1.7.14

pesanan untuk orang muda .

Assalammualaikum pembaca ..

Wahai remaja ..
Kalau orang tua anda diam dan tidak marah atas perilaku anda . atas perangai anda , budi bahasa anda, atau mungkin siapa juga kawan - kawan anda  .itu bukan lah bermakna mereka setuju dan suka dengan apa yang anda buat .

Tetapi tu tanda mereka nak beri anda peluang untuk menggunakan kebijaksanaan anda dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini .

Ilmu agama yang diterapkan bakal menjadi tunggak utama .

Tahukah anda  betapa luluhnya hati seorang ayah yang berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarganya Apabila dia mengetahui bahawa anaknya telah memperbodohkannya dan menipunya??

Wahai remaja ...
Selagi anda belum berkahwin segala perbuatan anda adalah dalam kawalan orang tua anda .bukan kekasih anda yang belum halal lagi tu !

Kebanyakan remaja sekarang ( terutama remaja perempuan ) lebih percayakan kekasih dari keluarganya sendiri dan mereka akan cari mak bapak bila dah " kena main " dengan kekasih .

Renungkan lah dalam proses percintaan anda sekarang :

*berapa kali anda buat kerja bodoh ?

*berapa kali anda menipu orang tua anda?

*berapa kali anda sedar yang anda sudah ditipu hanya sebab cinta?

*berapa kali dosa anda buat ?

*berapa kali anda meninggikan suara anda dengan orang tua anda?

*berapa banyak duit anda bazirkan untuk kekasih dan berapa banyak buat keluarga ?

Ketahuilah ..kekasih itu masih haram sedangkan mak bapak anda tu lah yang paling halal dan paling layak anda sayangi .

Menjadi anak durhaka hanya sebab cinta???? Anda jauh dari haruman bau syurga . Mohon sedar lah dengan segera !!



#maqnie~ maq pernah juga jadi remaja tapi maq tak pernah jadi hamba cinta !!

No comments: