sekali lagi

Assalammualaikum ..

Bila satu lagi kejadian yg melibatkan nyawa bayi ..maq rasa sungguh sedih
Lagi-lagi kejadian itu berlaku dirumah pengasuhnya .



Apa yang paling teruk , rata -rata masyarakat menyalahkan pengasuh kononnya hanya mau duit sedangkan anak orang terabai!

Ye tu kata mereka .

Pada maq , kalau baby setahun lebih yang baru pandai berjalan jatuh ..risiko untuk jatuh sangat mudah! Waktu dia sangat lasak.! Tak reti nak duduk diam. Sebagai pengasuh mustahil dia nak pegang anak sepanjang masa kan? Ada banyak lagi kerja yang hendak dia uruskan seperti menyediakan makanannya, menguruskan keperluan kanak-kanak lain (jika ramai) .

Lagi berrisiko bila dalam rumah tu ada budak-budak yang hiper ! Belari didalam rumah . bergaduh sesama sendiri .tolak menolak so...tak mustahil baby yang baru jalan jatuh tu terlibat sama ! Hurm ..

Kalau anak kucing mungkin boleh disimpan didalam sangkar tapi ini anak orang cik peah oii ..nanti dikata mendera pulak bila dikurung .

Maq ada pengalaman :

Ketika itu seorang ibu meletakkan anaknya dibawah jagaan maq .seperti biase belah pagi dia hantar anaknya .maq pun menjalankan tangungjawap itu seperti biasa lah .tapi bila si ibu pulang dari kerja belah petang ..

dia bertanya maq ..

Ibu baby : anak aku ok tak harini?

Maq    : ok je alhamdulillah

Ibu baby : pagi tadi kat rumah dia makan sabun basuh baju ..banyak pulak tu ..aku pun tak perasan ..

Maq    : hah ????

Anda tau ape jadi pada maq waktu tu????

Lemah badan maq .hati maq luluh .sebabnya ..kenapa dia tak bagitau masa dia hantar baby tu yg anak dia makan sabun??

Anda bayangkan tiba-tiba anak.dia muntah-muntah atau pengsan atau jadi ape-apa dirumah maq???


Hurmm..pasti masyarakat sekali lagi cakap ...duit nak!! Anak orang ingat anak patung ke??? Susah tau nak dapat kan anak ni !! Erhhh dia senang- senang je nak bunuh !!

Dan rasanya bukan seorang yang cakap macam tu di Malaysia ni ...

MEREKA TAK TAHU ..DGN HARGA $200 TU DIA DAPAT BELI KERETA BESAR DAN RUMAH..TAPI PENGASUH ???

Comments