29.10.14

bola

Assalammualaikum

1 November nanti pasukan bola Johor Darul Takzim akan beraksi di Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan akhir menentang pasukan negeri Pahang Darul Makmur untuk merebut piala Malaysia 2014 . Alhamdulillah sekali lagi kedua dua pasukan ini berjaya keperingkat akhir ! kalau dah jodoh tak kemana ye tak ?eh ! maq minat bola sepak Malaysia  ?

jujur cakap ,dulu memang tak minat  ,masa belum adanya team Harimau Malaya tu . lepas muncul Harimau Malaya ,selang beberapa tahun muncul pulak team club JDT , ok ,seriously barulah maq minat  bola .


kalau dulu sebelum adanya Harimau Malaya ,maq tenguk bola pun boleh terlelap tau haha , tapi sekarang tidak lagi . malahan tak reti duduk dibuatnya  .kejap baring ,kejap duduk bersila ,kejap tiarap ,aduhhai kejam betul kan orang tua ni menuntun bola  ? tu anda belum dengar dia membebel depan tv lagi tu ! kalau anda join maq tenguk bola di depan tv ,mungkin saja suasana nya macam kat Stadium Bukit Jalil tu hah ! haha


sejak dari zaman anak dara maq memang minat bola sepak  . tapi kalau yang main tu team company tempat maq kerja je lah kan , untuk bola sepak tanahair masa tu maq tak nampak langsung ! mungkin mata maq tertutup dengan hijab mata ke 4 untuk bola sepak tu kot ..hehe entah le nakk ...


apa komen maq tentang bola sepak Malaysia sekarang ?

hurm ..perkembang yang menarik ! peminat yang dulu tidur bila tiba musim bola sepak sekarang sudah terbangun ! yang dulu macam tak nampak apa itu bola sepak ? sekarang sudah tahu macam macam tentang bola ! ye..sangat hebat bola sepak Malaysia sekarang . lihat je penuntun di stadium tempat mereka berlawan ,tak pernah krikk krikk ,malahan berasap asap lagi ! haha hebat sungguh kan ?


namun bila dah terlalu taksub ,kadang kadang manusia lupa ! Dimana  yang dipuja puja  itu hanya lah sebiji bola . makanya tak salah kalau satu Malaysia ini sanggup bergaduh ,bertumpah darah ,berhabis habisan wang ringgit , putus sedara ,putus cinta , hilang pekerjaan ,hanya disebab kan sebiji bola tu sahaja .


dan kesannya ...mana yang terlalu cetek akal , mereka tak melihat pada pandangan positif  semangat kesukanan ini .malah kadang kadang tu sehingga menjatuhkan maruah diri sendiri ,bangsa sendiri ,agama sendiri ,dan terutamanya negara sendiri !

piala Malaysia je kot , bukan nya liga dunia !


ha ah yelah tu ...sebagai peminat bola sepak tanah air yang asalnya bukan lalang ( ceh reti pulak maq cakap lalang ni haha )  harapan maq , jangan disebabkan keghairahan anda nak menang ,anda menjadi peminat yang tidak langsung bernilai dimata masyarakat  ! sebabnya zaman sekarang ni kalau anda sebut je perkataan yg menghina orang lain , tak sampai 3 detik ,status anda sudah di keji ,di maki ,di pertikaikan dimedia sosial ! hati hati la ye bila berbicara di laman laman itu . lagi satu maq nak ingatkan kata kata itulah doa ,harap sangat kita di beri doa yang baik baik ,bukan sebaliknya ye...


ketahuilah  keyboard warrior lebih  tajam  dari mata pisau potong daging anda  !! panjang dah bebel ni ,lastly  dari maq  , doakan kejayaan buat  team  JDT !  and  PAHANG anda boleh  ! boleh jadi naib juara ...eh  ( ini pun doa gak ke ? ) hehe


P/S ...maq sokong team ikan patin Pahang je k hehehe

24.10.14

motivasi diri

Assalammualaikum

ingat tak tempuhari maq ada share kisah tempat ambil mood di Batu Pahat ? ala post yang bertajuk : cari mood di Pantai Minyak Beku  ingat tak ? kalau tak ingat cubalah masuk link maq bagi tu . dan  maq ada  janji akan kongsikan apakah maq jumpa mood maq disitu? kan ? haaa  mari maq cerita jap ye ..

bila maq perhatikan gelagat pemancing pemancing di tepian pantai tersebut . dari situ maq dah dapat memotivasikan diri maq ! bagaimana ?  cuba tenguk gambar ni ...

dengan struktur batu batan yg agak merbahaya . mereka tetap berdiri disitu dengan sabar dan tenang . menanti umpan dimakan ikan. berpanasan, berpeluh peluh ,basah air masinakibat dipukul ombak nakal , letih berdiri mereka duduk ,letih duduk mereka beralih tempat duduk ,namun untuk meninggalkan joran tidak sesekali ! kesabaran itu sangat maq kagum! walaupun usaha mereka belum pun menjanjikan dapatnya ikan ,mereka tetap sabar disitu .

ye ..sebagai pengajarannya kepada maq sendiri . jika kita ada rasa tanggungjawab pada apa tujuan dan cita cita kita . dan kita diduga dengan berbagai dugaan ,JANGAN pernah berputus asa ! yakin kan diri ! jika Allah izinkan maka akan  tercapailah semua yg kita idamkan itu . dan itulah namanya rezeki. dan setelah puas berusaha dan hasilnya gagal ,maka jangan lah mengeluh kerana kita telah pun berusaha bersungguh sungguh kan ? dan kita jugak kena yakin ini bukan rezeki kita ,itu hak Allah untuk memberi , dan kita kena redha sepenuh hati .

dan petang itu ,maq pulang dengan satu tekad yg satu ! bahawa semua yang maq usahakan selama ini ,takkan pernah berhenti dan takkan ada istilah putus asa lagi dah lepas ni ! insyaAllah..


terima kasih untuk suami maq yang telah berjaya membawa mood maq pulang kepangkuan maq semula ..hehee lebiu ah~

bila mood sudah pulang, muka ada senyum
hehehe Alhamdulillah
selfie bersama gengselfie #etyizzaty

hadiah maal hijrah

Assalammualaikum

Bila melihat naskah al~ Quran maq dah mulai kusam, mungkin disebabkan ianya sudah berusia lebih 15 tahun digunakan . maq berniat untuk menggantikannya dengan naskah yang baru bila dapat gaji bulan depan ni . namun apa yg mengejutkan , petang tadi ustazah maq ada memberitahu di group whatsapp  'Izan's al~Quran Student' iaitu ada al~ Quran akan diberi kepada sesiapa yg mengikuti rombongan ke Pusat Pelupusan Al ~Quran tempuh hari .
gambar ihsan dari group whatsapp


yang sebenarnya maq memang tidak dapat menyertai kumpulan al~Raudah pergi melawat ke pusat pelupusan tersebut ,namun tempat maq telah digantikan dengan dua orang anak perempuan maq.

Ety &Farahin


Alhamdulillah dan malam ini maq telah pun dapat membaca surah al~Quran dengan naskah  yang baru ! Alhamdulillah ya Allah ... Kaulah Maha mendengar kepada keluh resah ku selama ini . syukur syukur syukur ya Allah ..syukur Alahamdulillah ...**maq sungguh terharu saat ni ...

Alhamdulillah ...

terima kasih Allah untuk rezeki ini
terima kasih Ustazah untuk pemberian ini
terima kasih Al~Raudhah kerana program ini
InsyaAllah hadiah ini akan maq manafaati dengan sebaik baik mungkin .. Alhamdulillah

dua orang ustazah maq yg mengikuti program tempuhari
ustazah Izan &ustazah Hawa

moga Allah berkati segala usaha kalian ..amiin

sedar diri

Assalammualaikum

salam jumaat buat semua ...tahun 1435 hijrah kian meninggalkan kita . munculnya Muharam di ambang 1436 kini ! apakah azam di tahun baru hijrah ini ? lahai tak payah la buat azam lagi ,ada baiknya  kita kekal kan azam lama tu cumanya pertingkatkan lagi usaha memantapkan lagi azam azam pada tahun yang lepas lepas . sebab masih banyak azam yang tidak terlaksana lagi tu , maklomlah kan azam nya banyak bebeno... hehe

tapi maq tak ada azam cuma  sejak kebelakangan ini maq dah mula sedar yang dunia makin tua .makanya jalan untuk menghitung detik tua tu sangat menduga maq . sedangkan selama ini maq asik perasan diri  asik muda je haishh ( sejujurnya  maq sentiasa perasan akan perasaan  ini ) hurmm  **maaf jika aku tidak sempurna 

bila aku sedar diri ini tidak sempurna ,aku lebih mudah menangisi pada saat bersendirian disisiNYA .menginsafi pada kejadian yg sudah sudah . dimana selama ini aku lebih banyak menghabiskan waktu dengan sia sia. memerhati kesilapan orang .mempersoalkan kehebatan orang . merendahkan keupayaan orang sedang aku sendiri pun tidak sesempurna dirinya disisi Allah barangkali . aku tahu bezanya manusia dengan manusia yg lain ialah pada tiap amalannya disisi tuhan . kalau yang lain lain tu sama je . Allahhu...


ye.. sebelum ini aku sering mengeluarkan kata kata yg pada aku ianya hanya gurauan namun pada orang lain ianya bagai pisau yang menikam kalbu . kini jika diberi peluang ,izinkan aku memohon kemaafan diatas setiap keterlanjuran kata kata aku yang lepas lepas tu .**dan maaf aku masih lagi insan yang tidak sempurna

adeh..kenapa maq guna bahasa sejiwang gini ? mungkin saja maq dah mula sedar diri ?
waallahhualam ...


                                                             Salam Maal Hijrah 1436 ...

22.10.14

tidurlah puteri beta

Assalammualaikum

Jam menunjukkan pukul 11 am sekarang waktu emak emak yang duduk dirumah masuk ofis ( ofis didapurlah ,mana lagi hehe ) tapi kalau mood rajin dah datang awal , pukul 11 am tu kadangnya dah siap pun memasak . tapi tak selalu la kan ...


Waktu  macamni biasanya anak kecil sudah siap mandi . dah siap sarapan dan dah siap menyusu dan kejap lagi siap siaplah untuk tidurlah tu kan ? Makanya sebab tu lah emak dia kena cepat cepat masak sebelum sikecil bangun dari tidurnya itu .

Kat rumah maq waktu begini cik putih akan menuntun tv sambil menyusu botol . dan untuk layan mood mengantuk tu cepat datang , bersama dengan ada satu permainannya yg dipanggil ' bebear '  . dia akan beradu dengan lenanya bila si bebear tu puas sudah disapu dikesetiap sudut wajahnya kecuali kalau suasana bising makanya dia akan abaikan waktu beradunya dulu .( jangan haraplah dia nak tidur lena )  inilah ragam kanak kanak berusia hampir ke dua tahun macam cik putih. dia lebih banyak main dari tidur .

Bagaimana cara cik putih nak tidur ?

Mula mula dia akan pastikan bantal kegemarannya berada dikepalanya .kemudian dia akan order 'chuchu'  dan dengan tenang dia akan meletakkan 'bebear' berada di sebelah kanan telinganya , macam ni ..






maaf gambar kabur sedikit ,maklumlahkan mode  tidur lah katakan ... sebenarnya cik putih ni tidurnya  di buaian tapi sejak kebelakangan ni dia asik nak tidur depan tv macam kawan kawannya yg lain . orang dah besar agaknya ,tak musim lah nak tidur dalam buaian . hehehe

20.10.14

jemput jemput apam pisang


assalammualaikum

bila cuti sekolah ni  ,anak anak akan bising mulutnya bila waktu petang . maq...lapar lah ..maq... nak masak apa petang ni ek .. maq .. ada makanan tak nak dicicah dengan air teh tarik ni ...ahha tulah suara suara manja memanggil maq  ...

selain roti bakar , roti bersapu kaya or butter , biskut jugak menjadi jajan mereka sewaktu ' tea time '  ... **ceh tea time oii hehe

ada pisang yg dibawa dari kampung tempuhari telah menjadi tumpuan maq ! asalnya mahu dibuat jemput jemput pisang ! lama sungguh tidak menjemput pisang ni rasanya hehe .

bila maq sudah adun, rupanya jemput jemput tu naik dua kali ganda ( apa taknya  maq dah letak bahan penaik  haha mestilah dia naik tinggi ) oleh kerana tidak mahu adunan itu menjaid lebih tinggi sedangkan plan untuk mengoreng jemput jemput adalah waktu petang . maka maq pun ubah resepi nya . dari jemput jemput pisang kepada apam pisang ! hahaha acentu ?

maq tuangkannya separuh dari adunan jemput jemput tu kedalam loyang kemudian maq pun kukus . untuk nampak menarik diatasnya maq taburkan serbuk coklat a.k.a Milo  ! hehehe nampaklah seperti apam pisang bercokelat leleh gitu ( memandai jek bagi resepi ) tapi ...memang sedap ....aduh diet makin hancur sekarang ni laa

Apam pisang je kot
tapi bila sudah ditabur serbuk cokelat  ia nya nampak macam sedap sesangat ...
coklat meleleh youuu ...


mana jemput jemput pisangnya maq ? ada dalam peti ais tu lagi . masih dalam bentuk adunan , belum sempat digoreng ,hahaha asik nak makan apam leleh je ni ,mana nak gorengnya jemput jemput tu . tapi tak pe lah kan , cuti kan lama lagi ,petang ni atau petang esok masih boleh lagi digoreng . haish ...anak anak ku ..sabo je laaaa .

cari mood di pantai Minyak Beku


Assalammualaikum

salam isnin .semalam lepas asar maq di ajak oleh suami untuk jalan jalan cari mood  . mungkin dia kesian tengok maq asik dalam mood yang takda mood je kot sejak kebelakangan ini ... hurm biasalah orang perempuan kan moodnya  datang dan pergi ,ye tak perempuan perempuanku? apa nak risaunya ekk  .lagi lagi hujung bulan macamni , sensitif sangat sangat . al maklum belum monopos hormon estrogen aktif lagi ni  hahaha kuajar !

Bila sampai kedistinasi yang dituju , rupanya suami  ajak maq tenguk orang memancing di pantai Minyak Beku . nampaknya pantai tu semakin indah sekarang . kerana banyak pembangunan sedang berjalan .

 tiba tiba maq terfikir : "alangkan menariknya kalau ada chalet disitu. dapatlah lagi pendapatan penduduk sekeliling mencari rezeki , rasanya keindahan pemandangan dan lokasi yg sunyi dan sepi sangat sesuai untuk dijadikan tempat memenangkan fikiran sambil menikmati keindahan ciptaan Allah.. "


Kawasan yang diatas  baru dibuka kepada pengunjung .kawasannya lapang dan masih dalam pembinaan . jalan nya masih  tidak rata . kalau naik kereta masih boleh sampai ke tepi pantai namun anda akan  rasa bagai bergelombang sikit hehe seronok pun ada !



Bila hampir dengan pantai ,mata tertumpu pada kaki pancing ikan dan kaki pancing aweks ahhaaa . ramai kaki pancing disini . ada ikan ke ? maq pun tak pasti . tapi kalau takda ikan takkan kaki pancing datangkan?


indahnya ciptaan Allah ... Sambil mendengar deruan ombak yang lemah gemalai  memukul batu . kita dapat melayan orang sebelah bersembang sambil meluahkan apa yg terpendam dalam jiwanya. Ye,ketenangan inilah yg menjadi penawar pada orang yg sentiasa diburu bebanan tugasan yg semakin serabutkan minda . dengan angin yg bertiup malas . ohh sangat menarik ! sungguh  tenang ! ianya damai sekali ! datanglah bersama keluarga . nikmati keindahan pantai Minyak Beku dan hayati keindahan anugerah Illahi ...


maq jumpa mood maq disini ? nanti maq share pada post yg lain ye.Sekarang ni maq sedang menikmati keindahannya lagi ni emmm .. nyamannyaaaaa  :)

19.10.14

patin oh patin


Assalammualikum

orang  cakap :

orang Johor  makannya  : tempeh/asam pedas
orang Kelantan makannya : budu/nasik kerabu/keropok lekor
orang Pahang makannya : tempoyak / patin masak tempoyak  ,
orang Melaka makannya : cencaluk/ asam pedas melaka
orang Negeri Sembilan makannya : masak lomak cili padi

ala tu dulu dulu boleh la cakap , tapi zaman sekarang bila '' satu malaysia '' menjadi tunggak utama di negara malaysia . orang Johor dah tahu makan budu , cencaluk ,ikan patin ! orang Pahang pulak dah tahu makan tempeh ,maka nasi ambang ! sambal goreng hahaha


kalau Johor dengan Melaka tu dah kira adik beradik dah. selera kami memang serupa je . termasuk juga Negeri Sembilan , kami masih lagi berselerakan '' pedas pedas '' gitu hehe .

tapi kalau orang Kedah ,Pahang ,Kelantan mereka agak ganjil kalau dah pandai makan ''tempeh'' kan ?

ada orang cakap :
tu dulu la maq...sekarang tak lagi . kami dah makan semua tu ...alhamdulillah kan..sebenarnya apa yg dipanggil makanan itu ,ianya '' wajib '' dimakan hehe ,cumanya kalau makan tu makan lah dengan berhemah supaya ianya kekal  menjadi makanan bukan jadi penyakit hurmm ( nasihat buat diri sendiri )

sejujurnya maq dah kemaruk makan ikan patin ni !! haaa seriously tak tipu . dan baru baru ni ada seorang pemancing ikan patin dah pun jadi follower maq di instagram !  terimakasih ye , maq dah geram je tengok  hasil tangkapan beliau tu hah! hehe

sini tenguk gambar dia :





haa ...agak agak masak apa sedap untuk ikan sebesar ni kan ?? yang atas tu berat dia 20kg tau ! dan yg bawah tu tak tahu pulak. kalau anda berminat nak tenguk ikan patin besar , pergilah ke instagram  pemancing ikan patin ni di instagramnya : saiful_amin


sedekah

Assalammualaikum

Anda suka  bajet ? mestilah maq pun bajet bajet sekarang ni .... firstly dalam hidup ni kita kena bajet pasal makan dulu   . sebab keperluan ini  selalunya kita sengaja tutup mata dan seterusnya jadi pemboros . kerana  nafsu makan sangat power ! betul tak ? padahal kita tahu makanan yg kita ambil tu kadang kala adalah berbahaya buat kita .kita tetap nak telankannya .

contohnya :
kekerapan makan makanan segera bagi seorang pengidap darah tinggi .

kekerapan makan makanan manis bagi pengidap kencing manis .

kekerapan makan makanan laut bagi pesakit gaot ,pesakit kulit.


dan ada banyak lagi penyakit dan pesakit di Malaysia ni yg maq tahu tapi sengaja tak mahu tulis . sebab maq yakin anda semua tahu akannya . kenapa kan? dah tahu tak boleh makan kita masih ambil makanan tu ?

ada yang cakap : ala,selagi boleh makan ,makan je lah ,nanti dah mati tak makan lagi dah semua tu .


ada yg cakap : tak makan pun sakit ,makan pun sakit ,lebih baik makan !

ada yg cakap : duit ada ,makan je lah kan ,sakit nanti pergilah klinik ambil ubat !

dan ketika tu maq cuma tahu senyum je kalau maq dengar kata kata macam ni . ye... ada ubatnya ,tapi sampai bila kita nak habiskan wang hanya untuk ubat ? sedangkan kita tahu punca nya ialah dari apa yg kita makan ? kenapa nak sangat ikut nafsu yg merantai jiwa tu ?


memang betul sakit kan penghapus dosa . tapi kalau kita sakit  , siapa nak jaga ? bagi yg ada anak anak kecil ,bagaimana nak urus mereka ?  bagaimana dengan kerja seharian? amal ibadah kepada Allah ? adakah ubat tu mampu menyihatkan tubuh kita seperti mana yg kita nak ? telan sebijik terus baik!? tak mungkin kan.

kos perubatan sekarang sangat mahal . kalau kita serasi dengan perubatan dari hospital kerajaan mungkin aja murah sebab ianya percuma ,bagaimana jika penyakit tu nak kita makan ubat dari klinik berbayar ? berapa banyak kita nak bayar untuk tiap kali sakit ? tidakkah membazir disitu?

ada yg cakap : ala orang yg sihat tu , takda pergi klinik tiap bulan tu ,aku tengok tak pakai kereta mewah pun ,duit dia pun habis jugak walaupun dia tak sakit selalu macam aku . hurmm kita tahu ke dia takda duit ? mungkin dia sedang padatkan tabung hajinya dahulu  ? siapa tahu kan ? mungkin dia sudah bersedekah  kerumah anak yatim dan fakir miskin , kita tak tahu jugakkan ?

apa yg maq tahu antara ubat ubat yg terdapat di dunia ini , selain ubat dari hospital kerajaan dan klinik klinik swasta ianya ialah BERSEDEKAH ...

