berkabung ,jangan salah tafsir

Assalammualaikum

harini kerajaan Malaysia Berkabung diseluruh negara .di semua media massa , dimedia elektronik ada diwar-warkan . tapi adat lah , bila sesuatu arahan di keluarkan oleh kerajaan  ,ada segelintir masyarakat akan memberi komen atau 'pandangan peribadi' atau apa -apa jua idea yang kadang-kadang lucu juga maq tengokkannya .


berkabung ! biasanya disebabkan kematian lah kan , itu dah pasti ! tapi ada yang kata ,bila kerajaan Malaysia memerintahkan rakyatnya berkabung ,memakai baju hitam ,bertafakur selama seminit dan membaca alfatihah ,memberhentikan kereta ditepi jalan sekejap, itu bukan lah bermaksud  dengan kata -kata yang dijelaskan dibawah ini .



adik ni merujuk pada jawapan ustaz . sedangkan ustaz hanya fokus  pada berkabung pada jenazah dalam Islam. sedangkan dalam kejadian berkabung kali ni kita ada  berbagai jenis jenazah dengan peganut agama yang berbeza . nauzubillahhiminzaliq . hati-hati dik . jangan pulak nanti ,dengan pemahaman sebegini ,copy ,paste and share , kita  lari dari tajuk asal maknanya  ..tu yg maq risau dengan orang muda zaman sekarang ni ,ambil yang mudah tanpa  berfikir panjang . mari rajinkan membaca,biar pun agak panjang  !!



KUALA LUMPUR: Amalan berkabung bagi menghormati kematian seseorang adalah harus dan tidak bercanggah dalam Islam, kata Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Bagaimanapun, katanya amalan itu tidak boleh dilakukan secara berlebihan dengan penganjuran upacara tertentu yang dilarang oleh Islam.

"Dalam Islam, seseorang isteri yang kematian suami disunatkan untuk berkabung selama tiga hari sahaja untuk menunjukkan kesedihan dan kesetiaan terhadap suaminya. Namun, kesedihan itu tidak boleh berlebihan seperti terlalu meratap," katanya.

Beliau berkata mengikut Islam, amalan mengibarkan bendera separuh tiang berikutan kematian mangsa seperti tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 adalah harus selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Dr Mahmood Zuhdi diminta mengulas mengenai pengisytiharan Jumaat ini  sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah 15 warga Malaysia dan seorang jenazah bukan warga Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 itu di Ukraine bulan lepas.

Istiadat penghormatan ketibaan jenazah akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Penerbangan MH17 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai setelah ditembak jatuh.

Namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

Dr Mahmood Zuhdi berkata hari berkabung yang diisytiharkan itu menunjukkan seluruh rakyat Malaysia bersedih di atas kematian mangsa MH17.

Beliau turut mencadangkan supaya semua aktiviti hiburan termasuk operasi di pusat hiburan dan panggung wayang dihentikan sementara sebagai tanda berkabung.

"Keadaan ini adalah sama dengan situasi yang dihadapi oleh seorang isteri yang tidak dibenarkan berpakaian cantik, berpeleseran dan berhibur selama berkabung atas kematian suami," katanya.

Beliau mencadangkan penutupan sementara itu dibuat selama tiga hari selari dengan saranan Islam.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula berkata pengisytiharan Jumaat depan sebagai hari berkabung dilakukan untuk mengajak seluruh rakyat di negara ini supaya bersimpati dengan keluarga mangsa tragedi MH17.

"Kalau berkabung yang hanya sebagai menunjukkan rasa simpati dan sedih serta tidak melanggar hukum syarak Islam, itu tidak menjadi masalah," katanya.

Beliau meminta rasa kesedihan terhadap mangsa MH17 yang beragama Islam dizahirkan melalui doa dengan meminta roh mangsa ditempatkan bersama golongan soleh.



maqnie ~ adik tu kalau pakai tudung mesti lagi manis kan sebab  dia pun seorang yg rajin membaca  pesanan - pesanan dari  ustaz ...

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi