maq nangis

Assalammualaikum ...

raya ? lama lagi la ,ada 13-14 hari lagi untuk kita menikmati kebarokatan ramadhan ,itu yang lagi penting . shopping raya sedang bermula ? ada kawan-kawan maq seawal bulan march dah buat persediaan dan ada yang sampai ke hari ni takde feel nak shopping raya hehe macam-macamkan ragamnya .

semalam maq baru dapat feel raya bila pepagi suami dah ajak pergi ke gudang kerepek di Rengit iaitu di Azhar food industri . nak tau pergi cari kat google la ye  . alhamdulillah semua nya berjalan lancar sebab yang dicari semua jumpa disitu.

tapi kan cik Peah oii ... harga dia boleh tahan dah .....biskut pun dah takde dah  bawah rm15 ..semua up rm15 ...hurmm ( gaya cakap ni macam iklan yusof tayyub tau ) *takut tokeh azhar food dengar hehehe

apa pun nak kuatkan naluri sendiri makanya cakaplah ...mana ada barang murah sekarang cik anni oiii... nak murah suruh la anak dara awak tu buat kuih sendiri haaaa ... hehehe *kena perli *

bila settle beli kuih maq dan suami pula kerumah keluarga dikampung ,tujuannya membantu ibu memasang langsir dan hampir 2 jam kami disitu .buat kerja lelaju sebab almaklom tuan rumah takde ..ehemm

selesai kerja memasang langsir sempat lagi  maq menziarahi  bapa saudara maq yang dah uzur disebelah rumah . beliau telah pun kehilangan serang anak lelaki pada awal bulan lepas. Al-Fatihah . yang jakunnya masa tu ,maq tetiba sayu menatap wajahnya dan buat pertama kali lepas bersalaman,maq mencuim dahinya sambil menahan sebak ...ahhh sedih gitu  , bibir tak boleh menyebut sepatah perkataan pun masa tu hibanya jiwa maq hmm akhirnya menitis gak air mata ni ... tapi sikit..

*cover takut batal puasa kalau nangis nanti  kata ibu maq dulu-dulu hehe

sebenarnya  ...dia dah kehilangan isterinya beberapa tahun lepas ,dia dah kehilangan anak menantunya pada tahun lalu dan tahun ni dia kehilangan anak sulungnya yg seorang  OKU .dia orang kampung yang kerja kampung . dalam usianya lebih 80 tahun tu dia kena kerja juga bagi menyara kehidupannya . dengan pekerjaan yang tak tetap tu dia mengharungi dunia nya ..dia terpaksa menyara anak perempuan nya yang berstatus ibu tunggal bersama beberapa orang cucunya . fuh ..dugaan sama sekali buat beliau .

 emm mana perginya  JKKK kampung tu ye ? tapi katanya dia dapat jugak bantuan dari kebajikan masyarakat ..tapi berapa lah sangat .. sebelum balik maq ada berpesan supaya dia jaga kesihatan dan  maq berdoa moga Allah permudahkan perjalanan hidup 'wak'  selagi ada hayatnya  . dia hanya menjawap terimakasih yang  dibalas juga dengan senyuman diwajahnya ...

 ya Allah kau selamatkan 'wak' aku ini dikehidupannya didunia dan akhirat ... amin...


#maqnie ~ masa menaip ni pun maq dah sebak ,eh ! dah nangis pun la ...macam mana ni maq puasa ...hihihi  senyuman dalam tangisan ..



Comments