perempuan oh perempuan

Assalammualaikum

pengguna yang berhemah tu bagaimana ?

maq tak pernah tanya orang  berapa perbelanjaan mereka untuk hidup . tapi pada maq kalau kita ada akal fikiran yang stabil ,jika gaji tu rm 2000 sebulan  janganlah berbelanja lebih dari rm 2000 sebulan ! memang cari penyakit namanya .

tapi kalau dinamakan perempuannnnn .......

orang pakai tudung tingkat ,dia pun nak bertingkat-tingkat
orang pakai kereta besar ,dia pun pakai kereta besar
orang pakai 5biji kereta,dia pun nak 5 biji kereta
*tapi tak tau nak letak mana
orang pakai baju lip lap ,dia pun nak baju lip lap
orang ada set perabut made from Bali ,dia nak perabut dari Italy
orang ada gelang paras siku ,dia nak gelang paras bahu .
orang besar kan rumah , dia besar kan hutang ? kan ?

sudah-sudahle tu ... tu semua style perempuan era 1960-1990an .jauh dah tu  ketinggalan . perempuan sekarang dia tak pandang kelebihan orang lain dengan harta benda mereka . perempuan sekarang kena tahu semua barang mahal harga nya.


jangan nak membazir .jangan nak tambah hutang keliling pinggang . jangan nak terlalu taksub dengan emas permata yang kalau mati tak dibawa pun bersama-sama . silap haribulan bakal mengundang huru  hara kerana menjadi rebutan antara anak-anak yang masih hidup di dunia  atau pun ianya bakal menarik perhatian para peragut kondem diluar sana !

bahaya cik peah oiii ...

perempuan sekarang sempoi  je tapi mereka manja
pakai tudung labuh melepasi dada ( mengikut hukum agama )
pakai make up hanya sekadar yang perlu bukan mengikut fesyen hantu
pakai baju sebagai penutup aurat bukan lagi yang ketat-ketat
rumah sebagai pelindung hujan dan panas bukan muzium perabut  hiasan
kenderaan sebagai pengangkutan utama bukan masalah kepada jiran tetangga

eh !!!


#maqnie~ ada banyak lagi , nanti marah pulak cik peah oii  ,semua ini sebagai peringatan untuk diri maq jugak ..hehee

Comments

Purnomo said…
ada perbedaan di tiap jamannya.. ya kak ternyata :)
annies MAN said…
ianya sekadar pemerhatian dari kaca mata ini :)
budak said…
Bersederhana itu yang sepatutnya :) betul la tu kadang manusia ni lupa nak ukur baju dibadan sendiri kan.
annies MAN said…
kan ... dan bila kita melihat telatah org keliling ,kita kena perbaiki diri kita melalui tauladan yg telah diperolehi . :)