kenangan puasa

Assalammualaikum
Dah niat puasa ke tu ? Sebelom tidur elok lah baca niat kot pagi esok kesiangan taklah puasa tanpa niat nanti . aik?? Boleh ke Puasa tanpa niat?  jawapannya :

Boleh tapi  kalau anda ada planning nak bebuka pukul 10 pagi ...ahha ...ketahuilah tak sah puasa sesaorang itu tanpa niat  ...macammana niat puasa ? Ahh nipu kalau tak tahu , ni dah 16 ramadhan dah . takkan dah lupa ..huhu

Masa maq kecil dulu ..kata abah maq ( Encik Rokani ) kalau tak nak lapar ketika berpuasa , banyakan niatnya dimalam hari . Maq pun ikut jelah dan ..yelah ! Tak rasa lapar !


maq ada kenangan yang masih segar dalam ingatan ini :

Ketika tu usia maq dalam 9 tahun dan selepas makan sahur abah maq ajarlah berniat dalam bahasa arab .

Pada percubaan pertama niat tu maq salah sebut , masuk yang kedua maq salah lagi , masuk yang ketiga kali ... maq nangis ...sebabnya ....

* maq tak reti cakap arab , abah sebut laju , mana maq nak ikutnya ...nangis je laa ...uwaaakk...last abah ajar niat dalam versi melayu ...baru tenang hati maq .. dan ianya kekal hingga ke hari ini ... maq lebih selesa berniat puasa dalam bahasa melayu . hihihiii

encik Rokani ...abah maq .. (y)

Comments