26.11.14

Keputusan UPSR esok !?


Assalammualaikum

perhatian !!!

Esok 26 haribulan November 2014  keputusan UPSR 2014 akan diumumkan !

sedang  anak maq ( aida ) sedang berhempas pulas menjawab kertas soalan peperiksaan darjah  6 di sekolah agamanya , keputusan UPSR darjah 6 sekolah kebangsaan dia pulak diumumkan esok  ! pastinya dia dupdap malam ini kan ?  dan kesannya awal lagi dia dah tidur sebab terlalu ' nevers' .


bila maq usik dia kata maq : ahha nanti maq nak check secara online lah , aida belum balik periksa nanti ,maq dah tau dah , haa camane ? dia macam tidak selesa katanya : ala ...tak mahu lah maq . emm tunggulah aida balik dulu ,nanti tak surprise pulak !

padahal maq saja nak duga dia ,rupanya dia nak sangat tahu dulu keputusannya kemudian barulah  dia nak ahli keluarga dia pula yg dapat tahu ..hehehe kalau maq tenguk jugak ? dosa tak ekk  ? hehehe yg  sebenarnya maq pun excited sangat ni , entah entah lebih excited dari aida ...ahhaa

apa pun keputusan yg aida dapat ,maq akan terima dengan hati yg terbuka ,sebab itulah usaha aida selama hari peperiksaan berlangsung . dengan dugaan soalan bocor lagi ,peperiksaan ditangguhkan lagi ,akhirnya esok keputusan pun di terima ! alhamdulillah ... mohon Allah perkenankan semua doa aida selama ini , aamiin~


Lesen

Assalammualaikum

LESEN MEMANDU : keperluan atau permintaan perasaan je?

maksud keperluan itu sangat sangat perlu dalam kehidupan seharian manakala maksud permintaan perasaan tu ialah sesaja nak ambil ujian dan kalau lulus ,lesen tu simpan je buat pekasam dalam beg dompet ,cukup tahun update lagi ! lahai ruginyaaa

anak maq yang berdua  ( nombor 1 dan nombor 2 ) sudah memiliki lesen  motorsikal sejak mereka di tingkatan 6 rendah lagi ! sebab pada maq itu satu keperluan untuk mereka ,supaya tidak menjadi kesalahan bila membawa motor ke sekolah setiap hari !

dan tahun ini pulak ,anak maq yg pertama sudah pun lulus lesen memandu kereta pulak ! alhamdulillah ...berkat kesabaran nya maka lesen kereta kini menjadi milik beliau !

maq ! akak nak beli kereta lah ... ( satu hari dia bersuara )  ada lesen tapi takde kereta tak best la maq ,nanti lelama akak lupa step nak drive kereta . amboiyai alasan dia memang kelas !

tapi maq jawab selamber ... kalau akak beli kereta ,nak parking mana ek ? kereta ayah yg satu pun masih takde penyelesaian lagi dikalangan jiran tertangga ,  ni lagi akak nak tambah kereta lagi sebijik ? kerja dulu elok elok ,simpan dulu duitnya , insya allah satu hari nanti akak dapat kereta idaman itu ,ye?

hurm.... dia mengeluh hampa .....





antara kereta idaman beliau  .... insya allah satu hari nanti .

25.11.14

rm 50 Dah tak nampak apa

Assalamualaikum ..




ramai kawan kawan maq mengeluh bila pulang dari berbelanja dengan wang bernilai rm 50.00 barangan memang tak nampak apa !  tu belum lagi mereka duduk KL , JB atau pun USA ! hehe baru duduk BP  .

di Batu Pahat ada  banyak pasaraya telah dibina . kalau zaman maq muda muda dulu  hanya ada  The Store ,Fajar , dan KFC je orang kenal tapi sekarang , BP mall , Eon Big , Summit , Squre One ,One Stop , Super One ,Nirwana , tu belum lagi kedai kedai kecil yg popular dibibir penduduk Batu Pahat ini .

