24.8.14

awesomenya pakcik sayur tu

Assalammualaikum

ahad ! hari untuk maq padatkan 'esbok'  bersama suami . apakah esbok ? mestilah peti ais . dan apa yang dipadatkan ? mestilah ikan ,ayam dan sayur sayuran untuk seminggu ! boleh cukup ke  ? insya allah cukup ..

lokasi pertama ! beli sayur dulu . dimana ? Taman Koperasi jalan Kluang . kenapa maq pergi ke situ ? ahha macamni ....

kat situ ada seorang penjual ( kira-kira panggil pakcik la sesuai) dia  menjual sayur-sayuran dari pasar yang dikira borong . pagi tadi sahaja dia jual kat maq  .. sayur kailan dalam kira 3 bungkus 2RM ( satu bungkus dalam 600gram ) kalau family maq 1 bungkus tu cukup untuk sekali menu makan lah .  memang cukup ! so dia jual 3 bungkus 2RM  .kemudian sawi kerinting tu dia jual kat maq 1 bungkus 1RM ( berat dalam 500gram) kemudian tempe 10 keping berharga 2RM (JAWA DAN TEMPEH TERPISAH TIADA ) hehheee . ketika kira maq dah tau dah mestilah semua sekali nilainya 5RM . * 2,1,2 ~ tak ke bersamaan dengan 5 ??

tapikan....punya lah baik pakcik tu dia kira punya kira ( padahal bukan banyak mana pun ) katanya :
4 ringgit sudah la SUE ! hahaha dia panggil maq sue ??? 
aku jual murahkan sue ? haaa....

maq cuma mampu senyum je bila dia pulangkan wang seringgit sekeping ..ye !! bila maq ke tempat pakcik tu  ,dia memang selalu panggil maq dengan nama sue .aduh ...sweetnya hurmmmm mengantuk .... hehheee

pernah satu hari dia menegur maq ,katanya :
ko nak kemana ni sue ? cantik lawo ni ,macam orang nak pergi jemputan je nampaknya  . ko kan nak beli sayur kat wak aje . kok lawo gitu ,berseri-seri gitu .

adehh ..ketika tu  dahlah orang tengah  ramai berpusu-pusu ,sempat lagi pakcik tu 'ngorat' maq ? hahaha masa tu maq cuma pakai jubah biasa-biasa je dan tudung pun biasa-biasa aja . bukannya jubah berdiamond atau tudung bertingkat-tingkat ! ish ...pakcik ni memain ekk ... mintak nombor wassapp nanti ahha ... :p

sebenarnya maq tahu ,itu cara pakcik tu melayan pelanggan . dia main bantai je panggil nama sesiapa yang dia berkenan nak panggil . tapi sedap juga kan nama SUE ...ye sue.....sue hanny...ececehhh ....

#maqnie ~ minggu depan nak pergi sana lagi  laaaaah hahaha



jemputan kahwin 24/8/2014

Assalammualaikum

maq baru balik dari jemputan kahwin . tak jauh mana pun rumahnya selang beberapa rumah je dari rumah maq . dilorong yang sama jalan Perdana 3*A ...

melihat majlis kali ni ,maq rasa inilah yang digalakkan . menggunakan khidmat katering dengan makanan yang simple tapi enak , khemah makan yang simple dan kerusi makan yang simple .

tak perlulah orang kendarat ,tak perlulah khemah yang berambu ramba ,tak perlulah meja pengantin yang dihias bunga beratus ratus kuntum , tak perlu pintu gerbang yang orang nak lalu pun malu , tak perlu lah kek bertingkat tingkat  , tak perlulah knopi yang berbelas-belas buah banyaknya . yang perlu nasi dan lauk pauk yang sedap ! heheee

majlis kali ini merupakan majlis menjemput menantu . jiran maq tu sudah pun  berumur suami dan juga isteri ,mungkin aja anak dia tidak mahu mak ayah dia kerja teruk untuk majils nya  itu . yang penting yang wajib sudah terlaksana .Alhamdulillah . majlis berjalan lancar , lepas majlis tak pening fikir hutang ! anak yang bijak memang selalu fikirkan kesihatan mak dan ayahnya .

sebab itu maq selalu pesan kat anak-anak : 

Gunakan akal untuk masa depan nanti ,jangan ikut kan nafsu nak macam-macam ,akhirnya nanti diri juga yang merana .yang wajib didahulukan . apa yang penting maruah keluarga ,harga diri dijaga sehingga bergelar seorang isteri .

*kompang tengah dipalu tu hehee


22.8.14

dia itu amanah mu


Assalammualaikum

7.30 malam
pintu rumah maq baru ditutup buat anak -anak asuhan . 'mama pergi mengeteh' kata majikan kepada anaknya yang berusia 5 tahun .

dari pukul 7.15 am hingga pukul 7.20 pm seorang anak ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh selama 5 tahun kecuali hari cuti ( sabtu dan ahad )

maq tak kesah kerana anak dia sudah pun besar ,cuma ketika menanti 5 tahun tu memang agak perit . tetapi sekarang  hanya pengawasan yang perlu di titik beratkan terhadapnya  . walaupun anak majikan itu seorang yg aktif ,tapi maq masih tetap bersabar kerana dia lah tanggungjwab maq ,dialah amanah buat maq selama dia dirumah ini .

tapi bagaimana dengan perasaan anak kecil itu ? dapat kah kita rasa apa yang di mahukan? kasih sayang dari seorang mama yang sangat sangat dia perlukan untuk menyemai kasih sayangnya ?sampai bila dia nak menumpang kasih  dengan pengasuh disepanjang harinya?

memang anak anak maq sayang dia ,tetapi dia tau mereka bukan kakak-kakaknya ,bukan ahli keluarganya .dia perlukan kakak dan abangnya sendiri . dia perlukan belaian mamanya sendiri . dia perlukan perhatian  dari ayahnya sendiri .

kadang-kadang maq menangis bila mengenangkan nasib dirinya  .dia hanya dijaga seperti anak bukannya dianggap  seperti amanah dari Allah. diberi kemudahan menggunakan gadget  untuk berhibur ,dibeli berbagai jenis permainan untuk bermain ,dibekal bermacam jenis makanan untuk dijamu  , tetapi  .... sepanjang pembesarannya disisi orang lain . tak salah jika dia selalu memprotes orang tuanya . dia selalu berdendam ,dia lebih suka memendam rasa dan dia agak agresif bila disamping keluarganya . dan disekolah ,cikgu memberitahu ,dia seorang yg kurang yakin pada dirinya . hurmmm ..

