Segmen Ben Ashaari : impianku seorang blogger





Assalammualaikum

nampakkan header atas tu ? kalau dah letak tu bermakna maq nak try la join segmen Ben Ashaari kali ni . sebab ianya tak kena ambil masa 30 hari pun kan , so peluang yang ada ni  tak boleh diambil sambil lewa , maq kena join jugak !

cerita pasal peribadi diri maq :
berkahwin dah, kalau tak takkan kena panggil maq . umur 45 tahun pada 7haribulan tujuh lepas . duduk Batu Pahat , anak 3 ,suami  1 ! bentuk fizikal  adalah  iras-iras Luna Maya  kalau kurus ,tu sebab lah agaknya badan tak pernah kurus hurm...sedih

blog maq ini ada lah  : 
blog (bila maqnie membebel ) berkongsi kan  pengalaman maq menjadi ibu ,isteri dan pengasuh,ada jugak kongis tips ,  isu kemasyarakatan ,dan ada jugak diselitkan sikit jiwang jiwang bila jiwa ini sedang bergelora ..nampak mengade ngade gitu .

kalau masuk blog maq  :
anda akan dapat rasakan yang anda berada didepan ibu/kawan baik anda yang suka  membebel tentang perbagai isu ,termasuk kisah peribadi , hal dunia luar ,dan semua lah yang tak kena dimata ni  .cuma kali ni anda mungkin tak dengar bebelan tu tapi hanya menatap sahaja  . seronokkan telinga tak bingit pun kena bebel kat sini .

impian dan harapan :
sebagai seorang blogger yang memang minat sangat dengan dunia blog ini , apa yang maq harapkan  semua luahan maq tentang perasaan maq selama maq hidup ,menjadi tatapan anak anak maq bila maq dah takde nanti . atau mungkin kegenerasi maq seterusnya ( cucu dan cicit ) sebab semua ni akan kekal diblog ni  . maq pun bukan ada harta yang mampu dikongsikan oleh mereka bila maq takde  ... lagi pun maq bukan nak gelemer sebab maq sedar lah kan maq dah tua hahaha ( aku sedar diri la wei )   tapi maq nak mereka ( anak anak ,cucu ,cicit  ) tahu walaupun didunia nyata maq hanya diam atau menyepi dan hanya mampu tersenyum nampak macam tak caring gitu sebagaimana yang dia orang kenali sekarang ni .  tapi sebenarnya ada banyak yang maq perlu hargakan ,kenangkan , banggakan ,dan perhati kan . PALING PENTING : maq nak anak anak maq tahu yang kasih sayang maq ini  takkan pernah  hilang walaupun hanya tinggal lakaran  kata kata diblog ini . adeh  ...hurmmm sebak pulak tapi ingat mati  tu kan wajib ?



eh ! panjang sangat  harapannya tu hurmm maklomlahkan dah kata * BILA MAQNIE MEMBEBEL * so inilah makannya  ... hehehe

#Maqnie~ salam ukhwah sesama blogger yg baru mengenali MaqNie NurSeri 
terima kasih sudi kemari ...





Comments

Cik Fafa said…
salam perkenalan akak! =)
annies MAN said…
hai Fafa ... wsalam ,terima kasih berkunjung :)