Masih ada lagi kedai otai yg terdapat di jalan arah ke pasar Batu Pahat tu ! ahha itu lagilah sangat lama mereka menempah nama dikalangan penduduk asal Batu Pahat .Sebut saja kedai Ismail Yahya , bajrai , pasar melayu ,pasar pagi , pasar karat  , kedai makan pasar , kedai tepi sungai , memang setiap hari mereka dikunjungi pelanggan ! tak caya ? jom terjah esok !

tapi kalau bawa wang rm 50 ke pasar lama tu ,maq rasa kita masih boleh nampak lagi barangannya yang bisa dibawa pulang  , masih bernilai la senang cakap wang rm 50 tu . tapi jangan sesekali bawa ke pasarraya ! hanya Nirwana yg mampu menyelamat kan situasi anda yg terdesak itu ! selamat berbelanja .

kalau bijak mengeluarkan wang untuk perbelanjaan harian , makanya hingga ke akhir hayat , anda akan merasa semuanya mencukupi dan anda tak perlukan bersunggut yg barang terlalu mahal ! kerana memang semua barang sudah mula naik harga nya ! ahha tula yg ingin maq sampaikan kepada anda ,iaitu ramai perniaga  dah mula menaikkan harga  barangannya ..Allahhu ~

21.11.14

Kisahnya seorang Blogger

Assalammualaikum ..

pagi pagi dah berblogwalking  . harini memang free sesangat sebab anak asuhan cuma sorang je yg datang , manakala anak sendiri sudah pun mula bercuti .anak asuhan yg  lain  tu mereka sudah pun balik ke kampung masing masing sempena cuti sekolah .  lepas siap kerja rumah ,layaknya berblog la bagi tenangkan minda dan mencari ilmu dari luar .

bila mr Ben  bersuara dengan katanya  :


ramai kawan kawan  blogger yang sokong  termasuklah maq .
sebab apa maq sokong ?
sebab pada maq tak semua orang mampu tunjukkan kejujuran mereka selain blogger
 blogger seorang yg jujur !ada orang semua nak berahsia!
semua nak buat privacy ! semua nak cover !
tapi blogger ?
dengan ilmu yang dimiliki ,
 dengan kreativiti tersendiri ,
mereka berjaya meluahkan kejujuran mereka
diblog mereka sendiri !
dengan cara tersendiri !
dengan ayat tersendiri!
dengan idea tersendiri !
orang lain suka atau tidak itu hal lain !
agak agak semua orang mampu ke ?
tepok  laptop tanya pada jari jemari,
mampukah aku ?
kalau laptop padam tu tanda anda tak layak berblog
hehehe...

maq : cuma pandai membebel jek , pasal masyuk ?
tak terfikir pun ... ada rezki adalah ,
kalau takda tu namanya  belum ada  rezki lagi ...

20.11.14

Perempuan itu

Assalammualaikum

ada satu kisah yang maq ingin sangat nak kongsikan diblog ini . bukan nak mengaibkan sesiapa. tapi sama sama kita buat panduan dalam kehidupan kita pada perkara nya yang baik ,dan pada hal yang tidak elok , sama sama kita abaikan .

harap sangat ~ sangat !


perempuan itu ...
dilahirkan dalam suasana keluarga yang sungguh sederhana . tidak kaya dan tidak papa kedana . dia punya ayah ,dia punya ibu . dia hanyalah ahli keluarga bagi orang kampung yang tidak terlalu maju ketika itu .

perempuan itu ...
diwaktu kecilnya , merupakan anak kesayangan semua orang . ibu ayah sayang dia , datuk nenek sayang dia , makcik pakcik sayang dia , sepupu ,saudara mara semua sangat sayang padanya ,kerana dialah antara insan yg ditungu tunggu oleh semua orang selama beberapa tahun ibu ayahnya bernikah .

perempuan itu...
biarpun kelurganya tidak kaya ,namun dia tidak pernah kelaparan ,dia tidak pernah tidak berbaju, dia tidak pernah demam kesejukkan . kerana apa? kerana dia ada semua nya itu sebagai nafkah dari ayahnya yg juga bukan seorang jutawan .

perempuan itu...
pernah dipesan oleh aruah datuknya supaya diajar mengaji al~Quran sehingga khatam , kata aruah datuk ,hanya itu harta yg kekal sampai ke lubang kubur nanti . dipesan lagi ,agar perempuan itu dijaga dengan didikan agama supaya tidak menyusahkan kedua orang tuanya bila sudah dewasa nanti . makanya ibu lah perantaraan antara pesan aruah datuk kepada perempuan itu . alhamdulillah kini perempuan itu sudah beberapakali khatam al-quran bersama tajuid yg sahih !


perempuan itu ...
ketika remajanya sangat diuji dengan berbagai kejutan budaya ,akhirnya perempuan itu leka seketika dengan dunia asalnya . sehinggakan di gagal dalam peperiksaan SPM dengan mendapat keputusan yg kurang memuaskan  semua orang . dan disebabkan  keupayaan keluarganya untuk meneruskan pengajiannya , perempuan itu terpaksa bekerja untuk menampung persekolahan adik adiknya yang ketika itu sedang belajar . walhal gajinya ketika itu hanya rm3.50 sehari .dia tidak boros kepada benda yg tidak berfaedah ,malah dengan gaji rm3.50 sehari dia dapat  membantu ibu ayahnya menyara keluarga ketika itu . dan perempuan itu masih kekal bersabar .


perempuan itu ...
zaman remaja nya diakhiri dengan menjadi isteri kepada suaminya pada ketika usianya 24 tahun ! itu pun setelah adik adiknya tamat pembelajaran  . dengan tekad dihatinya :  aku berkahwin dengannya sebab aku tak mahu dosa ku berterusan dalam bercinta sahaja  ,dosa ibubapaku berpanjangan ketika melepaskan aku bercinta  dan disebabkan aku sayang akan kekasihku seadanya .maka aku relakan diri ini menjadi isterinya yang halal lagi sah ! walaupun aku sedar dia tidak memiliki harta didunia ini .namun aku yakin ,akan datang rezki kami selepas ini ,kerana Allah selalu ada untuk kami ..insya Allah .


perempuan itu...
apabila sudah bergelar isteri ,tidak lagi dibenarkan oleh suaminya berkerja diluar rumah . dengan alasan banyak mana rezki yang suaminya bawa pulang , itulah yg mencukupi buat mereka berdua dan anak anak . suaminya selalu berpesan ,jangan mengeluh ,jangan banyak runggut,jangan banyak bunyi . duduk dirumah ,awasi anak anak ,didiklah mereka sebaik mungkin dan akhirnya isterinya kena akur pada tiap arahan insan yg disayangi nya itu . sambil dihatinya berdetik : aku relakan semua ini kerana ini pilihan ku menikahi kamu , jika ini mahumu ,sepedih mata hidup ini , aku akan terima kesakitannya sendirian ,tanpa kamu sedari .


perempuan itu ...
sering aja menangis dalam tidurnya , sering aja menangis dalam mimpinya . sering aja menangis dalam sedarnya . kerana pada dirinya apa yang di alami sekarang ini ,mungkin aja balasan dari dosa dosa masa silamnya ( ketika remaja ) dan apa bila air matanya kering ,dan dia pun tersedar , makanya dia tak akan  menyesali ! jauh daripada pemikiran hina dinalurinya ,dan  terus aja dia berfikir secara positif bahawa : inilah takdir ku ! yg telah direncanakan dari azali ! apa lagi mahunya aku ? anak? aku ada ! suami ? aku punya ! rumah ,kereta ? aku miliki walaupun ianya tidak sehebat macam orang lain ,tapi ye ! aku miliki semua itu ! barang kemas aku walaupun  tidak sampai ke siku tetapi aku masih miliki walau cuma selembar gelang tangan dan sebentuk cincin pemberian ibu dulu ! ye ! syukur ! syukur ! ya Allah ..alhamdulillah aku miliki semuanya disini ! hurmm  tapi ....



