kesan plan pertama

Assalammualaikum

harini 28-9-2014 ! masuk hari ke 10  maq dah tak minum air manis ! ada kesan ke ? setakat ini maq cuma boleh cakap ....emm boleh la hehe

*senang berpeluh kalau dulu susahnya metabolisma nak berlaku

*aktif ! senang pulak tidur malam ,tak payah nak berangan bagai

*badan sedap je ,takde lenguh lenguh

*stock susu pekat manis dan stock gula kat rumah masih banyak! haha

*tenguk makanan bergula dah mula loye kat tekak ni

kesan paling  comel ....

* pergi ngeteh tak sampai rm3.00 pun pada makan 2 orang untuk makan roti canai !

Dan apa yg lawaknya ,ketika pembantu kedai makan tu tanya
( budak lelaki dalam 18-19 tahun umur dia )  ''ye... nak minum apa ? makan apa? ''

suami maq order nescafe dan roti kosong dan bila part maq sambil senyum maq jawap ,air kosong dan roti  kosong  ! dan sambil menganggukkan kepala tanda paham , budak tu senyum tengok maq ! kemudian   sambil berjalan kedapur kedai dia menyanyi  ~  ''kosong ...kosong ....kooosonggg. . .''  hahaha kuajaxx !

tak pelah dah nama pun budak ! hehe apa yg maq target sekarang plan pertama akan terus berjalan lancar dan maq pun hidup sihat dengan izinNYA ....insyaallah ,amiiin~

Comments