dia amanah maq ,tapi dia anak mama dan ayah dia ...mungkin aja begitu ..

berkabung ,jangan salah tafsir

Assalammualaikum

harini kerajaan Malaysia Berkabung diseluruh negara .di semua media massa , dimedia elektronik ada diwar-warkan . tapi adat lah , bila sesuatu arahan di keluarkan oleh kerajaan  ,ada segelintir masyarakat akan memberi komen atau 'pandangan peribadi' atau apa -apa jua idea yang kadang-kadang lucu juga maq tengokkannya .


berkabung ! biasanya disebabkan kematian lah kan , itu dah pasti ! tapi ada yang kata ,bila kerajaan Malaysia memerintahkan rakyatnya berkabung ,memakai baju hitam ,bertafakur selama seminit dan membaca alfatihah ,memberhentikan kereta ditepi jalan sekejap, itu bukan lah bermaksud  dengan kata -kata yang dijelaskan dibawah ini .



adik ni merujuk pada jawapan ustaz . sedangkan ustaz hanya fokus  pada berkabung pada jenazah dalam Islam. sedangkan dalam kejadian berkabung kali ni kita ada  berbagai jenis jenazah dengan peganut agama yang berbeza . nauzubillahhiminzaliq . hati-hati dik . jangan pulak nanti ,dengan pemahaman sebegini ,copy ,paste and share , kita  lari dari tajuk asal maknanya  ..tu yg maq risau dengan orang muda zaman sekarang ni ,ambil yang mudah tanpa  berfikir panjang . mari rajinkan membaca,biar pun agak panjang  !!



KUALA LUMPUR: Amalan berkabung bagi menghormati kematian seseorang adalah harus dan tidak bercanggah dalam Islam, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Bagaimanapun, katanya amalan itu tidak boleh dilakukan secara berlebihan dengan penganjuran upacara tertentu yang dilarang oleh Islam.

"Dalam Islam, seseorang isteri yang kematian suami disunatkan untuk berkabung selama tiga hari sahaja untuk menunjukkan kesedihan dan kesetiaan terhadap suaminya. Namun, kesedihan itu tidak boleh berlebihan seperti terlalu meratap," katanya.

Beliau berkata mengikut Islam, amalan mengibarkan bendera separuh tiang berikutan kematian mangsa seperti tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 adalah harus selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Dr Mahmood Zuhdi diminta mengulas mengenai pengisytiharan Jumaat ini  sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah 15 warga Malaysia dan seorang jenazah bukan warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 itu di Ukraine bulan lepas.

Istiadat penghormatan ketibaan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Penerbangan MH17 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai setelah ditembak jatuh.

Namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Dr Mahmood Zuhdi berkata hari berkabung yang diisytiharkan itu menunjukkan seluruh rakyat Malaysia bersedih di atas kematian mangsa MH17.

Beliau turut mencadangkan supaya semua aktiviti hiburan termasuk operasi di pusat hiburan dan panggung wayang dihentikan sementara sebagai tanda berkabung.

"Keadaan ini adalah sama dengan situasi yang dihadapi oleh seorang isteri yang tidak dibenarkan berpakaian cantik, berpeleseran dan berhibur selama berkabung atas kematian suami," katanya.

Beliau mencadangkan penutupan sementara itu dibuat selama tiga hari selari dengan saranan Islam.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata pengisytiharan Jumaat depan sebagai hari berkabung dilakukan untuk mengajak seluruh rakyat di negara ini supaya bersimpati dengan keluarga mangsa tragedi MH17.

"Kalau berkabung yang hanya sebagai menunjukkan rasa simpati dan sedih serta tidak melanggar hukum syarak Islam, itu tidak menjadi masalah," katanya.

Beliau meminta rasa kesedihan terhadap mangsa MH17 yang beragama Islam dizahirkan melalui doa dengan meminta roh mangsa ditempatkan bersama golongan soleh.



maqnie ~ adik tu kalau pakai tudung mesti lagi manis kan sebab  dia pun seorang yg rajin membaca  pesanan - pesanan dari  ustaz ...

21.8.14

siapa dia bukan penting ,doa itu yang perlu

Assalammualaikum

ketika mood tengah rajin jalan-jalan di page orang . tiba tiba maq terjumpa satu komen  seperti ini :


  • kakak2 abang2, tolong doakan saya setiap kali lepas solat. Nama saya Alfie James. Sakit kanser otak tahap 4. Umur saya 17. Maaf kalau post disini tapi saya terdesak. Saya tak minta sumbangan, saya cuma minta doa.


    dengan like sebanyak : 852 dan replies sebanyak : 55 ... akhirnya mendorong maq untuk mencari siapakah 'adik' itu .... akhirnya maq jumpa fb dia  !  nama dia Alfie James Mitchell .umur 17 tahun .. masuklah ke link nama dia tu . anda akan dapat melihat bagaimana dia begitu kuat melawan penyakitnya  .


    semoga Alfie dapat meneruskan perjalanan hidup ini dengan tenang dan sabar . ini hari dia ,esok esok hari kita,kita belum tahu  .  


    sebak maq terasa sangat bila dia kata :  *saya tak minta sumbangan ,saya cuma minta doa* ya Allah .... serius sayu sangat naluri maqnie ni membacanya ..


    kalau dia bergurau ,itu hak dia ,tapi sebagai manusia ,jika seseorang sanggup meminta kita mendoakan kesihatannya ,maka hak kita ialah mendoakan ,bukan payah sangat , doa dan berserah pada takdir Allah . tu je~


    dan moga Allah perkenankan doa-doa orang yg sentiasa mendoakan ini ...aminnn

20.8.14

bulu jagung

Assalammualaikum

dulu pernah satu hari ketika balik kampung nenek  . ketika tu ada majlis kesyukuran . sedang majlis berlangsung tiba tiba maq terpandang seorang budak dalam umur 2-3 tahun  . dia perempuan  , kulit macam orang melayu , tapi rambut dia mak oii ! perang gitu cik Peah oii ~

maq tanya makcik maq yang duduk disebelah

maqnie : anak mat salih mana tu mak uda?

mak uda : anak si sal ,jiran  depan rumah nenek tu lah

maqnie : sal kawin dengan mat salih ke ?

mak uda : eee...taklah ,orang melayu jugak macam kita

maqnie : tapi kenapa rambut anak dia macam tu ? dia warnakan ke?

mak uda : haa..nanti ani tanya dia la ,macamana rambut anak dia warna macam tu .