perempuan itu akan sebak ,sedih dan sayu bila dia mana dia berkata yg dia miliki semua yg dia mahukan  , dia miliki kasih sayang ibu ayah ,anak anak ,dan suami  dan semua orang disekelilingnya ,namun dia terpaksa hidup dalam delima '' api cemburu yg kekal menyala di hati pasangannya '' . dan bila semua ini dikenangkan oleh perempuan itu , hatinya menangis ,meronta ronta , seakan mahu aja dia pergi jauh dari dunia nya yg sedia ada sekarang ! kerana pada perempuan itu , cemburulah yang bakal mengugat rumah tangga dan kasih sayangnya  yg telah pun dia semai selama ini .


mohon  sangat Allah selamatkan rumah tangga  perempuan itu hingga keakhir hayatnya ...aamiin

siapa perempuan itu ? dia ada dimana mana ,disisi kamu ,disisi maq ,disisi siapa saja yg membaca luahan ini. maka hati hati dengan perempuan itu ,mungkin saja dia tersenyum ,tapi dihatinya dia sudah cukup kerap menangis ....


7.11.14

permintaan Aida

Assalammualaikum..

Harini jumaat , anak anak tak kesekolah . walaupun anak maq yg bercuti ni cuma dua orang , tapi pepagi lagi dah riuh rendah rumah kecik maq ini . kalau si Aida sibuk dengan search  hanset baru digoogle .. Manakala si Etty pula asik melayan kan aja karenah adiknya yang sorang tu . hurmm tu belum lagi pegang duit ( bekerja ) dah ada macam macam angan dia .


Tapi bila  suasana riuh rendah jadi makin kacau bilau tiba tiba Aida menjerit ! Katanya ...


'' MAK !! AIDA NAK ADIKKKKK !!! "


ahhh sudahhhh.... Agaknya dia search kat google adik tapi tak jumpa ke?? Hurmm bukan memain permintaan ni !? Dia macam  takde nak mintak benda lain ke ek ? Aduhh


Maq tahun ni dah 45 tahun ...


Ingatkan malas dah nak belai baby kecik kecik ni , yang ada ni pun dah cukup bagi maq rasanya. Anak sendiri , anak asuhan . maq pun baru tolak 2 permintaan orang nak hantar anak baru baru ni . bukan maq sombong atau memilih . tapi dalam usia 45 ni , rasanya tiba dah waktu mencari keredaanNya dan mendekatiNya .  Sebab maq rasa MASANYA dah tak lama dah lagi ...

SubhanaAllah , walhamdulillah , wala illa haaillallah,  waallah huakbar ...


Aida ...jangan minta  ' benda ni ' lagi please... Maq dah tua .. Hahaha* mula dah sedar diri *

dunia era akhir zaman

Assalammualaikum ..

Tahun 2014 dah makin kepenghujungnya. apa yang maq risau , dunia semakin uzur keadaannya . manusia zaman kini sudah semakin kurang peri kemanusiaannya. Lihat saja kes kes buli baru baru ni .berturut turut ianya berlaku dinegara kita .


Biar pun menurut siasatan polis ianya kejadian beberapa tahun dan beberapa bulan lepas , namun bila diamati anak anak zaman ini terlalu taksub dengan aktiviti keganasan , ala ala gengster , panas baran , tiada belas kasihan ! Sedangkan sebagai orang timur beragama islam lagi pun . sepatutnya semua itu bukan ikutan sunnah . bukan gaya hidup orang melayu !


Permerhatian menunjukkan pendidikan orang tua era kini sangat mendukacitakan sekali . kalau sebut 'anak' tak kira lelaki mau pun perempuan , mereka memang kerap menduga ! Ibubapa yg tak putus asa mendidik anak anak ialah ibubapa yang hebat !