Jika kita dah cuma banyak jenis ubat ,dah pergi banyak klinik dan hospital ,dan dah cuba berbagai cara perubatan tapi masih lagi sakit...maq sarankan cubalah rezki tu kita hulurkan sedikit kepada orang tua yg ada dikampung , pak sedara ,mak sedara yg  tinggal kat kampung tu . anak anak yatim , fakir miskin dan sesiapa saja yg anda rasa layak . pergilah ! hulurkan lah !biar sedikit ( hanya 10kg beras ) mungkin ada doa mereka dapat menyembuhkan sakit kita dan 10kg beras itu dapat meringankan beban mereka sekeluarga untuk seminggu dua . tak susahkan ?

pasal pemakanan kita hati hatilah kerana tiap yg enak itu ada risikonya ...:)


risau

Assalammualaikum

selamat berhujung minggu semua  . amboi anak anak dah mula bercuti sempena perayaan Deepavali kan ? meriah lah rumah minggu ni nampaknya ,dan semua ni buat maq dan semua emak emak diluar sana sedikit terhibur ( yelah tu ) hehe

bila anak anak didepan mata ,ada sikit kelegaan di jiwa (serius cakap ni ) . Kalau anak keluar ke sekolah atau ketempat kerja ,perasaan ada sikit bergelora sementara menanti kepulangan mereka.

kenapa?
Inilah perasaan seorang 'emak' . Lagi lagi jika anak itu perempuan kesemuanya  . Risau tu bagai gunung Fujiama tingginya ! haishh ... orang tua lah katakan macam macam yang dirasanya  :/

Baru baru ni kita dah lihat bagaimana cuaca Malaysia dan terutama cuaca dunia telah berubah ubah. kejadian puting beliung ,tsunami , gempa bumi dan kekerapan gerhana telah sedikit sebanyak menunjukkan yg dunia kita telah semakin tua . sebab tu setiap orang kena akur bahawa perjalanan hidup ini sudah tak jauh lagi sebenarnya .

sekarang ni apa yg maq fikirkan apakah kiamat akan datang ketika maq masih lagi bernyawa ? kalau anda nak tahu kebimbangan itu telah membuat maq sentiasa ternanti-nanti suara azan dicorong speaker  surau atau masjid pada setiap masuk waktu . paling dasyat jika tiada kedengaran azan , maq mula gelisah ! harini kah ? kejap lagi kah ?  bagaimana anak anak aku nanti ? suami aku ? diri aku  ? ibu bapa aku  ? masa tu dada maq dah mula lah keras menahan sebak hurm .....astagfirullahalazim ...ini saja ucapan maq sekarang  .


ya ALLAH  .. jika itu kehendakMU ...aku rela pada tiap ketentuanMU ...aku hambaMU yg lemah . hanya kepadaMU aku berserah . dan jika aku mati , KAU matikan lah aku dalam keadaan beriman . aamiin ya robbala alaminn  ...


17.10.14

kisahnya anak

Assalammualaikum

Salam jumaat buat semua  .Sebagai seorang perempuan yg bergelar isteri ,selain diamanahkan mengandungkan dan melahirkan anak , kita ada satu lagi tanggungjawab kepada anak kita iaitu mendidiknya.

anak yg diajar dengan kemewahan akan membesar dengan cara hidup yg mewah

anak yg diajar dengan kesederhanaan akan membesar dengan gaya hidup yg sederhana

anak yg dah biasa hidup susah dia akan membesar dengan jiwa yg kuat dan sabar !

Sebagai seorang anak yg dilahirkan di kawasan kampung pada 1969 dahulu ,maq tak pernah ketinggalan untuk belajar jalan hidup yang pelbagai ragam . pada maq tiap yg kita tempuhi dulu dulu itulah pengalaman yg berguna untuk masa depan  .Tapi bagaimana dengan karenah anak  zaman sekarang ?

