang teman  ... hurm ....

masuk link ini untuk menyaksikan video sedih itu ....

dan inilah gaya seorang lagi kanak-kanak Palestin melepaskan amarahnya !

 

14.7.14

BP mall bahaya ?

Assalammualaikum

disaat semua orang sedang sibuk untuk membuat persiapan hari raya  , tiba-tiba Batu Pahat di hangatkan dengan cerita lantai di pusat beli belah BP Mall pecah dan retak !

maq memang ada perasan masaalah ini ketika berkunjung ke situ bulan lalu . tapi lantai tu sudah pun di tutup dengan carpet .apa motifnya ianya di tutup dengan carpet  , maq pun lupa nak tanya tokeh BPmall ..hehee

tetapi dalam minggu ni ( 2-3 hari yang lepas ) sekali lagi kejadian serupa katanya belaku . kali ini lebih dasyat dari sebelumnya , katanya banyak mozek nya yang pecah ! mana pihak yang bertanggung jawap ?? cubalah tinjau-tinjau sikit keselamatan penggunjung , nanti dah jadi kes baru terhegah-hegeh nak buat report  .

anda nak tengok buktinya ?






kalau andalah kan...
 nak ke bershopping dikawasan  yang kelihatan sudah tidak selamat ini ?