peh ,memang tak sabar tunggu majlis yasinan tu selesai sebabnya siap dengan doa selamat dan tahlil lagi ,ambil masa dalam 1 jam lebih dan hampir ke 2 jam gitu . bila semua selesai ,maq pun pergi cari perempuan yang bernama 'sal' tu .

maqnie : sal ! ni anak ko ke  ?

sal : ha ah la ,kenapa ? hehe  anak ko mana ?

maqnie : anak aku ada tu tengah makan   ... ni aku nak tanya ni sal ,macamana ko boleh bersalinkan si minah salih ni ? sambil maq pegang rambut anak si sal tu .

sal : haaa ...ni petuanya  ....
ketika aku mengandungkan dia ,aku memang suka makan bulu jagung yg dalam buah jagung tu . yang warna keperangan tu lah . tak kira lah jagung rebus ke ,sayur jagung ke ,sop jagung ke ,aku mesti akan makan rerambutnya  . entah macam sedap , macam manis je gitu . start aku mula mengandung sampai nak bersalin ,kalau jumpa benda tu memang aku makan . tup tup lahir jadi macam ni la ..

maqnie : hah ??? ko biar betul ??

sal : betul laa ....tipu ? aku dapat apanya  ...kalau tak percaya,nanti bila kau mengandung ,kau try la makan bulu jagung tu ,kalau Allah izinkan ,insya allah .

maqnie : err...aku memang tengah mengandung gak ni ,yang ketiga , tapi dah nak masuk 4 bulan dah . boleh ke  ?

sal : ala ko cuba je lah.... mana tau rezeki anak ko .

maqnie : ok la ,aku try nanti makan  .

sal : hehee ( senyum lebar dia )

dan maq pun mula la mengamalkan makan bulu jagung pada tiap kali beli jagung ,jagung bakar ke ,jangung rebus ke , jagung sayur ke ,bedal je . dan akhirnya  ..bila anak ke tiga maq lahir pada 24.7 .2002 . rambut dia .....
ni hasilnya ,ramai tanya bagaimana rambut aida
boleh keperang-perangan ?
haa ..nilah yang maq amalkan semasa mengandungkan dia
nak try ?? 



rupanya bulu jagung juga baik untuk buah pinggang ( ginjal ) kerana ia melawaskan pembuangan air kencing . nak tahu lebih lanjut search google *bulu jagung*

19.8.14

stress katanya

Assalammualaikum

maq baru perasan yang lepas cuti raya ni , anak bungsu maq kurang selera makan ! selalunya balik dari sekolah sesi pagi ,dia akan terus ke dapur . tak kira lauk apa ,lepas je selera dia  . lagi-lagi kalau lauknya berasaskan ayam , atau pun keli goreng ,laju je dia ambil pinggan !

semalam ,lepas pulang dari sekolah ,dia terus baring sebelah adik adik asuhan . sambil pegang handset ,dia leka tanpa pergi ke dapur . bila maq tanya .. dah makan ke ? dia jawab ... nanti kejap , belum lapar ....

lepas Isyak , bila maq makan bersama ayahnya ,

dia tiba-tiba bersuara .. ''aida belum makan lagi rupanya la..''

aik? kenapa ? siang tadi pun tak makan kan ? maq tanya kat dia

a'ah ...tak de selera la ...macamana nak makan .?

kan maq dah cakap ada lauk kari ayam sambal belacan dan cencalok ..
kenapa tak makan pulak ? ish maq dah panaskan enjin bebel ni ..


kalau anda nak tau ,anak anak dara maq pandai je  makan  cencaluk ,budu , belacan , memang maq ajar mereka supaya tak cerewet bila part makan benda-benda spisis  ni , sebab macam tak melayu je kalau tak reti makan budu,cencalok or belacan ..dan nampaknya ketiga mereka memang akan berselera bila salah satu menjadi menu makan waktu tu  ....tapi kenapa aida tak nak makan pulak harini ? ish ..pening layan karenah anak anak ni .

ok ..meh sini maq suapkan ... panggil maq perlahan . dia datang ke meja makan dan duduk sebelah maq .

sikit je tau maq ,aida tak mau banyak-banyak katanya .

yelah..maq tau .. yang asik tak nak makan ni kenapa ? maq soal dia sambil menyuapkan nasi kemulutnya.

anda nak tau jawab aida tu ?

maq ,tak lama lagi dah nak peksa nikan  ,aida strees la , banyak nak baca ,nak fikir , banyak kerja sekolah , latihan sekolah pagi ,latihan sekolah petang , latihan di internet ( zoom A)...semua nak study ,semua nak buat ..penat tau ... .

tiba tiba kakaknya bersuara :  hoii !! ko tu baru je nak ambil UPSR dah stress stress ni  kenapa ?? orang  ni lagi la, nak ambil STPM  akhir tahun ni ,selera je makannya  hahahaha ... aida diketawa kan oleh kakak nya yang belajar di tingkatan enam atas tu .

dengan wajah selamba ,aida teruskan mengunyah dan maq teruskan menyuap sampailah nasi dipinggan habis bersih .sambil tu maq pesan kat dia ,

bukan awak sorang kan , buat mana yang mampu ,jangan terlalu memikir sangat . kakak kakak pun pernah gak lalui saat ni ,tapi maq tengok ok je diaorang dulu dulu tu .

hehehe lucu pulak  rasa bila murid darjah enam dah tau stress sampai hilang selera makan ni ... alahai aida ...tak selera ,sebab tekanan  belajar ke ,sebab nak bermanja manja dengan maq ni ? ahhaaaaa ...

aida dgn kakak form 6
UPSR vs STPM
heheee



18.8.14

rezeki maq

Assalammualaikum

hurm .... *mengeluh kecil

minggu ni mungkin minggu dugaan maq dalam berkerjaya sebagai seorang pengasuh  . ianya bermula apabila salah seorang majikan maq buat kejutan  .

alkisah .....

selepas cuti hari raya beliau menghantar anak-anaknya pada hari raya ketiga  .katanya dia pekerja biasa dan tidak dapat cuti lama . dan maq akur pada kehendaknya kerana pada maq ini juga tanggungjawab maq sebagai pengasuh ,jika keluarga sudah berkerja ,maka maq pun kenalah kerja . abaikan je berraya bersama adik-adik dan keluarga yang lain .  ok..ku relakan jiwa akhirnya ...

