22.8.14

dia itu amanah mu


Assalammualaikum

7.30 malam
pintu rumah maq baru ditutup buat anak -anak asuhan . 'mama pergi mengeteh' kata majikan kepada anaknya yang berusia 5 tahun .

dari pukul 7.15 am hingga pukul 7.20 pm seorang anak ditinggalkan dibawah jagaan pengasuh selama 5 tahun kecuali hari cuti ( sabtu dan ahad )

maq tak kesah kerana anak dia sudah pun besar ,cuma ketika menanti 5 tahun tu memang agak perit . tetapi sekarang  hanya pengawasan yang perlu di titik beratkan terhadapnya  . walaupun anak majikan itu seorang yg aktif ,tapi maq masih tetap bersabar kerana dia lah tanggungjwab maq ,dialah amanah buat maq selama dia dirumah ini .

tapi bagaimana dengan perasaan anak kecil itu ? dapat kah kita rasa apa yang di mahukan? kasih sayang dari seorang mama yang sangat sangat dia perlukan untuk menyemai kasih sayangnya ?sampai bila dia nak menumpang kasih  dengan pengasuh disepanjang harinya?

memang anak anak maq sayang dia ,tetapi dia tau mereka bukan kakak-kakaknya ,bukan ahli keluarganya .dia perlukan kakak dan abangnya sendiri . dia perlukan belaian mamanya sendiri . dia perlukan perhatian  dari ayahnya sendiri .

kadang-kadang maq menangis bila mengenangkan nasib dirinya  .dia hanya dijaga seperti anak bukannya dianggap  seperti amanah dari Allah. diberi kemudahan menggunakan gadget  untuk berhibur ,dibeli berbagai jenis permainan untuk bermain ,dibekal bermacam jenis makanan untuk dijamu  , tetapi  .... sepanjang pembesarannya disisi orang lain . tak salah jika dia selalu memprotes orang tuanya . dia selalu berdendam ,dia lebih suka memendam rasa dan dia agak agresif bila disamping keluarganya . dan disekolah ,cikgu memberitahu ,dia seorang yg kurang yakin pada dirinya . hurmmm ..

dia amanah maq ,tapi dia anak mama dan ayah dia ...mungkin aja begitu ..

4 comments:

budak said...

betul tu kakak. kadang kesian tengok budak2 kan. dorang tak mintak pun semua harta tu tapi dorang perlukan perhatian dan kasih sayang.

annies MAN said...

hurm ... dik , tulah yang kerap terjadi skrg ni ,bukan nak salahkan sesiapa tapi nilah kenyataan ...kadang kadang tak sanggup nak lihat .

Nabil Fayadh said...

salam kenal ya mak, saya dari indonesia

seorang orang tua memang selalu dan ingin memberikan selalu pendidikan yang terbaik untuk anak nya

annies MAN said...

hai Nabil Fayadh ,terimakasih berkunjung ya .

benar dlm kepentingan pendidikan ,ketulusan kasih sayang juga amat perlu bagi anak anak yang kian meningkat membesar .