Harini Aida ... anak maq yg baru lepas habis exam UPSR , baru sehari cuti  dah cakap bosan dah duduk rumah . dia ajak kakak nya yg nombor dua tu jalan-jalan shopping mall untuk 'servey' hanset katanya .Padahal dia dah ada pun hanset ,tablet dan sekarang nak cari smartphone pulak katanya ! dan si akak pun melayankan je karenah adik nya tu...

hurmmm ...nak salahkan  siapa ekk ? perempuan yg menaip ini kah ? rasanya berpuluh kali sudah maq nasihatkan dia supaya guna je mana yg ada dulu sebab dia pun bukannya ada 'pakwe' lagi waktu ni ,so dia tak perlulah kumpul banyak gadget sekarang hehe  . tapi apa yg dia  jawab... ?

kita kena ikut perubahan zaman mak , kalau dulu orang guna surat untuk bercinta , berhubung , menyalurkan berita tapi sekarang orang sudah guna handphone canggih untuk ke kelas menjahit !  kelas memasak !  fikir yg positif je maq eah ? eah ? heee ... lagipun kan aida ada duit aida sendiri ,nanti kalau tak cukup baru aida mintak kat emak eah ?

maqnie : hurmmmmm ....*mengeluh perlahan sambil merenung wajah dia tanpa sebarang kata yg terucap lagi .


16.10.14

Selamat hari lahir abah

Assalammualaikum

minggu ni agak busy sikit ,entah kenapa rasa macam tu maq pun tak tahu tapi memang tak sempat nak berblogging ,blogwalking and asik bergobblog je keje ni ... hehe

semalam birthday abah .  tahun ni genap umur abah 73 tahun  !

alhamdulillah Allah lanjut kan usia abah . dengan kesihatan yg sangat memuaskan . abah dapat teman mak  berniaga . abah dapat tolong jaga cucu kesayangannya yg dua orang tu . abah dapat menghindarkan diri dari tabiat yg mana orang lelaki di Malaysia banggakan tu ! ye  abah BUKAN PEROKOK ! malahan bukan je abah tapi anak lelaki tunggal abah pun abah tidak galakkan merokok dan akhirnya 2 beranak ini bebas dari rokok ! syabas !

serious maq bangga sangat tentang ni ! bukan apa lah kan . dulu dulu orang cakap ,orang yg merokok ni cuma jaga badan biar tak gemuk ! tapi setakat ni abah tak pernah gemuk pun  . maintain je maq tenguk . malahan abah bebas dari sakit darah tinggi ,jantung abah sihat jugak dan kencing manis pun bukan milik abah  ! syukur ya Allah untuk semua itu !

apa yg maq harapkan Allah lanjutkan lagi usia abah dengan kesihatan yg memuaskan supaya abah makin mudah membuat amal ibadah nya dihari tua nya yg mendatang !

abah lahir 15 -10-1941 ketika itu penjajah Jepun aktif menyerang Malaya ! dan sekarang umur abah 73 tahun dan maq rasa seperti tenaga abah melakukan tugasan harian sama seperti maq kecil dulu . dan tahun ini sama seperti ramadhan yg lepas lepas ,abah sentiasa dapat berpuasa cukup sebulan walaupun waktu itu abah kena melakukan kerja yg berterusan  seharian tu !

apa yg maq bangga lagi tentang abah  ... beliau tidak pernah meninggikan suara kepada sesiapa pun termasuk kami anak-anaknya dan  isterinya ( ibu maqnie ) . apa lagi memukul kami ,langsung tidak pernah !jentik pun tak pernah ! paling istemewa nada suara abah sentiasa cool  dan abah lebih banyak senyum dari bercakap . fikiran abah sentiasa positif dan sensitif . ini diakui oleh suami maq  My Mr Castello ( bukan nama sebenar ) . katanya abah memang cool tapi bukan pendiam  ,abah peramah orangnya cuma dia tidak suka  berkata-kata pada perkara yg tidak berfaedah  .

dulu ketika maq umur 7-8 tahun la gitu , kalau abah mengaji al ~ Quran ,maq selalu menangis sebab suara abah memang sedap hehe  ( maqnie kan hati pink jiwa tisu )

'' 15-10-2014 SELAMAT HARI LAHIR ABAH'' semoga Allah berkati pada tiap amalan dan amal jariah abah sepanjang hayat ini dan diberi perlindungan dengan sebaik baik perlindungan olehNya. aamiinnnn ....


abah  bersama anak perempuan sulungnya

15.10.14

olahkan ikut selera

Assalammualaikum

Bila sebut pasal ikan patin di pasartani yg sudah menjadi menu rutin lauk maq dalam setiap seminggu .macam macam resepi yg maq dah cuba untuk ikan jenis ini . selain masak lemak cili padi berapi , maq jugak masak goreng berlada , masak sambal bersama tomato . masak asam pedas jugak !


Dan tiap kali menu itu maq cuba , sambutan pelanggan memang memberangsangkan ! Eh ! siapa pelanggan maq tu ? Siapa lagi kalau bukan suami dan anak anak hehehe


Namun ada jugak yg cakap ..kan patin sedap dimasak gulai tempoyak???

Maaf ye ..family maq tak makan tempoyak la , maq je yg makan kalau maq masak menu tu nanti . kata diaorang tak sedap nya makan nasik berlauk durian ...hehehe ..kalau dah Johor tu memang Johor la seleranya *asam pedas memanjang*


Nak.tengok asam pedas ikan patin pasartani yg  maq masak tu ? Ni hah kat bawah ni ..


Ada belimbing buluh
Ada bunga kantan
Ada daun kesum
Ada telur ikan
Fuhhh... Mak mertua lalu depan pun tak nampak kalau sedang makan ni !
Tapi lagi elok nikmatilah ia bersama mak mertua kita la ye.
Makan bersama keluarga tu kan lebih syok...



11.10.14

bajet lagi

Assalammualaikum

Bila bajet 2015 dibentangkan semalam , maq tetap cool . sebab kalau nak hot or bising  bising pun tak guna lagi . dah memang itulah keputusan muktamat ! Surat menyurat tidak akan dilayan . tetapi lautan dalam usah diduga .. Hmm

Sebagai rakyat yg dah duduk di Malaysia hampir 45 tahun ni , apa yg maq nak cakap  . kalau kita rasa semua ini  merupakan kesukaran yg membebankan sebenarnya diluar sana ada ramai lagi yg lebih sukar dan lebih terbeban hidupnya .apalah nasib yg akan menjengah kehidupan mereka selepas ini ?

Orang atasan sebenarnya kena peka pada kesulitan orang bawahan ni . mereka perlu ingat bahawa rakyat lah yang mengekalkan mereka ditahap sekarang  . kalau kepercayaan dah makin pudar , maq rasa PRU akan datang sangat mendebarkan !

Rakyat pun kalau tak suka dengan pihak pimpin , janganlah terlalu emo sehingga keluarnya kata kata tak elok untuk para pemimpin tu. Sebab semua perangai kita sekarang ni dituntun oleh remaja remaja ,anak anak kecil yg sekarang ni semakin bijak ! Ye... Mereka bijak meniru , terikut ikut pada apa yg mereka lihat , yang mereka baca .


Andai satu hari nanti mereka jadi rakyat dan masyarakat yg kurang ajar dan tidak beradap , jangan pulak masa tu kita nak salahkan mereka . kerana mereka lah penuntun setia pada semua lakunan kita sekarang  . Maka hati hatilah bila berbicara . bahasa mencerminkan bangsa


Bajet 2015 apa komen maq ? Jawab maq ... Makin banyak bagi , makin banyak potong , makin banyak kaut , makin banyak alasan , makin banyak yg di sebut bantuan , makin banyak yg terbeban .

Ada yang cakap : maq kalau nak semua  betul maq jadilah pemimpin ! Nanti baru tau langit tu tinggi ke rendah .


Pada maq pemimpin yg diangkat itu bukan sesaja dia diangkat .dan dia sanggup dan jika dah sanggup , buktikan ketelusan hasilnya .kejujuran keikhlasannya . bukan cuma tahu pertikaikan gaji yang tak cukup !

Semua ini amanah yg disanggupi dengan rela ! Umpama orang bujang jika tak sanggup beri nafkah untuk keluarga  JANGAN kawin !


Tak payahlah kecil hati dengan bebelan maq . bukan niat nak burukkan sesiapa dlm hal ini . tapi dari sekaranglah kita kena tahu bahawa kesilapan ini bakal mengubah Malaysia dimasa akan datang .


Sanggup ke kalau anak cucu kita menjadi pengemis dinegara sendiri satu hari nanti ??