apa yang pelik nya ,ketika itu bermulalah satu episod dimana dia tidak lagi membenarkan anak anaknya dimandikan pada waktu petang ,kononnya  nanti selepas magrib budak budak itu akan mandi lagi , sedangkan sebelum ni ( selama 2 tahun kami berkerjasama)  anak anak dia akan pulang dengan keadaan sudah mandi . ok lah ,maq pun akur lagi kehendak keluarga kan ...

bila sudah tidak dibenarkan mandi ,makanya baju salin pun tidak juga dibekalkan  termasuklah lampin pakai buang . bila maq tanya kenapa tiada lampin pakai buang dibawa bersama anak ? beliau kata anaknya berusia 3 tahun itu sudah boleh diajar buang air dibilik air . dan jika anak dia tu buang air kecil rata -rata , dia suruh maq cubit aja ...hurmmm cubit ??? ok...maq  terima je pesanan dia itu ...

sepanjang maq menjadi pengasuh , jika budak lelaki , agak sukar untuk dilatih buang air kecil seawal usia 2 tahun lebih -3 tahun .biasanya masuk 4 tahun or 4 tahun lebih baru boleh di yakini  yang dia betul betul pandai untuk ke bilik air  .

hendak dijadikan cerita ...
pada satu hari ketika tu semua anak anak asuhan sedang menanti ibubapa masing-masing ambil . anak majikan yang tadi sedang bermain .maq pun dah suruh dia ke bilik air ,tapi katanya dia tak nak kencing  !...memang dia macam tu ,agak sukar jika diarah kebilik air . sambil mengeleng kepala dia kan cakap...  tak nak la maaaq .... dan dia pun belari keluar ... main bersama teman-temannya ...

tiba-tiba  ...

maq !!! eeee...air kencing sepah-sepah   ... salah seorang anak asuhan menjerit .  maq pun pergi ke arah yang di tunjukkan ye....budak itu sudah ' buat kerjanya ' . dia bukan sahaja buang air kecil  didalam seluar malahan siap ada package lagi ... air besar disertakan ...aduhhh ....

maq pun mengangkat anak itu kedalam bilik mandi dan apa yang perlu diuruskan sekarang ialah najis dilantai ruang tamu tu ! ianya harus dibersihkan dulu sebelum anak anak yang lain terpijak ! nanti jadi masalah besar ! bagai dilanda banjir kilat ,maq pun membasuh ruang tamu  pada petang haritu . mulut ni pun pe lagi kelautlah bebelnya ...lahai ... dosa lagi tuuuu ....hurmm

kalau ikut pesanan ibunya ,cubit je ..
hah!! perlu ke maq cubit  ?
kalau 5-6 kali macam ni perlu ke maq cubit 5-6 kali jugak ?
kalau hari-hari begini ? apakah pengasuh akan dilabelkan pulak nanti ?

dan sebenarnya ini bukan sekali anak dia buat begini ,tapi sebelum ni maq masih bersabar dengan sesabar- sabarnya ,sebab maq masih tahan dengan tugasan yang mencabar ini .

 *bersihkan najis -basuh dengan sabun-bilas dengan air bersih -mop lantai -settlekan budak yang kotor - salin pakaiannya-* bukan siap dalam masa 20 minit kan...

dan maq ada anak anak asuhan yang lain yan gperlu diuruskan lagi pada waktu yg sama jugak...

akhirnya maq buat 1 keputusan pedih . keesokkan paginya maq telah menghantar satu pesanan ringkas kepada ibu kanak-kanak tersebut , kata maq ...

assalammualaikum  maaf ye ( puan lady ) *bukan nama sebenar 
jika harini anak awak tidak dibekalkan dengan lampin pakai buang lagi ,maka maqnie  tidak dapat lagi berkerja sama dengan awak kerana semua ini demi  kebaikan bersama ...haraf maaf... 

dan tiada jawapan / balasan  dari puan lady  itu ...

harini 18-8-2014 ...anak anak puan lady sudah 2 hari tidak hadir kerumah maq .apa yang mampu maq ucapkan , syukur jika ini ada kebaikan bersama sama ...

dah kurang ke rezeki maq ?

Allah berjanji ,rezeki pemberianNYA ada dimana-mana ,antara rajin dengan tidak je .insya allah rezeki itu milik maq jika Allah izinkan ...aminnn


family tree

Assalammualaikum

keluarga maq tak la ramai .

dengan hanya mempunyai seorang ibu dan seorang ayah . maq hanya mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan .

maq juga hanya mempunyai seorang suami dan 3 orang anak perempuan .

manakala adik perempuan hanya mempunyai seorang suami dan 2 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan

dan adik lelaki maq pula mempunyai  hanya seorang isteri dan 2 orang anak perempuan

untuk memudahkan dan  memahamkan apa maksud ayat ayat maq diatas .... tengoklah gambar ni  , saja nak tunjuk wajah  wajah kesayangan hamba di blog pulak . hehee

dan sila ambil perhatian pada perkataan ' hanya ' ianya sangat berharga disitu ...ehemm

generasi  Encik Rokani dan Puan Jamilah
Alhamdulillah 

dia sudah besar

Assalammualaikum

ingat lagi baby yang maq asuh  yang maq bagi nama dia  cik putih tu ?
ye dia dah besar sekarang ni , pejam celik pejam celik akhir tahun ni dia dah 2 tahun  . cepatnya masa berjalan .

sejak 'dapat kaki'  cik putih dah reti buat macam-macam  kerja dalam rumah maq ini . selain  mengemas ,dia jugak selalu tolong maq buat kerja lain dalam rumah ni  .

semalam baru je sedar dari tidur ,dia boleh pulak panggil suami maq . katanya ..atok ...atok !! ( yang bermaksud datuk )

hah?? terkejut semua orang  .lagi-lagi suami  maq .  sebabnya dalam rumah ni , semua anak asuhan panggil suami maq dengan panggilan 'ayah man'  . huh ! nasib dia belum tahu nak panggil maq dengan panggilan nek ...nek !! ( bermaksud nenek ) . hehehe

dan rupanya bila maq update kisah dia di laman muka buku , mak long cik putih cakap ,datuk dia pulak cik putih panggil 'abang' ... hahahaha  gasak le~

jom tengok telatah dia dirumah maq ..


wajah terbaru cik putih


menyanyi  aktiviti kegemaran


bila letih minum dengan kekawan la best !
pantang jumpa penyapu ! berkilat lantai maq dia kasi sapu
cuba tengok lantai tu macam ada air kan?
haaa tu cik putih la kasi lap lantai tu sampai berkilat camtu
hahaha tak  nak caya sudah

17.8.14

anugerah shawal bukan selalu

Assalammualaikum

Bulan shawal masih terasa . walaupun dah hampir masuk minggu yang terakhir  untuk kita menikmatinya .




