dunia era akhir zaman

Assalammualaikum ..

Tahun 2014 dah makin kepenghujungnya. apa yang maq risau , dunia semakin uzur keadaannya . manusia zaman kini sudah semakin kurang peri kemanusiaannya. Lihat saja kes kes buli baru baru ni .berturut turut ianya berlaku dinegara kita .


Biar pun menurut siasatan polis ianya kejadian beberapa tahun dan beberapa bulan lepas , namun bila diamati anak anak zaman ini terlalu taksub dengan aktiviti keganasan , ala ala gengster , panas baran , tiada belas kasihan ! Sedangkan sebagai orang timur beragama islam lagi pun . sepatutnya semua itu bukan ikutan sunnah . bukan gaya hidup orang melayu !


Permerhatian menunjukkan pendidikan orang tua era kini sangat mendukacitakan sekali . kalau sebut 'anak' tak kira lelaki mau pun perempuan , mereka memang kerap menduga ! Ibubapa yg tak putus asa mendidik anak anak ialah ibubapa yang hebat !


Sebagai pengasuh selama hampir 20tahun , memang jelas sikap dan perangai anak anak ternyata dibentuk oleh ibubapanya sedari kecil ( sewaktu dirumah ) kerana jika anak itu dididik dgn tegas , maka jadilah anak yg berdisplin . tetapi jika dididik dgn harta kemewahan dan hanya pentingkan prinsip * biarlah asalkan dia diam* itu bakal mengundang masalah dihari akan datang . percayalah kata kata maq ini . pengalaman maq 20 tahun bukan 20 hari hurmm.. 

Comments

Popular posts from this blog

Kisah barang kemas

Cara geledah blog maq

Kau lah bidadari ,kau lah srikandi