Sebagai pengasuh selama hampir 20tahun , memang jelas sikap dan perangai anak anak ternyata dibentuk oleh ibubapanya sedari kecil ( sewaktu dirumah ) kerana jika anak itu dididik dgn tegas , maka jadilah anak yg berdisplin . tetapi jika dididik dgn harta kemewahan dan hanya pentingkan prinsip * biarlah asalkan dia diam* itu bakal mengundang masalah dihari akan datang . percayalah kata kata maq ini . pengalaman maq 20 tahun bukan 20 hari hurmm.. 

terima kasih Allah

Assalammualaikum

Salam subuh buat semua . terima kasih Allah kerana memberi peluang sekali lagi menikmati hidup dimayapada ini.


Sebagai hambaNya mensyukuri tiap nikmat Allah yg diperolehi bukan saja dibibir tapi pada tiap perbuatan , pada tiap detik nadi , pada tiap hembusan nafas .


Redha pada tiap dugaan yg didatangkan , yakin pada hakikat bahawa Allah hanya menduga pada hambaNya yg disayang .Allah duga kita sebab Dia tahu kita kuat .

Dan jangan pernah berhenti berdoa dan terus berdoa untuk sebuah kehidupan yg lebih berkualiti didunia dan juga diakhirat nanti .

Insya Allah...aamiin .selamat beramal .

5.11.14

what to say ?

Assalammualaikum



out there ! all people said '' no woman no cry '' but can maq ask you all ?. how many woman cry because of man ? ahhaa  ..look ! speaking London maq pagini haha still not bad la kan . asal tahu makna ,paham maksud carry on hehee

jom teliti disekeliling masyarakat kita  . berapa ramai  perempuan menangis disebabkan lelaki ? hurm ... masih ramai yang menangis hanya sebab mengupas kulit bawang ! bukan sebab lelaki mahu pun perempuan  ! so apa motif maq update entry pasal cry ? pasal woman ? pasal man ?

ok, ikhlasnya nak cakap , lelaki payah nak menitiskan air mata ,but kalau dia terlanjur mengeluarkan si air mata , tu bermakna ,dia memang sayang sangat kat 'perempuannya ' . so perempuannya tu kenalah bertanggungjawab pada tiap titisan air mata yg dikeluarkan oleh lelaki itu ...mohon paham maksud maq ni ye.tolong jangan anggap perkara ni remeh ok !


tetapi  berbeza dengan perempuan , setakat menangis untuk lelaki ,mereka dah lali , dah kebal ,dan puas . tak kiralah hal orang muda ,hal orang tua , air mata perempuan memang mudah turun . so? apa kisah lah kan kalau she always cry in her heart . in her dream ,in her life . and not all man take care about it ! yes kita orang tau dah ! (kata wanita wanita melayu terakhir)


wahai lelaki  .... jika menitis air mata perempuanmu  kerana mu ....makanya ....hurm  alah  malas nak cakaplah ,pergilah cari kat google akibat kejadian ini . dan sila jaga airmata perempuanmu terutama yg bergelar ibumu .

save the tears please ...


dunia fantasi alam novel

Assalammualaikum

membaca adalah salah satu aktiviti yg makin tidak diambil kira dikalangan rakyat Malaysia . maq tak pandang jauh ,anak anak maq saja , mereka lebih cenderung kepada memegang gadget dari membelek dan membaca buku . apa lagi surat khabar mahu pun majalah . kalau ada pun semestinya majalah fesyen yg menjadi pilihan mereka  . al maklum anak perempuan lah katakan .

untuk menarik minat anak anak untuk membaca ,minggu selepas exam ni ,maq penuhkan waktu free maq dengan mengaktif kan aktiviti mengeluarkan stock novel yg ada dalam simpanan . dan kini maq pulak yg tengah kemaruk layan jiwa di alam fantasi novel . emm not bad la ~

selepas novel jangan baca novel ni  ,


kini maq meneliti jalan cerita bila blogger menjadi maid !




dan lepas ni ada sederet lagi novel novel yg sedang setia menanti untuk dibaca !



mampukah maq habiskan kesemuanya ? ye , sejujurnya maq kalau dah membaca ,satu naskah novel ni mampu tamat dalam 3 jam ! macam novel jangan baca novel ni ,maq habiskan dalam tempuh 2 jam ,sambil sambil jaga rumah ,jaga anak asuhan ,jaga suami , maq dapat menjelajahi dunia fantasia alam novel hehehe feel kena lebih tau ! haha baru seronok membaca . try lah !


eh !! kalau anda ada stock novel yg dah jemu dibaca , cuba pass kat maq le pulak ye , haaa  nanti simpan dalam 'gerobok' tu buruk pulak dia . sekarang ni dalam minda maq ,cuma satu impian ,kalaulah ada satu ruang untuk maq buat bilik bacaan dlm rumah maq ini ,alangkah indahnya  .


** sabar maq , insya allah satu hari nanti .

3.11.14

fenomena

Assalammualaikum

Al kisah bila dikatakan peserta akademi fantasi si Azwan yg tersingkir semalam berpunca dari demam piala bola yang tak kebah lagi sepanjang minggu ini . betul ke ?

Bila JDT tewas dengan pasukan Pahang rata rata penyokong tunjuk taring masing masing . yang kalah cari silap yang menang . yang menang makin angkuh sebab dah ramai berpihak kepadanya . siapa tak agungkan Juara ye tak? Maq pun suka pada juara .

Agak mengejutkan selama beberapa minggu Azwan berada  ditangga teratas tetapi selepas demam piala malaysia , dia tersingkir ! Hahaha macam tak logik !


Apa nak dipeningkan , dah bukan rezki Azwan  , lagi pun anak isteri pun dah rindu sangat kat Azwan sekarang ni dan ada tanggungjawab yang lebih penting  menanti diluar akademi. so redha jelah Azwan dengan keputusan ini . Mungkin rezki Azwan bukan di akademi fantasia .

Nasib maq tak masuk apa apa pertandingan , kalau tak confirm maq tak dapat undian lebih pada minggu se lepas piala Malaysia ni . haish ...

MERAH BIRU TETAP DIHATI .
Johor for Johorean




kebersihan

Assalammualaikum

harini 10 muharam 1436 Hijrah .

Kepada  umat islam yg sering memanfaati bulan muharam mereka akan melipat gandakan amalan mereka bila tiba bulan muharam ini . insyaallah jika Allah izinkan ,maq pun turut akan menyertainya juga . mohon Allah permudahkan peglibatan maq untuk meraikan bulan muharam tahun baru ini .

sebenarnya  bukan mudah untuk mengekalkan dan mengamalkan sesuatu kebaikan yg kita tak nampak lagi kebaikannya . maksud maq ,kita tak nampak dimana pahala atas tiap permuatan amalan itu kan ?

so dengan penuh yakin dan takwa ,redha dan tawakkal , untuk lebih mudah marilah kita menyucikan hati ini , yg kita sendiri tak pasti akan kebersihannya . namun  sebagai empunya diri ,kita semestinya tahu tahap mana kebersihan dan kesucian hati nurani kita sendiri. hati orang lain tak payah la kita pertikaikan kerana hanya Allah yg lebih mengetahui akannya .

bagaiman nak bersihkan hati ?


cara paling mudah perbanyakkan beristigfar ! kemudian tanamkan tekad dalam hati yg aku mahu jadi insan yg lebih baik dari semalam . aku nak naikkan graf amalan dan menjatuhkan graf dosa.

Disamping tu  sentiasa lah memohon keampunan kepada kedua ibubapa ,suami dan guru guru . Dan janganlah lupa untuk sentiasa memohon keampunan kepada pencipta kita iaitu Allah s.w.t .