Bila suami bekerja shif malam , pastinya siang adalah waktu tidur beliau .dan maq serta anak anak tidak dapat pergi kemana mana open house atau pun berraya .sedih ...

Kata suami  :

Amboii puasa tak cukup , beraya nak full pulak eah?

Hahaha terkena pulak maq kali ni . tapi kenyataan tau , maq belum pergi kerumah rumah keluarga di Johor Baharu lagi tu ! Mereka semua dah datang kerumah maq pada minggu pertama hari raya tempohari .


Hari raya pulak kena pada musim exam buat anak anak maq yang bersekolah , tu antara sebab maq hanya duduk dirumah dan tidak keluar berraya .

Kata cik peah oii : cukup la raya dua minggu jek, lebih lebih kang orang cakap  pergi beraya tak beragak cik anni oii Kihkihkih ...


cik peah seboooook jeeekk...huh !!

bila terlalu asyik

Assalammualaikum

Monopod antara keperluan remaja masa kini .selain berselfie , merakam aksi turut mengasyikkan mereka .

Tapi bila dah asyik sangat , janganlah jadi macam adik ni ....ahha ....kan dah ....



video

Nasib cuma action je tak dapat diteruskan .andaikata nafas pun terhenti ? Haish ..nauzubillah himinzaliq ...

13.8.14

itu dia blogger

Assalammualaikum ..

Maq baru lepas baca post Ben Ashari  tentang beliau pergi melancung ke Paris .Haish ..bertuahlah badan kan tak semua orang dapat peluang  macam tu . lagi-lagi seorang blogger je kerjayanya  . rezeki tu   ...

tapi tulah jauh jalan ,jauh jugak wang nya melayang ,takpe rezki akan bertambah bila kita berkerja untuk keluarga dan masyarakat  . sebagai blogger yang tugasnya sebagai  promoter untuk sesuatu tempat dan  sesuatu produk pastinya memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi !

untung jadi blogger lelaki berbanding perempuan . lagi-lagi perempuan tua ( macam maq )  langsung tidak beruntung ,nuffnung pun malas nak toleh kita ,  kenapa ye ? apa tidaknya ,update blog just bila free ,dah la tu asik membebel jek kerjanya 'pot pet pot pet je'  hahaha .

masa maq balik kampung raya tempohari ,keluarga maq ramai yang usik maq .bila maq bercakap je nanti mereka kata ' bila maqnie membebel ' aduh ..hahaha tapi memang ye pun ,maq kalau dah membebel kelaut larinya  !

namun begitu ada juga yang cakap ,bila maq buat entri pasal anak-anak ,suami ,hati dan perasaan seorang perempuan ,mereka terasa sikit 'touching' sebabnya macam kena je dengan situasi mereka  . hurm.. ye maq paham perasaan seorang perempuan yang dipanggil ibu . kita serupa ! ahh sayu pulakkk ni ...

bila ditanya siapa kah blogger ? maq jawab dengan pendapat  maq sendiri lah ye :

pada maq seorang insan yang sanggup berkongsi apa sahaja  yang dia tahu tentang dirinya ,masyarakatnya ,tentang keluarganya ,negaranya ,alam sekelilingnya ! dia sanggup berkongsi walaupun tak semua orang suka tentang post nya tu . blogger jujur bila berbicara , dia tak kesah kritikan orang lain walaupun kadang kala hatinya tersentuh .  padanya pedulikkan kata orang yang penting dia dah luahkan apa yang dia rasa .

anda rasa adakah manusia sejujur blogger ? dan sesungguhnya jika anda nak tahu lah kan . ..... upah nuffnang maq baru rm 2.00 hahaha ...maq ok je ,janji maq dapat lepaskan perasaan dalam blog peribadi maq ini . yes ! rm 2.00 rupanya !? haha




Bandar Penggaram

Assalammualaikum



BATU PAHAT merupakan bandar kebanggaan maq !

tapi bila disebut Batu Pahat ramai tak tahu ,Batu Pahat ada nama lain untuknya . iaitu Bandar Penggaram ! cuba cari di map google ,di manakah lokasi Bandar Penggaram itu ?

sukar dikesan !!!


ye  sukar untuk mengesankan perihal Bandar Penggaram ini  . maq dah cuba tapi pastinya yang dapat hanyalah ...

Dataran Penggaram *disini lah semua orang Batu Pahat berkumpul bila majlis pembandaran mengadakan aktiviti kemasyarakatan . ada artis ,ada kedai cenderahati ,ada kedai makan, macam-macam adoo ....yang paling best boleh cuci mata ulalaaa





Jalan Penggaram *jalan ini dikunjungi oleh perbagai jenis masyarakat dimana bila tiba musim perayaan ,musim naik sekolah ,dan musim perkahwinan akan berpusu - pusu pengunjung datang ke sini kerana terdapat banyak kedai-kedai yang boleh diajak runding harganya terdapat dijalan ini .. anda pandai tawar ?? anda mampu memiliki apa yang anda mahukan itu dengan senyuman .





Taman Tepian Penggaram *terletak ditebing sungai Batu Pahat , tetapi kian terpinggir dari dikunjungi oleh orang ramai ....kenapa ?? maq pun tak pasti .





mau lagi info ? nanti maq cari  kan dan jika anda mau ke Batu Pahat ,jangan lah cakap nak ke bandar Penggaram kerana tak semua orang tahu tentang itu  .ada pulak nanti anda dihantar kesalah satu tempat diats sana hehehe ...Dan kalau tersesat ,boleh lah roger kat maq !! yessss maq hampir terlupa , ada sebuah taman perumahan yg diberi nama taman seri penggaram  disini  .

12.8.14

siapa bayi ini ??

Assalammualaikum

Video yang maq dapat dari dalam group wasapp tadi ...dan katanya ..

Bayi ini dilahirkan di Israel ( puak zionist ) persoalan yang timbul sekarang , wajah bayi ini sama seperti wajah si Dajjal yang dibayangkan melalui ayat suci al Quran .

Apakah benar ? Waallah hualam . yang pasti sebagai umat islam marilah kita sama sama mengukuhkan lagi iman kita kepada Allah pencipta sekelian alam .

Maq pelik ..bagaimana dia bernafas sedang lubang hidungnya takde !

Apakah ini hasil teknologi?
Apakah ini petunjuk ?
Allah je yang tahu ..
Allah huakbar !!




video

orang tua sekarang kena buli ?

