24.9.14

plan pertama bermula

Assalammualaikum

maq cuti panjang dari membebel kan ? bukan apa selepas suami komplen pasal entri maq yang lepas iaitu kejutan  . maq terus berhati hati dengan aktiviti harian maq . kata suami  :

mana nya tak berat ,awak asik sangat ' mengendap blog orang tu ' . duduk je bila takde kerja . kan bagus buat senamanrobik ke , turun tangga naik tangga ke , ni tak bila takda anak anak asuhan awak asik mengendap tak sudah ! 


haha dia cakap maq kaki ngendap ?? mana ada kan . paling kuat pun sehari adalah 1-2 jam tu pun belah pagi or lewat petang bila anak anak asuhan semua nya lena tidur . tapi disebabkan tak nak kecikkan hati insan tersayang ...maka maq pun mengalah la . aktiviti mengendap hanyalah dalam 2-3 hari sekali . tak dapat lah nak membebel hari hari lagi . sabo maq sabo ... hurm..


tentang berat badan yang naik mendadak tu ,maq baru usaha kan dengan tidak langsung ambil minuman bergula sekarang ni dan ianya telah berlangsung  selama 5 hari dan nampaknya maq dah  mula tidak meminati   air manis lagi . cuma jeling jeling manja je , hehe insya allah . moga plan pertama  maq berjalan lancar .amiiin



kalau plan pertama di berhasil ,maq akan follow up plan  ke dua iaitu hentikan pengambilan karbohidrat . termasuklah semua jenis makanan karbohidrat seperti nasi , semua sembur makanan yg berasaskan  tepung kecuali oat ! dan maq akan gantikan makanan utama maq kepada TELOR ! agak agak bisa enggak ? hehhe



plan kedua ni agak susah sikit kan tapi  maq akan berusaha kearahnya walaupun maq tak yakin maq akan berjaya ! tak cuba mana tahu tak ? yang maq target sekarang  ni , bila sudah memasuki ambang  usia 40an ni ,maq sihat dan dapat melakukan amal ibadah dengan sempurna dan dapat melaksanakan  semua tanggung jawab yg diamanahkan dengan tekun dan sempurna . kalau maq sakit ,sapa nak jaga ???

3 liter sehari ?

formula : untuk 25kg berat badan ~kena minum 1 liter air masak untuk sehari 

 so kalau berat maq sekarang 87 kg ? kembung lah perut ni  nampaknya . tapi takpe lah sebab nanti semua  toksid akan larut dalam air  . insya allah ...itulah target maq sebenarnya iaitu   pembuangan toksid!

air  masak ialah hasil ciptaan Allah ! ianya murah ! mudah didapati ! ianya selamat ! dan kita boleh gunakannya tanpa was was ! kalau ianya boleh membantu kita kearah hidup yg sihat kenapa kita tak nak bantu diri kita jadi sihat ?
#fitmalaysia  #maqniesihat #senyumselalu 

mengendap bermakna :  intip ,stalker, skodeng atau apa  saja yg sewaktu dengannya :D

No comments: