Posts

Showing posts from September, 2014

kesan plan pertama

Assalammualaikum

harini 28-9-2014 ! masuk hari ke 10  maq dah tak minum air manis ! ada kesan ke ? setakat ini maq cuma boleh cakap ....emm boleh la hehe

*senang berpeluh kalau dulu susahnya metabolisma nak berlaku

*aktif ! senang pulak tidur malam ,tak payah nak berangan bagai

*badan sedap je ,takde lenguh lenguh

*stock susu pekat manis dan stock gula kat rumah masih banyak! haha

*tenguk makanan bergula dah mula loye kat tekak ni

kesan paling  comel ....

* pergi ngeteh tak sampai rm3.00 pun pada makan 2 orang untuk makan roti canai !

Dan apa yg lawaknya ,ketika pembantu kedai makan tu tanya
( budak lelaki dalam 18-19 tahun umur dia )  ''ye... nak minum apa ? makan apa? ''

suami maq order nescafe dan roti kosong dan bila part maq sambil senyum maq jawap ,air kosong dan roti  kosong  ! dan sambil menganggukkan kepala tanda paham , budak tu senyum tengok maq ! kemudian   sambil berjalan kedapur kedai dia menyanyi  ~  ''kosong ...kosong ....kooosonggg. . .'…

plan pertama bermula

Image
Assalammualaikum

maq cuti panjang dari membebel kan ? bukan apa selepas suami komplen pasal entri maq yang lepas iaitu kejutan  . maq terus berhati hati dengan aktiviti harian maq . kata suami  :

mana nya tak berat ,awak asik sangat ' mengendap blog orang tu ' . duduk je bila takde kerja . kan bagus buat senamanrobik ke , turun tangga naik tangga ke , ni tak bila takda anak anak asuhan awak asik mengendap tak sudah ! 


haha dia cakap maq kaki ngendap ?? mana ada kan . paling kuat pun sehari adalah 1-2 jam tu pun belah pagi or lewat petang bila anak anak asuhan semua nya lena tidur . tapi disebabkan tak nak kecikkan hati insan tersayang ...maka maq pun mengalah la . aktiviti mengendap hanyalah dalam 2-3 hari sekali . tak dapat lah nak membebel hari hari lagi . sabo maq sabo ... hurm..


tentang berat badan yang naik mendadak tu ,maq baru usaha kan dengan tidak langsung ambil minuman bergula sekarang ni dan ianya telah berlangsung  selama 5 hari dan nampaknya maq dah  mula tidak me…

Country Garden

Image
Assalammualaikum

masih cerita 16 september 2014

selepas puas melepas rindu dengan ibu dan ayah maqnie di kedai mereka . maqnie dibawa  adik lelaki dan isterinya ke satu kawasan riadah di bandaraya Johor Bahru  . kawasan yang berhampiran dengan Danga Bay . dan sedang mendapat tempat dihati pengunjung di Johor Bahru ketika ini . walaupun disekitarnya masih ada lagi pembikinan bangunan bangunan pencakar langit . namun  ianya masih menjadi tumpuan pelancung !

dimanakah ? ye ....Country Garden Danga Bay JB.

buat masa ni masuk adalah percuma ! peminat selfie dan photographer memang seronok kesini ! bawa anak -anak ,suami -suami dan isteri -isteri ! hehe memain jek ( bawalah keluarga anda ) kawasan parking masih terhad sebab ianya masih dapat proses pembikinan . so kalau datang sini lebih baik padatkan dulu satu kereta kemudian baru bawa kereta lagi satu haa . ahh ! cakap banyak tak guna lah ! jom tengok !
















~sebenarnya ada banyak lagi permandangan yang menarik disini . memang sengaja maq tak …

Aku seorang blogger

Image
Assalammualaikum

Maq menyahut cabaran nampak .. segmen kedua mari dah ... tengok je header semua blogger and reader tahu dah kan . ye kalini  berkisahkan aku seorang blogger #pehdasyat.


Pada maq Peranan sebagai seorang blogger ni memang hebat ! Kalau orang lain cuma reti cakap cakap  belakang ,tapi tidak bagi seorang blogger . Mereka dengan jujur ,rela berdepan dengan berbagai risiko bila dia mengupdate apa yang dia anggap betul atau tidak dimata dia . takke hebat tu ! lurus ! telus ! blogger berani ! sehinggakan nak perli pun kena jujur kadang kadang ! ye sangat ok...aaa nilah baru ' rare' *ayat orang muda zaman ni . peranan nya  ringkas je sebagai penyampai maklumat , berkongsi pendapat  dan  memberi pandangan ,dan semuanya ini untuk masyarakat . simple je kan?


Kalau tanya pasal back up plan maq memang masih jauh sebab maq gunakan blog sebagai luahan isihati maq dengan anak anak dan masyarakat . Mungkin tak ramai yang perihatin blog macam ni . tapi takpe bila dah meluahkan …

Segmen Ben Ashaari : impianku seorang blogger

Image
Assalammualaikum

nampakkan header atas tu ? kalau dah letak tu bermakna maq nak try la join segmen Ben Ashaari kali ni . sebab ianya tak kena ambil masa 30 hari pun kan , so peluang yang ada ni  tak boleh diambil sambil lewa , maq kena join jugak !

cerita pasal peribadi diri maq :
berkahwin dah, kalau tak takkan kena panggil maq . umur 45 tahun pada 7haribulan tujuh lepas . duduk Batu Pahat , anak 3 ,suami  1 ! bentuk fizikal  adalah  iras-iras Luna Maya  kalau kurus ,tu sebab lah agaknya badan tak pernah kurus hurm...sedih

blog maq ini ada lah  : 
blog (bila maqnie membebel ) berkongsi kan  pengalaman maq menjadi ibu ,isteri dan pengasuh,ada jugak kongis tips ,  isu kemasyarakatan ,dan ada jugak diselitkan sikit jiwang jiwang bila jiwa ini sedang bergelora ..nampak mengade ngade gitu .

kalau masuk blog maq  :
anda akan dapat rasakan yang anda berada didepan ibu/kawan baik anda yang suka  membebel tentang perbagai isu ,termasuk kisah peribadi , hal dunia luar ,dan semua lah yang tak ken…

kaki ayam

Image
Assalammualaikum

maq kan dah  janji nak cerita  kenapa maq makan kaki ayam kan ? dalam bahasa jawa kaki ayam dipanggil ceker / cakar ! maq orang kampung  dari kecil memang dah duduk kampung . eh  bukan dari kecil tapi sah sah dari lahir jugak lah rasanya .

sewaktu zaman kanak kanak ,ibu maq tak izinkan maq makan kaki ayam sebab kata nya nanti tak reti nak duduk diam . lain lain bahagian dalaman ayam pun ibu maqnie tak bagi anak anak  dia makan ! katanya  tak elok untuk budak budak , macam macam pantang larang dia dah bagi kat maq ketika tu .. hahaha makanya maq pun percayakan jelah .

dan kaki tu siapa yang makannya ? mestilah ibu maqnie . masa tu maq ada jugak terfikir kenapa dia boleh  ,kenapa maq tak boleh pulak ? apakah alasan 'budak kecik' tu memang sempurna  tapi disebabkan tak nak jadi anak durhake ,diam lebih baik dari berkata kata  .cewah ...

bila sudah berkahwin maq pun berpindah ke rumah sendiri di Taman Bukit Perdana Batu Pahat ni , berjiran dengan berbagai jenis b…

gaya lelaki di shopping kompleks

Assalammualaikum

 bila disebut berjalan keluar rumah . perkara paling utama yang bermain di minda ialah PAKAIAN ! betul ke bohong ? siapa cakap bohong tu tandanya dia keluar tak pakai apa apa haaa .

dan orang perempuan lah yang paling kerap  menjadi mangsa keadaan . betul ke bohong lagi ni? Ofcos la betulkan huhhu...

Betul ke katanya  orang lelaki sering saja mengabaikan penampilan mereka ketika di luar rumah .betul ke bohong ni?


kenapa maq cakap macam tu ? ahhaaa ....ni jawapannya...

seringkali aja maq lihat ada orang lelaki yang ke kedai hanya dengan berkain pelikat ?! haha tak takut ke kalau datangnya angin ribut nanti ? atau gangguan serangga terbang ? jangan mengundang gerimis la ye encik encik sekelian . bahaya tuuuu...

Disini Maq nak tegur sikit antara sifat orang lelaki yang sering maq jumpa di shopping kompleks ! Boleh kan?


Seringkali maq nampak orang lelaki ke shopping kompleks hanya berseluar singkat paras lutut . tempat orang yang begitu ramai , dia masih free air je bulu…

anak melayu

Image
Assalammualaikum




demam AF sudah bermula . ramai anak muda menjadi peserta untuk persembahan bakat kali ni . lebih meriah ketika ujibakat ujibakat sebelum ni ramai sungguh remaja yang turun padang untuk diuji bakatnya dan majoriti adalah anak melayu .





takde apa yang menarik yang  nak dikongsikan malam ni cuma sebagai seorang yang sudah sedikitberusia seperti maq ( bukan tua eah ) , ada sedikit rasa  simpati pada nasib anak anak melayu zaman sekarang ini  (termasuk anak anak maq sendiri ). ye .... mereka telah dilayan dengan TERLALU banyak hiburan dunia ..hurmmm....mohon Allah selamatkanlah muslim  Malaysia  !

#maqnie~ hanya mampu berdoa yang baik baik untuk semua ...insya Allah...

Insta maq ?

Assalammualaikum

harini lepas siap semua kerja rumah ,settle acara menyopping ,maq baru berpeluang melayari dialam siber . masuk facebook kemudian masuk blog . namun hati masih berkata , rasa macam ada yang masih kurang lagi diblog ini . belek punya belek ,ooh ... maq tak letak lagi link instagram maqnie kan ... a'ah la . buat apa sorok sorok pulak , bukan ada post gambar hot pun ..

insta maq hanya berkongsi kan apa yang maq ada , apa yang maq suka , apa yang maq bangga , eh ! riak pulak ni namanya hehe

dengan follower yang belom cukup qouta tu , kalau anda nak follow insta maq sila la lakukannya  kerana tiada dikenakan dengan apa apa bayaran hanya dibalas  dengan ucapan terima kasih je , tak mahal kan ?

apa ada dalam insta maq ?
~gambar anak anak asuhan
~gambar alam semula jadi
~gambar makanan kegemaran
~gambar family
~gambar yang menjadi pilihan maq

tu jek ...

Blogging malam jumaat

Image
Assalammualaikum

bila kawan kawan blogger ramai yang sedang busy  mengejar #cabaran30hari , maq sedikit rasa tekilan sebab maq memang dah tak dapat kejar diaorang semua tu . bukan apa esok dah cabaran ke 5 ! maq pulak bukan hari hari berpeluang menaip entri so maknanya dah 4 cabaran maq terlepas !

maq ada  join #kelabbloggerBenAshaari ? aah maq memang dah join ,dan mereka sudah pun meluluskan nya sedikit masa dahulu ...dan hampir selalu jugak masuk kesitu sebab kelab tu aktif aktif bloggernya . biasanya maq akan masuk ke  link diaorang  ,kemudian cari tajuk yang istemewa sikit lepastu blogwalking la puas puas .

tapi setakat ni rasanya biarlah maq berkenal - kenalan kawan kawan disitu dengan hanya memasuki link blog mereka . stalker blog mereka . follow mana yang belum difollow , senang cakap ambil yang perlu je ,yang tak beberapa perlu tak payah nak sibuk ambil tahu ye kan? pasal cabaran tu ,biar maq perhatikan je dulu bagaimana mereka menafaati segmen anjuran  kelab kali ini !

good …

kesiankan mereka

Assalammualaikum

pagi yang tenang dan hari selasa kembali lagi dalam hidup maq . alhamdulillah .

bila maq duduk sengsorang diawal pagi ni , tetiba teringat pulak kenangan sewaktu di air terjun tempohari . hurmm kesiannya ...aik ? apa yang maq kesian kan ? gini kisahnya ...

air terjun Tangkak tu mempunyai kawasan parking yang sangat jauh dari kawasan mandi mandanya . dari tempat parking  pengunjung terpaksa berjalan kaki untuk kekawasan air terjun .ambil masa dalam 15 minit bagi perempuan macam maq yang berjalan lah kan . kalau  berlari tu mungkin taklah makan masa selama tu agaknya .

dah tiba di kaki gunung , pengunjung kena turuni anak tangga kekawasan air mengalir pula . itu merupakan kawasan paling lapang  di kawasan air terjun tu . pada 31 ogos tempohari , kawasan lapang tu  padat dengan pengunjung  ketika pukul 10am . nasib maq sampai awal . so takde masalah mencari tempat santai .

So apa yang maq kesiankan  tadi?

ya... ada pengunjung yg bercuti membawa ibu tua ,anak kecil datan…