4.7.14

selera JDT vs PAHANG

Assalammualaikum...
Bila bulan puasa selain menahan lapar kita jugak disarankan untuk menahan nafsu . ye ..semua nafsu kena kawal !

Paling teruk bila seharian menahan lapar dan bila tiba saja waktu memasak , orang dapur pening kepala nak masak apa !

Sebulan berpuasa untuk tiap - tiap tahun sebelum ni , family maq akan berbuka dengan memakan nasi !

Hidanglah sebanyak mana kuih muih pun , mereka tetap nak nasi ! Tapi nasi yang diambil tu tidak lah banyak mana pun , takpe ...yang penting nasi ( kata mereka )

Lagi tambah buat maq pening  , nasi nak dilayankan dengan lauk apa ??


Lagi serabut bila lauk untuk berbuka  mereka tak mahu ikan ! Memang tiap bulan puasa  maq tak makan ikan , sebabnya anak-anak tak nak ikan tapi mereka nak AYAM  .aduhhaii... minggu pertama ni je maq dah beli 5 ekor ayam ..hari-hari ayam ... Pening..pening..

Kalau anda nak tahu .. Sekarang ni maq mengidam sangat makan berbuka nanti berlauk kan seperti gambar dibawah ini ...

ikan pari asam pedas

Ikan patin masak tempoyak 





Haish ...bila la nak dapat ..hihi

No comments: