10.9.14

kaki ayam

Assalammualaikum

maq kan dah  janji nak cerita  kenapa maq makan kaki ayam kan ? dalam bahasa jawa kaki ayam dipanggil ceker / cakar ! maq orang kampung  dari kecil memang dah duduk kampung . eh  bukan dari kecil tapi sah sah dari lahir jugak lah rasanya .

sewaktu zaman kanak kanak ,ibu maq tak izinkan maq makan kaki ayam sebab kata nya nanti tak reti nak duduk diam . lain lain bahagian dalaman ayam pun ibu maqnie tak bagi anak anak  dia makan ! katanya  tak elok untuk budak budak , macam macam pantang larang dia dah bagi kat maq ketika tu .. hahaha makanya maq pun percayakan jelah .

dan kaki tu siapa yang makannya ? mestilah ibu maqnie . masa tu maq ada jugak terfikir kenapa dia boleh  ,kenapa maq tak boleh pulak ? apakah alasan 'budak kecik' tu memang sempurna  tapi disebabkan tak nak jadi anak durhake ,diam lebih baik dari berkata kata  .cewah ...

bila sudah berkahwin maq pun berpindah ke rumah sendiri di Taman Bukit Perdana Batu Pahat ni , berjiran dengan berbagai jenis bangsa  . pernah satu hari tu maq bersembang dengan sorang lelaki berbangsa cina yang layak maq panggil dia uncle .....kot ... eh entahlah... ke...maq yang tak nak mengaku maq pun sama sudah tua ? ehhh ketika tu maq baru umur 28 tahun gitu tau . sedang dia memang dah tua lah  ( dah retak seribu ) hehe opp gurau laa .

ketika tu dia sedang mencabut pokok bunga hiasan yg biase orang buat hiasan dalam jambangan bunga ,pokok tu boleh pulak tumbuh subur masa tu ditepi tepi jalan raya dilorong kerumah maqnie ,macam mana rupa pokoknya ? ala yang kecil kecil tu hah .... macam bunga dalam gambar bawah ni .

bunga kecil yg warna putih tu 

Agak agak kenalkan bunga nya ?
al kisahnya pokok bunga tu  berkhasiat jugak akarnya cik peah oii ! sebab kata uncle tu ...

pokok ini kasi angkat ( cabut ) , itu akar kasi cuci bersih bersih  ...awak masak sama itu kaki ayam serupa itu masak sop  . mesti baik orang sakit kaki kasi makan punya. sakit lutut pun boleh . kalau tak sakit pun bagus makan ley ...dia ada ubat( herba) dalam ini akar pokok .itu kaki ayam ada jelly kasi tambah  itu jelly dalam badan .banyak bagus woo .... 

Anda paham tak maksud uncle tu ? maq mestilah paham sebab maq cakap pun kadang kadang macam uncle tu cakap hehe ( gurau je ) lepas tarikh tu ,maq cubalah beli dan masak kaki ayam sebagai menu lauk dirumah . alhamdulillah anak anak maq tak banyak komen .sebab dah diberitahu benda tu bermanafaat dan sedap pulak tu . hurm ...tapi orang 'bando' mungkin tak makan kaki ayam tu kan ahhaa ... (gurau je )

**dan kesan nya dalam usia maq dah masuk 45 tahun ni ,lutut maq  masih kukuh dan bertenaga untuk membuat kerja kerja amal jariah dalam rumah ni ,turun naik tangga ,masih elok je ,takde masalah hehe alhamdulillah syukur . tapi maq tak  letak akar pokok tu lagi sebab pokok tu macam dah pupus la dikawasan sini ,agaknya dah hari hari kena cabut kot hurmm ~


#maqnie ~terima kasih ceker ~ tapi macam dah lama tak jumpa uncle tu sekarang sebab maq dah duduk dalam rumah 24 jam x7 ) *terimakasih Allah untuk kesihatan yang telah diberi .




4 comments:

Nadirah Mohamad said...

Ohh...kaki ayam memang best...especially sup kaki ayam...

Rebellioncute Mischievous said...

selama nie just makan jep kaki aym tapi tak tahu plak khasiat yang terkandung dalam tue. Apapun moga diberi kesihatan yang baik sepanjang masa kak..
Done follow akak #71
Jom jemput singgah sini plak http://aienlieyrusli.blogspot.com/

annies MAN said...

Nadirah ... yup , maq pun suka sop kaki ayam :)

annies MAN said...

Rebellioncute ~ yup macam simple je makanan tu kan tapikhasiatnya yg besar :) ok ,akan menyusul kejap lgi