bila ibu membebel

Assalammualaikum ..

Kenapa ibu-ibu kita suka sangat membebel ?

* dia tak berpuas hati dengan apa yg kita lakukan .

* dia rasa anda perlu dinasihati

* dia melihat kekurangan budi bahasa anda terhadap nya .

* dia fikir anda sudah melupakannya

* dia rasa anda layak kena bebel .

Apa dia dapat dengan bebelannya itu ?

* satu kelegaan buat perasaannya yang terpendam

* padanya kewajipannya untuk menasihati anda sudah terlaksana .

* dia nak insan yang  dia sayang itu betul- betul berada dilandasan yang betul .

Apa hasilnya dari aktiviti menbebel ?

Akan mengalir air mata seorang insan yang pernah menggendung anda didalam rahimnya suatu ketika dulu . betapa sukarnya dia membawa anda bersama-samanya selama 9 bulan lebih . lagi sulit bila anak dalam kandungannya itu besar . pengorbanan kah ini bila anda sudah besar ... Anda selalu menyakitinya .

Tepuk dada tanya hati sejauh mana kasih sayang pada ibu kita selama ini . mampukah kita menyayanginya seperti mana dia lakukan untuk kita selama ini .

IBU ..ENGKAULAH RATU DIHATI ..

Comments