Hati bersih
Niat murni
Amalan jadu sempurna
Allah sayang
Manusia pun sayang





2.11.14

jujur dan hidup

Assalammualikum ,

Dalam hidup ini asas utama perlu ada pada  diri kita ialah  sifat jujur ! kejujuran sangat sangat perlu . tapi perlu ke jujur pada setiap  orang yg kita jumpa ? pastinya tidak kan ? kita tak perlu jujur pada orang yg tidak kita kenali , orang yg baru kita kenali , orang yg kita was was untuk percayai dan senang cakap jujurlah pada yg jujur dengan kita . seperti ?

jujurlah dengan ibubapa kita *jujurlah dengan suami /isteri kita *jujurlah dengan anak anak kita *jujurlah dengan majikan kita *jujur dengan masyarakat sekeliling kita *dan paling penting jujur dengan diri kita sendiri .

kalau dengan diri sendiri kita tak jujur ,macamana kita nak jujur dengan orang lain ? dengan  masyarakat ? oklah lepas ni kita kenalah jujur dulu dengan diri sendiri ,jangan tipu diri sendiri kerana bila sendiri hilang kepercayaan pada diri sendiri maka hilanglah punca dan arah dalam hidup !



ingat pada Allah ,patuhi perintah Allah, amalkan suruhan Allah , jauhi larangan Allah,  insya Allah anda bakal menjadi seorang yg jujur pada diri sendiri , masyarakat dan agama .


insya allah

perjuangannya esok

Assalammualaikum

demam bola dah kebah ke belum ? hehe biasalah kata pun demam , mungkin ambil masa untuk betul betul pulih kan . apa pun minum air masak lebih la ye , keep clam , your heart can get well ! hehe speaking london tu . ala adatlah kan , kata pun sukan , kalau dua dua menang mungkin tak masuk akal . apa pun tahniah pasukan bola sepak Pahang kerana telah berusaha untuk mempertahankan status juara anda tu ! patin Pahang memang sedap ! ye tak tipu walaupun harga boleh tahan huhu

kata orang berat mata memandang , berat lagi bahu yg memikul , so maq pun tak lupa pada team JDT yg tetap kekal di hati ini ,walaupun hanya menjadi naib juara tetapi kalian memang hebat ! takkan kalian kalah dimata kami para penyokong ! dengan usia sematang 2 tahun , pasukan JDT layak  bergelar juara sedikit masa lagi ,insya allah .  sokongan kami tak pernah pudar ! apa pun tomahan  haters itu semua adalah cabaran buat JDT  , bukan jadi kudis pun .


alamak ! harini bukan nak cakap pasal bola asalnya . harini maq nak ucapkan all the best untuk calon calon SPM dan STPM yg akan berjuang esok ( 3-11-2014 )  penat lelah anda belajar akhirnya esok anda berjuang habis habisan . tumpukn sepenuhnya pada peperiksaan ! hanya beberapa hari je kan . lepastu  free right ? stop lah dulu facebook ,akedemi fantasia , wechat ,whatsapp ,dan apa  je benda benda asas yg melekakan tu .


demi masa depan berusaha lah sebelum anda terkilan bila tak dapat keputusan yg memuaskan ibu dan ayah anda nanti . simpatilah pada harapan mereka yg tidak kesampaian jika anda gagal . lainlah jika anda dah stop semua , kemudian anda berusaha dengan sungguh sungguh kemudian anda tidak berjaya ,itu adalah takdirNya , tapi agak terkilan bila anda leka , buang masa dan lalai , kemudian anda menyesal bila keputusan ditangan  . masa tu nangis air mata darah pun dah tak guna . pahamilah kata kata maq ni .

disini segalanya bermula
disini maq sertakan doa masuk dewan peperiksaan :



SPM / STPM ~  hanya calon seperti anda yg layak berjaya ! teruskan usaha terakhir ini . all the best ,good luck !