hari santai

Assalammualaikum ...

Ahad ! Waktu santai dengan tersayang ! maklum dia cuti ahad makanya ahad lah hari santainya .

Lepas anak-anak kesekolah , rutin ahad maq ialah ikut suami beli barang dapur . pilihan mestilah Eon Big diBukit Pasir kemudian ke Nirwana *salah satu tempat  yang menjual barang keperluan dapur paling murah diBatu Pahat ini .

Bila aktiviti beli barang dapur selesai , kami berdua akan pergi bersarapan . Tempat yang biasa maq dan suami pergi ialah di Tasik Y atau dikawasan kedai makan di Pesta  (bersebelahan pejabat JPJ Batu Pahat )  .

Sambil sarapan kami akan bersembang perihal anak-anak dan keluarga kami berdua .

Ye ...inilah peluang maq bersantai bersama suami tersayang .yang mana aktiviti ni tiap minggu dijalankan kecuali jika suami kena kerja pada hari ahad . dan jika ini terjadi , jawapnya memeraplah maq dalam rumah sahaja . alahhaiii ...bosannya cik Peah oiii..

KAU ADALAH DARAHKU
KAU ADALAH NAFASKU
KAU KEKASIH
KAU TEMAN
KAULAH SUAMI KU
DAN KAULAH SYURGAKU
terima kasih Allah untuk cinta ini .

Comments