Assalammualaikum

Kemelut  jiwa  antara kasih sayang seorang emak bapak dan rasa hormat seorang anak ada satu jurang paling bahaya iaitu  dipanggil 'lupa diri ' .


Ramai anak- anak zaman ini , bila sudah mendirikan rumah tangga akan mengharapkan bantuan dan sokongan mak bapak dia untuk meneruskan  perjalanan baru dalam hidupnya itu .

misalannya :

Menghantar anak anak untuk dijaga oleh emak untuk meringankan kos upah pengasuh .  kalau emak sendiri jaga tak perlu bayar katanya  ...hurm mungkin   tenaga orang tua itu ADALAH PERCUMA  buatnya !!!


Orang tua menjadi tempat lepas sesak bila hujung bulan . tanpa segan silu menadah tangan meminta duit . emak kena jaga anak , emak juga tempat dituju bila terdesak ...ini anak yg akal pendek!

Orang tua tak berkira sesen pun hartanya demi anak cucu  .tapi anak anak kalau dapat gaji ..payah sangat nak hulurkan kepada emak bapaknya , atas alasan bajet sendiri pun ada banyak nak kena settle ....macamana nak bantu ?

Pernah tak anda terfikir perasaan orang tua bila dia sudah tidak berupaya untuk berbakti lagi buat anak-anaknya ??? Mereka sangat sedih . mereka rasa simpati kerana anak anak kena memgharungi masalah keluarga sendirian .ye...asik kasihan je yang orang tua tu  rasa .

Dan apa bila si anak yang sudah mula bercucu mulalah dia mengabaikannya  orang tuanya begitu sahaja .. hidup dah mewah dan sedikit senang buat apa nak ingat orang tua tu sekarang ?

Ye ..banyak sungguh air mata orang tua nya terbuang kerana pada anak ..orang tua sudah tak dapat buat bakti , untuk apa didekati lagi !

Ingatlah insani , sekali kesilapan  dilakukan kepada orang tuamu , setitis airmatanya jatuh kerna kamu , pastinya dosa lah simpanan mu diakhirat nanti .

Dan ketika ini kamu punya anak-anak yang sedang memerhati sikap kamu terhadap orang tua mu itu , barangkali kamulah ' idola angkuh ' buatnya ...

Insafi diri ...

11.8.14

sayu

Assalammualaikum

Bila maq diinvite ke group wassapp oleh anak-anak buah dan sepupu sepapat , handfone maq memang tak sunyi lagi .

Kring krang kring krang ( bukan ringtone sebenar )akan berbunyi setiap masa . maklumlah kan family besar .

Selain massage yg ditaip , juga gambar - gambar lucu yg dikongsi , ada juga video video  menarik  . semua tu buat maq sakit perut  kerana ketawa .


video


Tapi bila maq tengok video yang dikongsikan seperti  atas tu , jujur maq cakap , maq insaf dan tanpa maq sedari airmata maq turun laju dipipi ni .

Allah jauhi anak cucu cicit kami dari kemelut sukar yg dialami oleh anak anak itu .

Allah maha besar !


mereka ada perasaan

Assalammualaikum

gelaran ibu tunggal bukan lagi nama pelik dalam masyarakat kita . kehidupan mereka bersama anak-anak . kehidupan mereka tanpa sokongan suami disisi . maq selau pandang hebat mereka ini  . maq bangga sebab mereka  selalu kuat ! ye ..mereka kuat sebab nak besarkan anak-anak .

pernah seorang sahabat maq beritahu (beliau pun seorang ibu tunggal beranak 3 ) katanya :

sebenarnya bukan takde yang mendekati diri ini maqnie ,tapi untuk apa kalau sekadar menyayangi saya tapi tidak kepada anak-anak saya ? kalau lelaki diluar sana mahukan ibu tunggal seperti kami ni ,mereka jugak perlu mahukan kehadiran anak-anak kami dalam hidupnya .

saya lebih rela membesarkan anak-anak dengan perit dan sakit dari jiwa saya jadi tertekan bila berkahwin baru nanti .

tak rela saya abaikan anak-anak demi cinta baru . tak sanggup rasanya kehidupan anak-anak musnah hanya kerana perkahwinan itu .

jika saya gagal suatu hari nanti dalam mendidik anak-anak , saya redha sebab itulah hasil kerja saya seorang . tetapi jika saya gagal menjaga anak saya nanti bila berkahwin baru , pastinya saya akan menyesal seumur hidup ini  ...

ye . . .maq tahu mereka memang kuat !!

alhamdulillah ,ibu tunggal di Malaysia sekarang ni telah maju dalam minda dan jati diri .dengan itu wahai perempuan yang beruntung diluar sana ,janganlah salah anggap terhadap mereka ini .mereka juga ada hati dan perasaan macam kita ,cumanya mereka single dan sering di HOT kan oleh gossip liar . kadang kadang mereka lebih hebat dalam mendidik anak-anak berbanding kita . maq memang tabik hormat mereka  yang begini .

terima kasih Allah untuk segalanya yg diberi . alhamdulillah

tengok gambar je

Assalammualaikum

bila anak-anak ,terutama anak gadis keluar rumah untuk bercuti bersama teman-temannya  , tiada yang paling sukar yang ibu bapanya minta selain dari .... ' beritahu dimanakah anda kini berada '

ye ..itu pun sudah cukup  melegakan hati orang tua anda ye anak - anak ....

selamat bercuti anaknda Nur Farahin Izzati ....semoga semua urusan diberi perlindungan oleh Allah swt ..aminn

maq cuma mampu tengok gambar di fb dia je untuk melegakan hati ni ...hurmm

5.8.14

makin rancak

Assalammualaikum

dunia perniagaan Malaysia  makin bergolak . kekusutan perniaga dimana - mana bila rata-rata rakyat tahu bahawa banyak produk yang diguna selama ini datangnya dari hasil keluaran negara Yahudi ! tapi yang pelik tu kenapa produk tu ada tanda halal ? ( untuk makanan lah kan ) contohnya ni ...



ye bila mana hasil penjualannya disalurkan kepada negara puak yahudi itu ,semuanya jadi haram . benda yang selama ini menjadi jajan ,kini menjadi racun pada rakyat muslim diMalaysia . inilah yang dapat kami buat sebagai  muslim untuk menghentikan peperangan diantara zoinist dan Gaza !

rakyat Malaysia takkan lakukan benda-benda memboikot begini jika puak zionist hentikan kekejaman terhadap penduduk Palestin ! tapi sudah terlambat kini setiap hari ada sahaja rancangan memboikot produk dari negara itu ! salah siapa ? puncanya siapa  ? jangan tanya lagi , seantero dunia dah tahu ...

 kami hanya membantah peperangan ,bukan membantah perniagaan peniaga-peniaga di negara kami !

inilah usaha kami untuk membantu kaum seagama di Gaza . semua ini kerana Allah ,kami tak mahu jika kami mati ,bila mana malaikat menyoal apakah yang kau lakukan kepada saudara mu yg mati -matian memperjuangkan Islam  ? ye ...kami akan dikaitankan dengan perkara yg kecil ini sahaja  . iaitu ...kami memboikot semua produk dari musuh utama islam ini . insya allah ....

ukhwah bersatu ,agama teguh padu ! biar jauh berjuta batu ,namun kami dekat demi Allah yg satu ....
#pray for Gaza
#pray for muslim
#pray for Malaysia


HARAM tu maksudnya lepas ni tak perlulah dibeli lagi sebagai bekalan makanan keluarga anda . bukan sebab ada kandungan macam cadbury tu  ....hahaha  bahasa idea ni memang pelik sikit 

3.8.14

perempuan oh perempuan

Assalammualaikum

pengguna yang berhemah tu bagaimana ?

maq tak pernah tanya orang  berapa perbelanjaan mereka untuk hidup . tapi pada maq kalau kita ada akal fikiran yang stabil ,jika gaji tu rm 2000 sebulan  janganlah berbelanja lebih dari rm 2000 sebulan ! memang cari penyakit namanya .

tapi kalau dinamakan perempuannnnn .......

orang pakai tudung tingkat ,dia pun nak bertingkat-tingkat
orang pakai kereta besar ,dia pun pakai kereta besar
orang pakai 5biji kereta,dia pun nak 5 biji kereta
*tapi tak tau nak letak mana
orang pakai baju lip lap ,dia pun nak baju lip lap
orang ada set perabut made from Bali ,dia nak perabut dari Italy
orang ada gelang paras siku ,dia nak gelang paras bahu .
orang besar kan rumah , dia besar kan hutang ? kan ?

sudah-sudahle tu ... tu semua style perempuan era 1960-1990an .jauh dah tu  ketinggalan . perempuan sekarang dia tak pandang kelebihan orang lain dengan harta benda mereka . perempuan sekarang kena tahu semua barang mahal harga nya.


jangan nak membazir .jangan nak tambah hutang keliling pinggang . jangan nak terlalu taksub dengan emas permata yang kalau mati tak dibawa pun bersama-sama . silap haribulan bakal mengundang huru  hara kerana menjadi rebutan antara anak-anak yang masih hidup di dunia  atau pun ianya bakal menarik perhatian para peragut kondem diluar sana !

bahaya cik peah oiii ...

perempuan sekarang sempoi  je tapi mereka manja
pakai tudung labuh melepasi dada ( mengikut hukum agama )
pakai make up hanya sekadar yang perlu bukan mengikut fesyen hantu
pakai baju sebagai penutup aurat bukan lagi yang ketat-ketat
rumah sebagai pelindung hujan dan panas bukan muzium perabut  hiasan
kenderaan sebagai pengangkutan utama bukan masalah kepada jiran tetangga

eh !!!


#maqnie~ ada banyak lagi , nanti marah pulak cik peah oii  ,semua ini sebagai peringatan untuk diri maq jugak ..hehee

pahala lagi

Assalammualaikum

menarik sejak kebelakangan ini apabila maq menuntun tv 3 ~ tiba-tiba iklan yang kedengaran ialah bacaan surah al-Fatihah ! ye  sangat menarik ! dalam masa mata menuntun kisah kehidupan di dalam jalan cerita  drama-drama tv ,  kita di sergah pula dengan bacaan al-Fatihah!! . paling tidak jiwa kita mahupun bibir akan terikut sama membacanya dan dalam masa yang sama jugak pahala akhirat juga turut sama kita perolehi  .

Masyaallah ... mudahnyakan untuk mendapat pahala  . hanya menuntun tv ! iklan surah alfatihah ! dan kita hanya ikut membacanya ! lulus !!

walau bagaimana pun bacalah mengikut tajwidnya agar pahala itu berganda-ganda dan bukannya diselit dengan dosa .

TV 3 Tahniah ! terima kasih  atas siaran bacaan al~Fatihah itu . walaupun hanya beberapa saat ,namun ianya sungguh memberi manafaat buat kami  . Alhamdulillah

mohon dikekalkan siaran itu selamanya dan mohon kesejahteraan buat Malaysia jugak ...aminnn...

ini hanya pendapat maqnie ,bagaimana dengan pendapat anda pula ?

 al~Fatihah ...

aminnnn ....

#maqnie~ amalkan baca alfatihah sebagai penawar jiwa yang serabut dan kusut

tempiasnya kita

Assalammualaikum

pergolakkan di Gaza kian meruncing ! rata -rata umat islam dunia makin marah kepada yahudi ! mereka pembunuh yang kejam ! mereka pengebom terhina ! mereka  saitan yang bertopengkan manusia !


rakyat Malaysia yang beragama islam kian tercabar ! mereka bersemangat memperjuangkan  nasib rakyat Palestin di Gaza . berbagai cara dilakukan demi membantu muslim yang bernasib malang itu . dimana-mana ada sahaja aktiviti untuk mengenangkan nasib penduduk Palestin !

selain memboikot produk yang membantu puak yahudi laknat itu , rakyat Malaysia tak pernah putus-putus berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan Gaza , hasilnya seluruh dunia kini tahu akan itu !


kini  Malaysia mendapat  tempiasnya ... benar atau tidak seperti yang di war-warkan  ,waallah hualam .... apa yang perlu kita lakukan sekarang , sama-samalah kita doakan agar Malaysia kita dilindungi oleh Allah swt dari semua kekejaman zionis !


bagaimana pun yang menarik perhatian maq , ada terdapat  janji rakyat dinegara jiran kita dilaman-laman sosial ( rakyat Indonesia ) dimana janjinya jika mereka ( puak yahudi ) berlaku tidak adil kepada negara kita  Malaysia ,seluruh rakyat Indonesia tidak akan berdiam diri . demi agama islam ,mereka akan tetap membantu Malaysia dari di inaya oleh puak  yang tidak berperi kemanusiaan  itu !


hanya Allah yang maha mengetahui pada tiap kejadian ...


#maqnie~ teruskan berdoa wahai muslim demi nyawa seorang muslim yang lain  ....

~Allah huakbar
~Allah huakbar
~Allah huakbar


budi bahasa tak boleh dijual beli

Assalammualaikum ...

bila dipersoalkan budi bahasa ,tak ada ukuran mahu pun alat penimbang yang mampu diberikan untuk menilaikan nya . budi bahasa biasanya di kaitkan dengan sikap semula jadi seseorang . pernah suatu hari dahulu ,ketika itu maq ada pergi kesekolah dimana anak maq yang nombor dua tu mengambil penyata untuk keputusan  percubaan UPSR beberapa tahun dahulu ( lama jugak tu ) tapi maq ingat lagi ok .maq duduk disebelah seorang ibu yang jugak bertujuan yang sama ( ambil penyata kemajuan anaknya ) .


bila diberi peluang bercakap dengan guru kelas ,ramai  ibu bapa yang dok bersembang dengan guru kelas tu tampa mengira kesahnya ibu bapa lain yang sedang menunggu giliran . hurm ...ada tu dah macam tak puas hati je dengan keputusan anak mereka . asik bersoal jawab dengan cikgu ! adeh ...orang lain pun ada tugasan menanti wahai temanku ,cepat lah berceloteh dengan cikgu tu ... ( detik hati maq )

tiba-tiba ibu yang duduk bersebelahan maq bersuara seakan berbisik  ditelinga maq , katanya :

saya tak kesah berapa A yang anak saya dapat , tak kira berapa peratus yang dia perolehi dalam periksa ni ,asalkan dia tahu hormat orang tua , tahu jaga adab  , tahu menilai masa orang dan tahu bagaimana nak gunakan rasa hormat orang kat dia . kalau anak dah dapat segitu apa lagi nak dipertikaikan ..ye tak ?

maq yang ketika tu sedang mengelamun hanya menjawab  :

ha ah ...ye..ye betul tu ... yang penting sopan santun dan adab dengan orang lain terjaga , tu yang perlu . kalau belajar tinggi-tinggi pun ,tapi takde budi bahasa dengan orang ,tak berjaya juga hidupnya nanti . 


ibu disebelah maq hanya mengangguk bisu sambil menjeling ke arah meja guru dan dia mengeluh  perlahan ...hurmmm ...


bila tiba dirumah ,maq tanya kat anak maq ,sama ada dia kenal wanita yang duduk disebelah maq masa di sekolah tadi . jawab anak maq :

" itukan isteri orang kaya yang duduk kat banglow yang tercantik  di Batu Pahat tu ... suaminya seorang bisnesman tersohor kat BP ini . anak dia semuanya bijak-bijak tapi mereka suka merendah diri dengan kawan-kawan . anak dia tu kawan baik saya kat kelas laa... "



#maqnie~ kalaulah semua orang kaya punya perangai sebegini ,mungkin takde orang yg terlalu miskin di Malaysia sekarang ni kan .

1.8.14

mengalah pada ketentuanNYA

Assalammualaikum

ramai orang tua mengeluh bila anak mereka meningkat remaja ! kalau mereka kanak-kanak hingusan mungkin masih boleh di tegur dan dididik . tapi kini mereka sudah pun dewasa . sudah besar panjang . sudah tahu nak menjawab bila ditegur .

hurm...bagaimana mendidik nya ye ?

tahukah anda hati orang tua akan risau bila  :

~ anak anaknya keluar rumah dan pulang hingga lewat malam ( lagi-lagi anak perempuan )

~ anak-anaknya sering keluar bersama teman lelaki yang masih lagi belum matang dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai manusia dewasa .

~ anak-anak sering menghabiskan wang dan waktunya dengan berpeleseran dishopping kompleks ,menuntun wayang ,dan bersiar-siar dengan teman lelakinya tanpa arah dan tujuan .

~ anak-anak lebih cenderung melayan teman di laman sosial berbanding bersembang dengan adik-beradiknya sendiri .

layakkah mereka ini dipukul  ? di tengking ? atau di kurung ?rasanya  ini bukan caranya . perlukah maq  beri mereka peluang untuk berfikir secara waras?

 bak kata orang tua-tua masa maq kecik-kecik dulu ...biarkan dia lemak-lemak dulu nanti  bila dia telah terlalu taksub dengan aktivitinya ,sergah je mereka tu .katakan yang mereka sudah pun melampau sekarang dan susah dikawal !

dan maq pernah cuba cara 'bagi dia lemak ' namun nampaknya ianya tidak berjaya malahan makin meruncingkan lagi keadaan . pernah di katanya  maq tak sayang mereka sebab tu maq bisng-bising bila mereka keluar  .

maq tak sayang anak ? maq manalah  yang tak sayang anak .....hurmm...

ada seseorang pujuk maq katanya '' biarkan saja kalau itu kata mereka , jangan difikirkan sangat ,biar kan lah Tuhan saja yang membalas pada tiap butir kata mereka dan perbuatan mereka selama ini  .....

ok ...maq redha sekarang ...segalanya maq serahkan kepada Tuhan yang Maha Mengetahui .

Allah hu....

maqnie~ bila anak tak dengar cakap ,maq akan salahkan diri maq yg tek reti mendidik mereka sejak kecil ...sedih~







musim raya bertongkat

Assalammualaikum

seminggu cuti pun sudah berakhir . ahad ni anak-anak sudah pun bersekolah seperti biasa . dan maq pun sejak semalam lagi ( khamis ) sudah pun buka pintu untuk anak-anak asuhan .  rezki tu , makanya tak perlulah maq bersungut ... kenapa lah cepat sangat ibu mereka ni habis cuti .  untung lah  suami maq paham dan beliau  pun hanya habiskan cuti - cutinya di rumah sahaja .

how about hari raya ? yessss ....*speaking london ek*

pada maq hari raya ni ramai yang lenguh-lenguh lengan dan jari mereka ! maklumlah raya katakan ,kena buat kerja dapur ,kemas rumah , masak-masak ,cuci pinggan mangkok ...tapi itu mesti lenguh untuk otai-otai macam maq ini saja lah kan  .tapi bagaimana dengan lenguh-lenguh untuk jari dan tangan orang muda pulak ?

ahha ..mereka merasa lenguh disebabkan terpaksa berselfie tiap kali pergi beraya  . hari pertama ,kedua ,ketiga dan seterusnya  . tu sebab mereka terpaksa ber"tongkat" ! bertongkat ?? apa tu ?

bermonopod la !!
( sekadar gambar hiasan )